Saturday, August 30, 2014

Rezeki

Minggu ni laju. Dah sabtu. Next week Raihan pi Johor lama. Takleh imagine. Clingy aku dah makin parah. Takleh tidur langsung dia takde sebelah. Takleh imagine minggu depan. 

Kita tahu ini yang kena hadap kalau nak improve hidup kita, doa banyak sangat mintak Allah kuatkan. 1st time jugak hadap closing takde dia nanti. Pulak dah handle company besar yang active. Blerghh. Tawakal kuat-kuat. 

Dan nanti minggu seterusnya baru kita jumpa doktor lagi, pastu dah boleh cari kotak nak pack barang. Sebab we are moving to our new house. Rumah kecik tapi rezeki dapat beli awal-awal. 

16 bulan kahwin, aku boleh nampak Allah atur hidup ni indah. Sebelum kahwin dugaan kuat, nenek meninggal, dengan kena tukar date kahwinnya. Raihan pernah jobless sekejap. Tapi kita rasa ade hikmah manis tunggu kita. Dan lepas halal, aku dengan Raihan dapat rezeki kerja baru. Bahagia rumahtangga kita pun kira rezeki la tu. Tapi kita tunggu rezeki anak tapi belum lgi masa tu. So susun duit beli rumah, ibu ayah banyak tolong. Lepas tu Raihan pelan-pelan cari kerja yang better sikit. Alhamdulillah start syawal haritu dah mula kerja baru. Mungkin kena selalu outstation tapi kebetulan nanti masuk rumah baru dekat dengan rumah Mak. Dah tau lah port tidur malam-malam katne. Rezeki nak selamat la tu. 

Kita ade ups and downs. Banyak. Duit keluar macam air. Ada je masa sengkek teruk. Sabar. Nasib berdua. Terer sikit nak tanggung. Dan nasib berdua jugak la ada yang selalu ingatkan Allah pegang semua. Doa, tawakal, redha. Syukran ya Allah. 

Dan alhamdulillah, lepas setahun lebih kita tunggu, again syawal haritu doctor kata kita pregnant. Alhamdulillah. Menangis sujud pada Allah. Kita mintak dah lama. Dia tahan, suruh kita usaha kuat lagi. Semua pasal anak kita luah kat Dia. Bila rezeki ni datang, Allahu Akbar. Indah indah. Baby tunggu semua stabil baru dia nak mai. Subhanallah. 

Lepas semua. Punca rezeki ni memang perkahwinan. Suami, isteri, keluarga mertua masing-masing, kawan yang makin matang, environment pelik-pelik. Tu banyak jadi punca rezeki. Rezeki macam-macam. Mungkin Allah tak bagi kita rezeki balik awal time kerja, tapi Allah bagi kita balik kerja jumpa manusia yang selalu ada nak dengar masalah kita. Pray hard. We did it. Bulan ramadhan haritu, aku rasa hidup ni naik satu tangga.  Rezeki jugak tu, berterusan bertubi berita gembira masa syawal. Dan Allah, teruskan bimbing kami cari redhaMu. 

Dan ini personally aku rasa Allah anugerahkan khas dekat aku adalah Raihan. Kita pernah jahil. Teruk. Memang lepas kahwin semua pun cakap nak insaf. Raihan punya u turn is amazing. Setiap subuh Ramadhan haritu dia gagah pergi surau. Dengar tazkirah, usaha kongsi ilmu. Sekarang pun setiap malam pergi solat jemaah dekat masjid. Dia cuba jadi manusia baik yang bukan setakat baik, tapi betul-betul lurus cari syurga. Level of istiqamah tinggi. Rezeki Allah untuk aku :)

Aku percaya semua ada bahagian masing-masing. Rezeki banyak jenis. Luas sangat. Pegang janji Allah yang takkan biar kita teraniaya kalau kita banyak ingat Dia. Kalau bukan dunia, rezeki dekat akhirat lagi indah. Kurniakan syurga untuk kami. Amin. 


Friday, August 8, 2014



Ramadhan dah habis, syawal nak masuk 2 minggu. Boleh kaji dah diri sendiri, istiqamah ke tidak sejak raya ni. Sipi betul level istiqamah ni. Susah nak maintain. Aku syak mesti setan punya share pun ada sekali. Tapi dia kalau ada kesedaran gini kire ok la sikit kan. Dari kang huhahuha pastu menjunam. Takpe kita cuba.

Pagi ni ktm buat hal. Ngoi sangat. Ikutkan aku nak je cuti tapi simpan cuti la untuk emergency pape kang. Nasib Raihan tak pi kerja lagi tadi, Kelam kabut mandi siap-siap nak mintak dia hantar. Kesian la dia, baru masuk offi ce baru dah ada record datang lambat ;p

Aku sebenarnya nak cerita mende lain, tapi tak boleh lagi. Jadi sekian.