Wednesday, October 15, 2014

Kari ngeri

Aku tak pasti whether pernah ke tak post pasal pregnancy experience dalm blog ni. Rasa macam dah selalu tulis tapi pastu malas nak publish sebab entah la.Kalini tengok apa yang jadi.

Raihan pergi training dari Ahad sampai Khamis. Lamaaaa sangat. Sejak pregnant aku memang clingy gile. Semua nak dia. Dan since sekarang ni pergi balik kerja berhantar berjemput maka bila Raihan takde aku sedikit lost. Haritu masa first trimester memang pitam kalau naik tren. Ada one time Raihan pergi Johor jugak beberapa hari, aku naik tren pastu half way aku patah balik pastu MC terus 2 hari sebab lemahnya lahai. Penat kemam asam bagi tak muntah, kepala memang pusing. Lembik. So kali ni dah lepas 3 bulan ni gagahkan jugak naik tren. Gila ke nak MC sokmo kan. Nak drive lagi la tak hingin. Makin tepu kepala bila jalan jam. Isnin haritu cuti, so semalam first day naik tren balik. Berjaya. Masa balik je lama berdiri baru dapat duduk. Selama ni aku rasa perut ni buncit dah tapi kecik lagi rupanye, sampai orang tak perasan kite pregnant. Takde siapa nak bagi seat. Sedih.

Pagi ni, awal keluar rumah. Naik tren awal tapi seat penuh. Berdiri lagi. Berdoa banyak moga Allah permudahkan. Tren slow ya amat. Aku kalau berdiri lama memang rasa nak muntah. Pening teruk mungkin sebab darah rendah. Sampai satu stesen ni tren tu berhenti more than 20minutes. Allah, menguji kesabaran sangat. Memang pening betul. Rasa nak menangis. Bila tren start gerak pun slow je. Rupenya dia guna satu landasan je. Fine, asalkan bergerak. Since aku berdiri menghadap tingkap memang mata pandang luar jela. Tetibe nampak polis ramai-ramai siap senapang segala. Ada brader macam kena tangkap. Ok ni la kot punca lambat. Sekaliii nampak orang matiiiiii. Dushh. Kaki putus, badan pucat, tak pakai baju. seluar lusuh. I can remember every single detail of that man. Darah naik kat kepala, terus hilang pening aku. Tapi tangan start shaking. Peluh sejuk keluar. Blank kejap. Tapi kamon-kamon buat lek je. Lepas tu baru ingat nak istighfar selawat segala. hantu betul.

Dah turun tren dengan jayanya aku buat relax lagi. Dalam kepala sambil menapak pergi fikir kalau manusia biase nampak mayat putus kaki baring kat landasan ketapi dorang buat ape, camne reaction dorang? And kalau perempuan pregnant nampak kejadian ngeri itu apa patut dia buat? Adakah balik rumah menangis-nangis, tak yah keje. Fobia 2 3 minggu. Kelu otak jap. Sambil fikir mende camni elok je sampai office dengan selamat. Hilang pening, hilang pitam. Baru ingat nak cuti harini. Dah tu je. Sekali lagi bukan cerita ibu mengandung muntah mabuk teruk yang tak boleh kunyah sayur langsung. Oh gambar si mati dah tersebar di whatsapp. Ok la bila aku still boleh tenung lagi.

Thursday, October 9, 2014

masalah dan rezeki

Aku tengah buat bajet keluarga tahun depan, defisit sokmo jalan dia. Dan pastilah projek bajet berlansung masa boss tengah meeting. Dan seharusnya staff kat sini kalau tak tengah meraban bukak website mana-mana, tengah sakan im sesama kita. Aku dari pagi tadi progress kerja slow betul. sambung buat kerja semalam pun tadi lunch baru siap. Petang ni satu hape pun tak jalan.

Pagi tadi tengah rajin tapi ada kawan ni nak kahwin, kemain meluahkan perasaan dalam group whatsapp pasal mahalnye barang-barang nak kahwin. Hadap la weh, nak murah buat simple dan termampu. Nak ikut cakap orang buat lah ikut kemampuan paling maksimum sambil kepala menyumpah-nyumpah itu ini. Petang ni ada lagi orang tanya pasal kahwin. Dan aku memang suka bab bagi nasihat kahwin ni.

Masa nak prepare segala hal kahwin ni dia rase dia la paling penat, paling miskin, paling stress. Normal la tu. Aku dulu gitu jugak. Bila bukak balik hikayat lama memang rasa sengkek dan penat betul dulu. rasa ajaib betul bole survive plan event besar gitu. Rezeki la. Allah tolong. Ni bila orang dok kabor dia ada masalah itu ini rasa macam pisang sangat masalah kau ni. Memang camtu la kan bila kita dah hadap satu mende tu.

sekarang ni aku punya masalah memikir duit untuk rumah, kos repair itu ini. Aku kabor kat Abah, dia cakap biasa la tu. Memang cam tu la bila ada rumah sendiri. Itu Abah kata, sebab dia dah hadap mende ni dulu. Dekat office, aku kabor ke kawan-kawan mahalnya barang baby. kos itu ini. Kawan-kawan kata memang cam tu la bila ada baby. Sebab dorang dah hadap mende ni.

Alhamdulillah mereka elok hidup sihat walafiat sampai sekarang. Abah dengan rumah yang habis lebar dah aku rasa. Kawan office dengan life yang happy je, makan sedap jugak walaupun ada anak. Rezeki kan ni. Allah tolong. masalah besar mana pun takde yang takde jalan dia. Dari kau kahwin, kau nak beranak sampai semua yang buat hidup kau berubah memang akan ada masalah sendiri. Cara nak tackle pandai-pandai la. Yang penting rukuk sujud tak lupa. doa tak tinggal.  Kunci pintu rezeki Allah punya, banyak doa mintak akan ada la dapat. Usaha jugak. Ingatan untuk diri sendiri jugak ni.

Aku nak cerita pasal angin aku tadi, tapi jadi lain.