Monday, June 23, 2014

Starting from harini, bermula lah year end celebration untuk aku dan mereka. Celebration la sangat. Boss besar bagi nama. Maka bermula minggu tanpa weekend dan hari balik malam. Untuk awal minggu ni belum lagi la kot balik malam. Eso dah puasa yela. Makanan untuk berbuka pun dah siap book sampai tengah Juai nanti. Bad timing betul. Tapi otak kena set mende baik-baik je ni, kalau tak sah-sah stress melampau. Sekarang pun aku ala-ala nak stress jugak ni, sebab kena rajinkan diri buat mock report segala. Kalau tak kang time nak submit mampus hape pun tak reti. Ni untuk actual report yang dia bagi timeline untuk buat setengah hari je, aku dari minggu lepas lagi tak siap-siap. Siput sangat.

Dan harini, selain Monday blues, badan letih betul oi. Semalam Syapik punye kenduri kahwin. Baik punye kenduri seminggu sebelum puasa. Nak kata letih buat kerja tak pun, lebihnya letih duduk gelak-gelak, letih berpanas-panasan, pastu letih la sebab kenduri, tak boleh tidur, dah la weekend. Sepatutnye mintak cuti dah ni harini tapi dah cuti kena beku memang beku la otak aku nak buat kerja harini.

Sudahnya tadi masa lunch masuk surau, cari port baik punya pastu tidur. Bertabah je burn time makan sebabnya semalam aku jumpa cousin sekalian semua stock ramping lagi. Anak dah ada pun nak kurus-kurus. Benci tau. Tercalar perasaan. Walaupun aku masih ramping, tapi perut kedepan dengan lemak pun tak berguna jugak. Dan konon harini sanggup taknak makan, tapi takde maknanya nak berterusan. Tadi, baru je kejap tadi aku dah listkan kedai makan yang nak dilawat sepanjang 4hari yang tinggal dalam minggu ni. Kire sebelum puasa, wajib ziarah kedai apa yang patut bagi tak rindu sangat nanti.

Effect kemalasan ni terbawak-bawak sampai ke rumah ni. Belum masuk pukul 10 pagi tadi, aku dah request kat Raihan kata taknak masak harini. Tolonglah lapangkan perut dan poket untuk dinner kat luar, pastu balikterus tidur. Alasan aku selain penat, aku kata kat rumah ada ikan bilis dengan bawang sebijik je. Pastu ada ke nak ajak pergi beli lauk mentah segala. Hishh tak kuasa tau. Haha.

Dan lagi, haritu ada post pasal mintak 2 hal ni jadi. Sebenarnya 3 hal. Tapi yang sekarang ni 90% confirm jadi 2 hal jela. Seronok kahwin ni, bila hal suami yang best-best, kita pun rasa best sama. Alhamdulillah Raihan bakal pindah kerja baru dan alhamdulillah kita pun dapat beli rumah baru. Semua lepas raya ni la tengok macam mana. Rezeki. Yela kadang-kadang sedih kan belum dapat rezeki anak lagi, tapi Allah dah pernah kata banyak lagi rezeki lain. Kita doa jela yang terbaik untuk kita.

Dah, berjam-jam baru siap. Balik, balik.

No comments: