Friday, November 7, 2014

± 18

Semalam semalam semalam, heartburn dapat dirasai. Pedih ulu hati, teringat iklan gaviscon. Selama ni aku bayangkan rasa pedas-pedas kat hati la. Dengar macam pedas kat mulut tu je rasa dia. Tapi silap, heartburn lagi merimaskan. Pedas bole minum air. So aku sedut air suam slow-slow, takmo hilang. Try air sejuk sama gak. masa ni busy jadi nak google  pasal ni memang takde masa. Lya kata nak bagi gaviscon, so boleh makan la kot. Maka bertahan jela. Sebab dia tak sakit pun tapi rimas sangat, rasa tak selesa. Berjam-jam jugak taknak hilang. Cuma yang bagusnya still boleh makan udang penyet lagi. So hidup ni selagi mampu makan maknanya badan akan sihat la tu. Kalau taknak makan tu aku risau. So yeah heartburn checked.
Tang constipation belum serius. Alhamdulillah dari dulu sistem pencernaan efficient. Harap-herap berterusan la. Itu kalau problem jadi nak makan pun tak lalu. Sekarang takde morning sickness teruk macam dulu. Makan pun dah ok. Checkup pun takde major problem sangat. Haritu je HB turun, sekarang dah cun maka kuranglah sakit kepala. Closing baru ni pun smooth je, takde pening teruk. Yang risau minggu depan jela ni, banyak training and briefing GST tu. Jangan pening teruk dah.
Dan semalam, tengah baring baca buku aku cuba belajar cakap dengan baby. Sorang-sorang dalam bilik sebab Raihan pergi Ipoh 2hari. Jadi tak la segan. Lepas tu, rasa perut digendang dari dalam. Eh, baby dan start kicking? Amboi makin galak aku bersembang, pastu macam takde gendang dah tapi perasaan tu kata ada ni. Hahh syok sendiri. Pastu on second thought, since masa tu tak dinner lagi, aku rasa tu angin ke yang berpusing dalam perut tu. Jadi entahlah. 
Barang baby tak rasa nak beli lagi, awal sangat satu hal pastu bagi hal rumah settle dulu. Rumah tu ada dah rupa rumah sendiri, tebuk sana, naik tembok, pasang kipas, tukar lampu. Duit macam air. Rezeki jugak la bonus masuk haritu. Jadi first bonus selama hidup ni dilaburkan dekat rumah. Simpan untuk baby sikit, pastu yang lebur pun banyak jugak. Beriye buat budget tapi berapa percent je pun yang kita stick dengan budget. Harap ada banyak rezeki lain lagi.
Plus minus dah 18 weeks. Nervous nok. Eh bukan, aku takut sebenarnye. Dari dulu memang tak gemar dengar cerita orang bersalin, sampai sekarang ni lagi tak rasa nak dengar. Takut, sungguh. Tapi ada berbulan lagi, so semoga Allah permudahkan.