Thursday, October 9, 2014

masalah dan rezeki

Aku tengah buat bajet keluarga tahun depan, defisit sokmo jalan dia. Dan pastilah projek bajet berlansung masa boss tengah meeting. Dan seharusnya staff kat sini kalau tak tengah meraban bukak website mana-mana, tengah sakan im sesama kita. Aku dari pagi tadi progress kerja slow betul. sambung buat kerja semalam pun tadi lunch baru siap. Petang ni satu hape pun tak jalan.

Pagi tadi tengah rajin tapi ada kawan ni nak kahwin, kemain meluahkan perasaan dalam group whatsapp pasal mahalnye barang-barang nak kahwin. Hadap la weh, nak murah buat simple dan termampu. Nak ikut cakap orang buat lah ikut kemampuan paling maksimum sambil kepala menyumpah-nyumpah itu ini. Petang ni ada lagi orang tanya pasal kahwin. Dan aku memang suka bab bagi nasihat kahwin ni.

Masa nak prepare segala hal kahwin ni dia rase dia la paling penat, paling miskin, paling stress. Normal la tu. Aku dulu gitu jugak. Bila bukak balik hikayat lama memang rasa sengkek dan penat betul dulu. rasa ajaib betul bole survive plan event besar gitu. Rezeki la. Allah tolong. Ni bila orang dok kabor dia ada masalah itu ini rasa macam pisang sangat masalah kau ni. Memang camtu la kan bila kita dah hadap satu mende tu.

sekarang ni aku punya masalah memikir duit untuk rumah, kos repair itu ini. Aku kabor kat Abah, dia cakap biasa la tu. Memang cam tu la bila ada rumah sendiri. Itu Abah kata, sebab dia dah hadap mende ni dulu. Dekat office, aku kabor ke kawan-kawan mahalnya barang baby. kos itu ini. Kawan-kawan kata memang cam tu la bila ada baby. Sebab dorang dah hadap mende ni.

Alhamdulillah mereka elok hidup sihat walafiat sampai sekarang. Abah dengan rumah yang habis lebar dah aku rasa. Kawan office dengan life yang happy je, makan sedap jugak walaupun ada anak. Rezeki kan ni. Allah tolong. masalah besar mana pun takde yang takde jalan dia. Dari kau kahwin, kau nak beranak sampai semua yang buat hidup kau berubah memang akan ada masalah sendiri. Cara nak tackle pandai-pandai la. Yang penting rukuk sujud tak lupa. doa tak tinggal.  Kunci pintu rezeki Allah punya, banyak doa mintak akan ada la dapat. Usaha jugak. Ingatan untuk diri sendiri jugak ni.

Aku nak cerita pasal angin aku tadi, tapi jadi lain.

1 comment:

Lya said...

Yeayy bangga nya baca post ni. Sayang kau! Pelan2 kayuh nanti sampai jugak. Muah muahhh