Thursday, July 31, 2014



Raya ke empat, dah naik kerja. Tepu memang tepu, tapi bukan takat tu je. Perut buat hal. Toilet dah singgah berkali-kali. Masuk surau utnuk nap pun dah 2x ni. Sakit kepala taknak hilang, takdela makan macam naga sangat pun raya ni. Ubat dah makan, tingtong jadinya. Ni ada 2 jam lagi nak balik, tak sabar nak reunite dengan katil.

Cerita raya. Haritu ye ye la kata nangis-nangis pagi raya. Tak sangat pun, Ada lah sikit masa Ayah takbir pagi tu, rindu Atuk tapi tidaklah sampai rasa homesick teruk sangat. Ok je. Tak kritikal, mata tak dan bengkak. Pastu nangis masa bermaaf-maafan. Yang mana style beraya macam lain sikit. Selalu pagi raya kita dengan Mak Abah rock sikit. Mintak maaf apa semua pastu camtu-camtu jela. Kalau dengan mertua ni dia ada satu tradisi beraya yang mungkin semua orang macam ni kot. Tapi kitorang je yang rock. Style beraya dia sangat intimate, kau akan berdua dengan orang tu, dan akan mula mintak maaf, mintak halal, mintak la apa lagi nak mintak. Cakap sehalus mungkin suara, dengan telinga orang tu. Sangat sangat privacy. Yang boleh dengat sedu sedan tak pun kalau kelakar dengar ketawa je.

Huishh aku dulu segan. Nak cakap apa pun kelu. Tapi tahun ni dah rasa terkesan, bila lepas mintak maaf terasa dah bahu ringan. Rasa sama-sam ikhlas. The best part is bila kita sama-sama doa masing-masing. Dan of course doa paling banyak doa dapat zuriat soleh dan solehah secepat mungkin ;)

Kita usaha, tawakal dan redha insyaAllah dengan kerja Allah. He is the best planner. Dia tahu apa yang baik untuk kita.

Sum up raya yang baru 4 hari ni, Alhamdulillah. Support kiri kanan, rasa orang saying. Tapi duit keluar pun kiri kanan. ;,)

Friday, July 25, 2014

Cuti raya dah start. Tak lama lah. Khamis depan naik balik. Raya nak start maksudnya Ramadhan nak habis. Allah, betul lah kalau faham kelebihan Ramadhan ni memang rasa nak sepanjang tahun pun biar Ramadhan je. Banyak sangat rezeki ilmu amal Allah bagi bulan ni. Alhamdulillah. Cuma dalam hati ada gerun, istiqamah ke tidak lepas ni. Kuat Ika. Kuat. 

Raya. Raya dengan mertua tahun ni. Sebak nok. Sebak. Seumur hidup ini lah first time tak raya pertama sama Mak Abah. Hailaa. Gua taip ni pun dah nak meleleh ni. Takpe lah, mana ada first time yang senang. Harapnya menangis teruk pun nanti taklah sampai demam demam. Pagi raya tu jela kan yang leleh semacam kan. Lepas-lepas tu dapat makan takde dah tu. Heh