Monday, September 29, 2014

Mengidam

Aku bukan dalam mood nak menulis sangat sekarang, tapi yang ini rasa kena tulis. Selama ni kalau dok teringin makan apa-apa boleh tahan lagi. Tak kisah pun dapat ke tak. Tapi tadi, sejam lepas tetibe bayangan burger ayam special stall tepi jalan tu lalu kat kepala. Perghh lain macam. Aku try tak layan, kunyah-kunyah apa yang ada. Takmo pergi gak bayangan burger sedap. Terasa air liur merembes laju. Lain weh. Lain. 

Sibuk tanya bebudak ni kat keliling office ni ada stall burger tak.  Jawapan hampa, tak tahu la, tak perasan la. Kalau ada pun jauh lat rumah dorang. Ceh. Emo aku. Memang rasa nak marah je. Dapat pulak Ucop, pesen tak paham agaknya, pergi share blog pasal burger bobby kat au5 nun. Menyirap aku. 

Kabor ke Raihan, kalau jumpa burger otw datang sini tolong beli. Desperate sangat nak ni. Tadi dia kata ada, dah beli. Waaa rasa nak menangis keterharuan sangat. Aku semangat duduk tunggu kat lobi yang makin bahang ni padahal boleh je tunggu kat atas sampai dia sampai. 

Dan itulah, itulah perasan mengidam melampau perempuan mengandung. Setakat mulut sebut tapi lek lek je tak dapat tak kira mengidam tu. Takyah selalu la perasaan gini datang. Lain desperate dia.