Wednesday, December 24, 2014

±25

Aku kan dah banyak betul tulis separuh jalan. Semua tak menjadi. Kali ni kena jadikan jugak sebab malas nak buat kerja. Kita start dengan hal ibu mengandung. Dalam minggu ke 25, yeah dah 6 bulan. Perut bulat. Badan Alhamdulillah sihat. Baby aktif, in fact doc cakap baby terlebih berat tau. Bila dia cakap, lepas ni awak makan untuk sorang je ye. Hamboi, sengih jela yang mampu. Barang baby baru 10% beli. Ada 3 bulan lagi nak completekan semua. Checklist berapa kali update ntah. Google sana sini. good thing is bila dekat office ada kawan yang saing-saing kita je due date dia. Share la apa-apa yang patut. Bagus tang tu, sebab rupanye banyak gile mende aku tak tahu. Yang tak bagus adalah, bila perut dicompare. Haha. benci betul bila orang cakap perut aku besar. Eh 6 bulan baru, ingat kan 8 bulan. Perghh. Bra pun lain-lain size kak. Tekanan dia melampau jugak, sampai rasa nak hentak kepala orang. Orang cakap aku gemuk takpe, orang tegur perut besar aku rasa benci. Orang compare perut aku, dengan perut orang lain lagi aku rasa double benci. Sampaikan bila nak cari baju nak pakai ke office tu, kena cari yang bagi perut tak nampak besar sangat. Gila saiko betul aku. Hormon.

Apa lagi nak tulis? Oh bola. Lepas kahwin selalu tak de rezeki nak pi stadium. Sebab Malaysia kalau main pun semua friendly game. Sampai AFF Cup baru ni kan. Game semi dengan Vietnam haritu gagahkan pergi. Plan nak masuk awal, sebab kalau kat Shah Alam aku memang tak minat nak duduk level atas sekali. Bapak jauh nak menapak. So berjaya tengok game dengan view ok la,balik rumah dengan selamat. Tapi dalam hati ada nekad nak pencen dah. Kesian baby. Bukan sebab sesak, bukan sebab ramai orang. Tapi sebab bila gol, aku melompat sampai lupa perut. Bahaya kannn. So kita kata takpela tunggu baby besar, kalau dia suka bola kita bawak dia rasa. Tapiiii, tetibe ada pulak final match. Choii betul. Hilang nekad dalam hati nak pencen. Postpone la pencen ke kemudian hari. Tapi banyak fikir jugak, dah 6 bulan nak masuk stadium apa kejadahnya. Tak tahulah ada yang buat ke tak. 3 hari before game aku pening teruk jugak sampai mc. Tiket dah beli. Memang bila sakit datang aku kata tak nak pergi, tapi bila sihat kemain meronta jiwa nak pergi. Banyak fikir, tapi dalam banyak-banyak fikir tu takde datang pun bayangan aku tengok game tu kat depan tv. Maka gagahkan diri lagi. Bukit Jalil lagi crowded punya, tapi masuk tak jadi hal. Nak balik tu buat hal sikit sebab selalu serentak semua balik. Tang lompat-lompat kena ingat selalu. Walaupun kalah tapi nasiblah pergi. Kalau itu yang last pun puas hati la. Dia punya suasana masa tu best gile punya. Ultras punya chant dengar clear sampai boleh hafal, pastu lagi la buat semangat membara. Brader keliling pesen hardcore jugak. Itu yang nice bila dalam stadium. Dapat orang stone je memang letih aku. Best.

Balik rumah pengsan, sampai ke pagi. Penat baru rasa. Tapi kena pergi PWTC, Akak bukak booth. Jalan-jalan lagi. Ini atmosphere lagi ganas. Haha. Dalam satdium ramai orang, tapi orang tak tolak, tak siku, tak berebut. Dalam event jualan murah gitu, orang ramai, tempat kecik sikit, orang tolak, orang siku sebab berebut barang. Lagi mencabar aku rasa. Tapi dah nama perempuan kalau suami kau bagi green light nak beli baju kan, apa kau kisah. Orang siku, kita siku balik. Orang tolak, kita tolak balik.  Dan damage pun berlaku. Cuma sweet damage sebab dapat beli 3 jubah. Tak sia-sia jugak. So both event win.

Yang tak win bila aku punya penat sampai ke harini taknak hilang. Esok cuti, tak sabar nak duduk rumah guling-guling sampai berguling tu pulak punca penat.