Wednesday, December 23, 2015

Jaga cucu

Sejak jadi mak-mak ni hati cepat betul terasa. Kes mak bunuh diri haritu, headline news kabor sebab tak dapat nak susukan anak. Hamboi sangat. Meluap-luap api kemarahan. Sebab kes tu aku terus hide certain people dekat facebook sebab malas nak layan api kemarahan. Dan sekarang ni tetibe muncul balik petikan yang katanya kalau suruh mak pak jaga anak kita, dikira derhaka. Surprisingly ada jugak kawan aku yang berasa aku telah mengorang gajikan mak abah suruh jaga Maryam. Danggg.

Yela manusia kan, kepala otak lain-lain. Mende ni kalau nak cakap niat kita bukan nak upahkan dorang, tapi orang ada je nak balas balik. Dia kata kenapa tak hantar taska, kenapa tak berhenti kerja la. Memang duit rumah kereta semua orang tu yang bayarkan. Haha. Mulut orang.

Senang cerita jaga hubungan kau dengan tuhan, dan hubungan kau dengan mak pak kau dah. Buat semua hal clear habis. Tanya betul-betul terang-terang, betulke nak tolong jaga. Aku haritu, zaman bersalin masa tu heboh dok kes nenek lambung anak, haha camne ni. aku nak bagi nenek jaga anak aku. Nampak tak? sama kes je macam orang nak hantar anak pi taska, tapi ada kes dera pula. Sedang mak sendiri pun dera anak ini pulak orang lain. So mungkin masa ni mak pun rasa tak sedap nak bagi orang jaga cucu maka dia sendiri rela nak jaga. Rezeki kami la tu. 

Dan aku pun, awal-awal lagi masa dah tau pregnant terus registerkan Maryam dekat taska sini, tapi sebab dah full so dok masuk waiting list. Bukanlah aku nak lepas tangan terus suruh mak jaga sampai bebila. Dan ini dah timing cun la ni, Maryam dah lasak tup-tup nama dah naik kat taska. Cantik dah Allah atur. So boleh lah atuk dengan nenek rehat.

Tang duit, ustaz pesan bila bagi duit tu jangan cakap "mak, ini upah jaga sekian sekian" itu diumpamakan macam menggajikan depa. So aku selalu bagi cakap jela ni duit mak, ni duit abah. ada rezeki bulan ni. nak bagi banyak mana, kau kire la kalau orang hantar anak kat luar berapa, takkan mak kau jaga kau nak bagi lagi sikit. Dan, kalau mak pak kau tak jaga anak kau pun kan, dan kau nak bagi duit dekat diorang bulan-bulan pun kau kena sopan. Jaga air muka diorang, jangan simply bagi depan orang gaya macam kau boss bagi gaji bulan-bulan kat pekerja. Sebab hati orang tua ni, kang kita bagi tak kena gaya dia rasa macam dia mintak sedekah kat kita. Payah lah hati kalau dah terguris. Adab kena jaga.

Dan aku punya mak mertua, berhenti kerja sebab nak jaga cucu. Dulu masa Maryam dalam perut aku penah tanya dia, menyesal tak berhenti kerja sebab jaga cucu. Dia cakap tak langsung. Dia seronok. rezeki pun tak putus, walaupun gaji bulan-bulan dah takde. Tapi dia rasa tenang  je duduk rumah. Contoh nenek yang tak rasa dia diorang gajikan, dan tak pernah rasa anak dia anak derhaka. Sama-sama dah berpahala.

Apa yang penting hubungan kau dengan mak pak tula. Aku rasa sejak mak aku jaga anak aku, kitorang macam makin ngam. Hari-hari ada je mende nak whatsapp, nak update. Kang kalau jumpa pun ada je nak cerita. kita boleh rasa bonding tu makin kuat. Menggunakan cucu.

Berbalik semula pasal artikel dekat facebook tu, aku print screen semua tu dan tanya lagi mak.

Untuk ini, aku mengharap semua nenek yang sanggup jaga cucu dianugerahkan syurga teratas sekali. Salute 


Monday, December 21, 2015

Entering 9 bulan

Maryam dah nak 9 bulan , baru terer merangkak, baru tumbuh gigi, baru pandai duduk sendiri. Dan dia tinggi dan besar, 8.9kg dengan 73.5cm. Macam bapak dia la. Masa dia 3 bulan, aku ada sikit gelabah apesal kau tak pandai meniarap lagi ni nak. Tapi dengan keadaan lengan sado so paham la kenapa. Aku ada banyak concern dengan dia punya perkembangan gerakan. Camne nak cakap ntah. Walaupun apa yang penting dia sihat, aktif tapi mestilah jadi mak ada sikit-sikit bau kerisauan. Last month ada jumpa paed nak ambil vaksin pneumococcal, aku tanya ok ke dia dah 8 bulan tapi tak merangkak lagi tapi baru terer mengesot. Doctor cakap takpe sebab crawling and creeping both bagus untuk baby. Dua-dua buat segala motor sendi urat bergerak. Takyah nak risau orang cakap baby skip part merangkak tu tak bagus, asalkan dia dah creeping. Pastu Alhamdulillah sekarang dah boleh merangkak, memanjat dan dah tentu pandai menyepah. Tang gigi, aku tak kisah lambat. Sebab aku ada teori lambat tumbuh gigi akan buat gigi lambat rosak. Hahaha. Plus lambat sikit aku rasa sakit bagi susu. Last 4 days, Raihan yang perasan gigi die dah tumbuh. Dia punya excited lain macam. Sebab dia cakap 1st time dia yang perasan dulu perkembangan Maryam. Lol.

Cakap pasal pneomococcal, kitorang pergi KPJ Rawang. Sebab dok delay je, Maryam hanya perlu 3 kali jab je. Kalau pergi sebelum 6 bulan akan dapat 4 dos. Vaksin ni agak mahal kan, tapi since company cover so ambil jela. Kuikuikui. Nak dijadikan cerita, aku print GL dah tapi tertinggal dekat office. So kena guna cash dulu. Total kena bayar untuk vaksin tu campur ubat demam paracetamol oren tu hanya RM197. Murah aku rasa. Sebab aku baca selalunya 200 lebih ada yang sampai 300. Mungkin sebab kita guna cash kot. Ada kawan bawak GL company memang kena cas lebih setangah kali ganda lagi. Ataupun 1st jab memang murah. Tapi sesiapa yang rasa nak ambil vaksin tu pergi la KPJ Rawang sana. Paed Maryam doktor Sharifah, sangat sopan dan baik. Lagi sorang doktor Koh kot tak silap, ok jugak sebab dulu Maryam consult jaundice dengan dia. Hospital baru dan tak ramai patient.

Maryam ni so far untuk kitorang budak yang senang adjust. Ke sebab dia anak aku so aku cakap camtu. Entah la kan. Pulak anak baru sorang. Haha. Setakat ni malam tidur elok, ada 3 kali je yang dia nak mainnnn taknak tidur. Tapi kalau sumbat susu, tutup lampu, on aircond confirm mamai sekejap je. Untuk bangun tengah malam pun takde, kecuali bangun sebab nightmare monster kejar dia kot. Pesen yang ni aku kena bangun jugak la pastu peluk kuat-kuat sampai dia sedar. Dan, aku rasa dengan budak kecil ni kena rajin bercakap kot. Contoh, malam ni nak tidur awal, dari semalam lagi dah kabor esok balik rumah tidur awal tau. Pastu kang mesti punya dia lalok awal. Sama la kalau nak pi jalan ke apa. Naik flight contohnya, 1st time boleh tahan panik jugak aku. Sebulan awal aku dah cakap nanti dalam flight tidur tau. Alhamdulillah lah dah 2kali naik memang time nak take off dengan landing je sure tengah sedap susu pastu tidur. Journey sejam dua bole la kan. Yang berjam-jam tak pernah try lagi. Haha. Tapi yang selalu aku amalkan adalah bercakap dengan dia apa yang bakal jadi la. Dan doa serta tawakal jugak la.

Bab makan pun senang, semua kita sumbat semua makan. Alhamdulillah takde allergic pape lagi. Mak je kena rajin. Cakap pasal rajin aku haritu beli electric lunch box. Sebab nak pi jalan, Maryam aku bagi nasi, so payah sikit nak masak kan bila jalan. Pasal dia guna brown rice yang dah aku proses so nak bagi nasi putih biase tu macam nanti dulu la. Mula-mula gagal jugak aku guna mende alah tu, sekarang setiap malam guna. Dah takde masalah nak duduk dapur kacau nasi dia bagi tak hangus. Aku beli RM60 tapi kat lazada ada lagi murah. Siap ada yang bertingkat-tingkat lagi. So far sangat membantu. Tang makan pun aku selalu bagitahu jugak apa yang dia makan haritu, dan esok lusa makan apa pulak. Selalu kalau makanan baru suapan pertama muka memang pelik. Tapi saiko je cakap sedapnyaaaaa nyum nyum nyum. Pastu sure menganga lagi. Dan kitorang amalkan dia makan sekali kat meja. Invest beli baby bud yang boleh attach kat kerusi kan haritu, nampak la dia selera makan. Aku pernah suruh kawan aku buat mende same kat anak dia, bagi anak makan masa bapak ke mak makan sekali, mesti dia mau makan. Alhamdulillah jadi jugak. Dan dan masa makan aku tak bagi mainan. Kalau kau pernah tengok cerita korea, the return of superman tu, yang triplet punya part aku paling suka. Dorang makan sangat sopan, sangat kemas. Disiplin dia tinggi betul. Terer mak pak didik. Aku tengok dari dorang kecik, yang aku perhatikan, mesti akan makan dekat dapur, duduk atas baby chair. bila anak dia dah pandai pegang dia bagi anak dia suap sendiri. Apron/ bip jangan lupa. Kitorang cuba. Anak baru sorang kan. tengok jauh mana pergi dia. Hahaha.

Dia punya menu dah makan sayuran dan buahan pelbagai jenis. Binatang baru bagi ikan bilis dan ayam.  Tengah tunggu turn nak selit ikan tapi bagi laluan kat telur dulu. Telur ni kena bagi sebab nanti jab yang setahun tu ada apa ntah yang macam telur. So nak tengok reaction dia tu allergic camne. Aku nak pecah kepala jugak google macam mana nak masak telur untuk anak. Tapi Lya cakap rebus je, bagi kuning dulu, pastu putih pulak. Ikut 4 days rules. Aku plan nak campur je dengan bubur. Berak confirm lagi busuk. Haha. Oh Maryam berak hari-hari. Sebab aku selitkan puri buah untuk dia hari-hari. Bagi lawas. So Alhamdulillah tak de sembelit ke apa. Cuma drama berak keras dah pernah lah. Sedih tengok gaya meneran macam nak beranak.

Demam. Dah 3 bulan jugak asal nak beralih bulan temperature dia akan naik sikit. Tapi bukan demam teruk melepek. Kitorang pernah sekali bawak pergi klinik sebab itula 1st time pastu stock ubat apa semua takde. Tapi selalu demam sehari ja. Hormon bertukar mungkin. Anak dara kan. Kitorang lap-lap badan dia, pakai baju nipis-nipis. Alhamdulillah la walaupun demam tapi makan, susu semua ok. Pastu magic la sikit bila dah pandai merangkak dengan tumbuh gigi ni takde demam clingy pulak. Sebab demam dah mai in advance kan. Batuk selsema pun jarang teruk. Bila sampai part dia nak susu pastu berbunyi semacam je kena rajin buat percussion. Dan, aku sangat recommed minyak nama habasyi oil 99. Selalu aku sapu kat dada, belakang badan dengan hidung dia before tidur. Tengok ok je, batuk selsema jadi tak melarat. Aku pun haritu sapu kat hidung masa selsema, elok pulak. Range harga dalam Rm40-45 kot.

Kitorang tak guna minyak telon ke apa. Sejak lahir lagi Maryam guna minyak 7g. Bau lemon yang menyegarkan. Guna sikit je sebab bau dia dah sedap. Serasi la untuk dia sebab tak pernah kembung perut lagi. sapu kat celah-celah sendi, tapak kaki dengan perut. Dulu harga sebotol rm13, la ni dah naik 15-17 kot. Hampeh jugak. Tapi jimat sebab 1 botol kecik tu tahan sebulan lebih jugak. Aku ada jugak beli minyak bayini tu pasal ada kawan kata anak dia pakai minyak tu pastu tak pernah berkahak langsung. Tapi mak aku tak suka, tak wangi dia kata. Haha.

Maryam sangat kuat bepeluh dekat kepala. Tanya paed, dia cakap itu normal. Baby pnya metabolisme rate sangat tinggi. Dan kelenjar peluh dorang ni paling aktif dekat kepala, tapak kaki dan tapak tangan. So sooner or later bila body dah develop lagi, kelenjar peluh area lain pun akan aktif. Nanti dah takdelah peluh kuat sangat kat kepala. No wonder la kaki dia cepat sejuk. Dan haritu ada time Maryam ada banyak taik mata. Tapi tak sakit mata. Doktor cakap, itu sebab ade salur yang sambung mata dengan hidung terblock. Hish aku tak paham sangat tapi masa tu yang aku paham, die berhingus, pastu ade salur tersumbat pastu keluar kat mata. Haha. Aku iyekan je, sebab memang masa dia banyak taik mata tu masa die punya hidung tersumbat.  Nanti rajin-rajin la google lebih lanjut.

Susu, masih dengan susu ummi sepenuhnya. InsyaAllah cuba sampai 2 tahun. Walaupun aku macam nak pregnant lagi. dan orang cakap kalau pregnant tak elok susukan anak. Tapi kita tengok jela. Milkbooster? makan je apa nak makan. dan paling penting positif. Aku tak kaya susu tapi cukup untuk Maryam. Stok die memang sebulan je. Aku malas nak fikir makan itu susu banyak, makan ini susu sikit. Yang aku tau kau pam ada la stok, kau tak pam mana nak dapat stok. Dan aku tau target aku sehari kena bawak balik lebih 10oz. Haha sikit je kan. Tapi kang letak target tinggi-tinggi tak dapat aku kecewa. Selalu sesi pertama dah bole achieve target dah. Pastu pandai-pandaila adjust benchmark sendiri. Kau bukan bertanding dengan manusia lain pun. Kalau hari kerja memang aku akan cuba wajibkan pam at least 2kali sehari. Tang nak bagi susu ni memang mindset kita paling penting.

Percayalah, tak semua tips ni menjadi. Haha. Ada je masa aku rasa nak lambung-lambung je anak aku tu. Ada je masa rasa nak tangankan je dia. Aku dah kata jangan, tapi dia buat jugak. Oh dan Maryam sangat suka memekik. Dia punya cara approach orang adalah dengan menjerit. Kuat gile nyaring gile. Kat rumah takpe. Bila keluar makan aku menggelabah jugak. Lagi-lagi bile keliling senyap je kan. Kalau aku sorang lagi aku panik. Kalau ada Raihan dia lek lagi. Budak biase la dia kata. Ni pun aku selalu cakap jangan jerit tapi setakat ni tak jalan. Haha. Dann Maryam suka menjilat. Dia bukan jenis baby yang pegang or kutip pastu masuk mulut. Tapi die pesen menjilat. Blerghhh. Belum study lagi camne nak buat tang ni.

So far so good la kot. Sebab bila bole rasa nak anak lagi aku rasa being parents is not that bad. Syukur la dapat suami dengan family supportive agaknya. Hari-hari learning process. May Allah bless us all. InsyaAllah. 


Wednesday, December 2, 2015

Short cut

Sekarang bertungkus lumus sangat bila balik kerja. Hari-hari akan masak untuk Auliya. Basuh kain, rendam cuci botol pam, dan banyak malam pun aku akan masak sekali untuk Raihan. Tapi, bila terlalu buat sangat kerja, aku takde masa untuk Auliya. Masa untuk diri sendiri lagi la. Aku dah try short cut banyak, iron baju seminggu, bila weekend prep siap-siap barang nak masak, bawang, sayur, ikan ayam semua pack ikut harian punya amount. Even ikan bilis ayam sayur Auliya pun aku pack ikut hari, puri buah dia dia jela buat selang 2-3 hari. Dengan ni setiap malam dah banyak jimat masa jugak.

Cuma, minggu ni rasa senak sikit, minggu closing. Bila rutin kerja habis awal, aku try habis baik untuk lengkapkan jadual, tu pun masa macam tak cukup. Bila closing datang aku sesat dah. Sebab dalam kepala kata mampu dan boleh, maka buat. Harini Rabu, maka dah 3 hari aku terkapai sikit. 

Esok kemuncak. Yang pasti esok 2 pagi baru sampai rumah. Kali pertama jugak aku kena olah jadual untuk buat untuk anak. Iye Raihan ada. Dia, tolong sidai kain, lipat kain, sapu rumah, sesekali tengah masak anak nak susu, dia pulak turun dapur. Allahu. Suami tu. Mau tak segan. Betul, Auliya duduk dengan nenek dia, nak suruh mak aku buatkan. Masa die dengan anak aku lagi lama dari masa aku dengan anak. Cukup lah masa aku je terjual dah. 

Eh ni bukan merungut banyak kerja rumah. Aku tengah cari motivasi. Macam Ibu. Raihan cakap ibu setiap hari masak bila hari kerja, rumah berkemas, ada masa tengok dorang buat homework padahal siang dia kerja. Sampai sekarang ni dia dah tua, semua tu dah jadi hobi la pulak. Macam mana dia buat dulu. Haihh rasa nak datang peluk menangis sungguh-sungguh luahkan susah jugak hidup macam ni. Tapi tolong tunjuk jalan nak dapat syurga tu. 

Faham? Kalau susah aku punya short cut dah lama mudah. Beli instant food, beli homemade baby food yang melambak orang jual, kain baju hantar laundry, ajak suami bersidai kedai makan setiap malam. Tapi bukan nak ni. Aku tahu ada cara lagi nak mudahkan semua ni tapi macam sesat kejap takde siapa tunjuk. Serabut kan. Dia macam nak perfect sangat tapi lembik. Fuhh. 

Ini tak senang. Dulu pernah ada masalah untuk pam setiap hari dekat office untuk buat stock susu anak. Tapi sekarang dah ok kan. Alhamdulillah tak pernah kurang. Dulu itulah beban. Sekarang orang lain boleh datang tanya macam mana nak buat. Boleh boleh. Sikit lagi. Bagi jumpa ibu dulu mintak ilmu. 

Thursday, November 19, 2015

Sabar

Auliya start makan nasi, bubur la. Renyah jugak cara buatnya. Sebab aku skema, so tang makanan aku jadi cerewet dan ikut jela rules apa semua. Brown rice, rendam, sangai, blend pastu baru siap. Masa mula-mula buat tahan la stok untuk seminggu, pastu buat lagi dan lagi. Belum bab kena masak lagi. Beras kan, kena masak agak lama compare dengan nuat puri dari buah. Mula-mula aku masak 2 3 kali sehari pastu masuk freezer, but then again nasi kan, apa yang sedap bila beku. Lepas tu pulak dengar ada mak dekat office ni hari-hari bangun awal pagi masak untuk anak. Hmm aku macam termotivasi sikit. Tapi instead of bangun pagi, aku masak malam. sambil masak untuk bapak dia sekali. Masa first time masak bubur nasi dia, aku tak reti. Serius cakap aku tak pernah masak bubur nasi langsung. Air banyak mana, berapa lama nak masak. Aku google, ade yang cakap masak 5 minit je, pastu ada yang campur air panas je. Macam mana dorang buat ntah. Masak 10minit nampak mentah je. Rasa toksah cerita la. End up esok bagi nenek, nenek yang tolong alter kan. Sekarang dah ok la. Campur sayur ke apa ke. Masak hari-hari sedap sikit rasa nasi. Sesekali train Raihan suruh masakkan. Sebab guna dapur gas so sangat tradisional dan sabar duduk dapur mengacau-mangacau bagi tak hangit. Setiap kali lepas masak cakap kat anak, tolong la jadi anak soleh doakan ummi dengan babah. Gigih sangat ni. Untuk babah pun kalau ummi malas boleh je makan kedai. Haha.

Dan cakap pasal dapur, sinki sokmo problem. Masa mula-mula duduk rumah ni, paip bawah yang leaking. Seminggu lebih tak masuk dapur. La ni kepala paip tu pulak yang loose sampai air menitik. Stress oh. Paip yang bawah pulak start leaking balik, double stress. Semalam sampai menyumpah dalam hati. Hilang sabar teruk. sampai terlepas cakap, letih betullah dapur macam ni. Pastu tetibe nak jalan tapi nasib tak jatuh. Lantai licin. Fuhhh istighfar cepat-cepat. Leaking je pun, nak sakit hati emo bagai tapi tak nak betulkan. Mana boleh macam tu. Nasib kau tak jatuh kan. Ada dapur yang masih boleh masak pun dah syukur dah kan. Sabar.

Haritu dengar ustaz cerita, nanti dalam kubur dengan sabar ni la dia tutup lubang-lubang dalam badan ni tak bagi malaikat masuk nak seksa. Makanya aku pun tekad nak sabar.Seksa kubur teruk kot. Dah la baru kubur, nanti kat padang mahsyar, pastu neraka pulak. Allahu. Minta dijauhkan. Aku tak ingat macam mana aturan dia, tapi nanti dekat kepala ke kaki ntah ditutup dengan amalan baca Al-Quran, solat, zakat, sedekah dengan puasa semua tu. Pastu ada certain area ni yang amalan kita tak cukup maka sabar yang akan cover. Sabar ni kan sejenis perbuatan yang dalam hati. Kau tak nampak, susah weh. Haritu balik kerja, aku pun nekad nak jadi manusia penyabar, especially bila dengan Raihan. Tapi, masuk kereta je dah kena uji. Kitorang bersembang la apa jadi kat office masing-masing pastu entah aku cakap slow ke atau Raihan yang tak dengar ke, dia sampai 3kali suh aku repeat. Ewah hangin betul. Itu je pun aku dah hilang sabar. Ni baru pasal sabar ni dah kena uji. Dengan suami sendiri pulak tu. Belum tekad nak buat baik untuk amalan lain. Fuhhh.

Dan lagi satu, untuk elak azab kubur sah-sahlah baca Al-Quran kan. Ustaz cakap baca Surah Al-Mulk, untuk jadi penyelamat kat kubur nanti. Nanti dekat kubur, quran akan teman kita dalam tu. Ada kisah zaman nabi dulu yang dia duduk tepi kubur pastu dengar suara orang mengaji. Aku tak ingat nama tap tu nak bagitau dalam kubur yang sempit gelap tu dia ada kawan, tak sunyi. Satu hal lagi yang buat aku celik, ustaz cakap camni:
kalau kita takde masa nak baca Al-Quran, baca jela bismillahirrahmanirrahim.
Kalau takde masa sangat, baca la 3 huruf, alif lam mim.
Kalau langsung takde masa sangat, baca la dua huruf, to ha.
Kalau langsung-langsung takde masa sangat sangat, baca lah satu huruf, nun.
Betapa Allah sayangkan kita, sampai macam tu sekali nak bagi keringanan. (boleh insert smiley airmata berjujuran). Macam mana sampai hati boleh taknak buat kan. Dan kalaulah tak de masa nak bukak Al-Quran, memadailah kalau kita baca surah hafalan kita, walaupun surah al-ikhlas. InsyaAllah itupun dikira baca Al-Quran. Wallahualam.

Walaupun ada sepcific surah untuk kita elak-elakkan semua seksaan dan fitnah kubur, takpe la kalau tak reti nak baca pun. Dan kalau bahasa arab tak fasih pun kan ada terjemahan melayu. Semalam channel tv apa ntah, ade 1 cerita ni panggil syafiq yang bukak cafe fiqsgastronomy tu. Dia cakap bacalah Al-Quran dalam bahasa yang kita faham. Sebab Quran ada semua mende. Ha lepas tu, kebabom terus café dia. Rezeki kan. Untuk rezeki, baca Al-waqiah. Surah ni pun boleh jadi pelindung diri dari fitnah dajal. Sama macam surah al kahfi ayat 1-10 dengan ayat 100-110. Dajal punya kisah pun boleh tahan ngeri. Fuhhh. Mencabar betul nak cari syurga. Tapi kalau buat amalan-amalan yang Allah suka mesti bolehnya.

Ini baru kisah kubur. Dulu Raihan selalu suruh dengar kisah mati. Balasan kubur, mahsyar dengan akhirat, kisah kiamat. Tapi aku ni manusia yang penakut. Atau mungkin manusia ego yang tak suka kena batang hidug sendiri. Ni dah boleh dengar, takde lah teruk mana rasa. Terima kasih la suami.

Susah kan nak jad baik, cuba lah. Usaha pun Allah pandang.


Monday, November 2, 2015

Cuba

Tanggungjawab sekarang ni taklah susah mana. Tapi bila semua mai serentak nak attention tu boleh tahan sebak gak aku. Utamakan yang utama. Allah. Cuba la. Walau kadang macam payah. Aku serabut kerja tak sudah ni. Ibadah kan. Cuba jugak. Ustaz cakap kau kalau kata kerja nak cari rezeki untuk keluarga maknanya tak power mana la. Sebab orang bukan islam pun ada yang mindset gitu. Niatkan cari kerja untuk tujuan hidup akhirat sekali. Ibadah. Dah la satu pertiga hari dekat office, kalau kata ibadah khusus macam solat tu berapa minit sangat kita buat. Mana nak datang saham akhirat. Maka kerja itu ibadah. Kalau kerja itu ibadah memang menggunung saham akhirat. Fuh memang kaya pahala. Cuba kerja dengan ikhlas, sabar. Yela aku cuba. Pahala. 

Antara mende yang kena alert lagi bila kerja jangan tipu. Inilah payah sikit. Tipu masa selalunya. Aku akan pergi pam 2kali sehari kat office. Satu sesi pun makan lebih setengah jam. 2 sesi dah satu jam. Jadi gaji dah dibayar tak ikut usaha kerja. Maka gantilah. Hmm aku cuba jugak. Ada masa aku susah nak ganti sebab nak balik awal. Nak skip lunch memang mustahil sangat. Jadi ni bila kerja lebih masa aku tolak jela masa aku pam tu. Takde lah claim. 

Dan satu lagi. Hal benefit yang office offer  ni lah. Selalunya optical la. Selamber claim pi beli raybam. Kawtim dengan kedai tu suh tulis dummy resit. Allah. Takpun medical claim tu, dah tulis pregnant punya hal takleh claim tapi selamber jugak claim. Aku tak cakap aku, tapi ramai buat gini. Yela kita rasa iti hak kita, tapi kalau dah ada klausa kata jangan maka bagi aku gugur la hak tu. Alert la. Mana-mana boleh tahan kita tahan je. 

Cakap pasal ni memang banyak mende la. Gune telefon office untuk personal matter, pakai komputer office waktu bekerja baca baeutifulnara. Hmm susahkan nak betul-betul beribadah. Ustaz cakap kita ni mujahadah. Tinggalkan dosa yang kita sayang. Mula-mula memang susah. Lama-lama insyaAllah. Setan jangan bagi dekat lama. Macam lalat, kalau dia hinggap kita kena halau. Kalai tak halau dia bawak penyakit. Kang dah sakit susah nak ubat. 

Sambil aku busy tadi masuk otak jugak apa ustaz cakap. Tapi tula aku bukak youtube guna wifi office. Ironi kan hidup ni. 

Friday, September 18, 2015

Dulu dari kemudian

Pernah tak rasa macam seseorang yang kau kenal macam nak dapat atau buat perkara lebih awal dari kau, pastu kau rase risau dan takut nanti bila dia dapat atau buat kau akan sakit hati atau cemburu? Paham? 

Aku jenis manusia yang tak suka kena compare. Sikit pun tak suka. Maka aku selalu risau nanti orang tu macam ni tapi aku macam tu. dan ini sebenarnya secara tak langsung aku yang lead diri aku untuk buat perbandingan terlebih awal. Kira macam mende tak jadi lagi tapi dalam kepala aku dah imagine bukan-bukan. So aku takut bila moment tu sampai apa yang aku imagine jadi kenyataan. dalam hidup ni ada banyak hal kalau boleh aku nak aku dulu. Sebab nanti bila orang lain dapat atau buat dulu dorang akan set seuatu semacam benchmark untuk aku. Mende simple yang dari sekolah dulu aku perasan, time darjah 6 punya injection bcg. Aku sedaya upaya offer diri nak buat dulu sebab aku taknak nanti ada budak lain cakap sakit dan pastu aku yang jadi takut. Kang dia meraung sakit pastu kau ingat senang nak positifkan balik otak kau cakap "tak sakit tak sakit macam kena gigit semut je". Bila zaman belajar pun gitu presentation ke apa biar la aku dulu. Kang kalau group first kebabom kang kau yang present second group persembahan hambar kau ingat senang nak motivate diri balik. Hal camni membawak sampai tua ni jugak. Walau kadang-kadang ada jugak Allah nak bagi aku rasa sakit kena compare tu tapi most of it under control lagi. Dan ada jugak a few manusia yang aku pesen tak kisah kau buat atau dapat dulu. Sebab mereka ni selalunya manusia jujur perasaan dia. Bukan cerita untuk membanding. Dari belajar, kahwin, ada anak, ada la orang yang dalam kelas dia yang aku nak aku dulu yang pertama. Dan orang ni kalau kemudian dia punya kisah tu lagi kebabom wallahi aku tak kisah. 

Macam tadi kena injection, aku yang pertama aku kata adoi sakitnye kena cucuk sambil mata mengecil, tapi member yang turn dia nombor 10 cakap tak sakit nya sambil senyum tunjuk gigi, wallahi aku tak kisah. Aku dah rasa dulu. Maka nikmat ke sakit ke aku, aku dah rasa. Dan kemudian kau rasa jugak. Nikmat bagi kau, sungguh aku gembira. Tapi kalau sakit bagi kau, memang aku sedih. Sebab aku dah dulu. 

Alhamdulillah ada banyak imaginasi yang meraban ni Allah tolong aku. Allah bagi aku dulu. Dan kalau aku tak dapat dulu, aku kemudian dari mereka ni, selalu Allah bagi yang terbaik. Sekurang-kurangnya terbaik untuk otak aku. Aku selalu cakap kat Raihan, Allah sayang aku sebab selalu jaga hati aku. Alhamdulillah ya Allah. 

Tuesday, August 25, 2015

Hidup macam ni 2



6. Anak. Alhamdulillah sihat sejahtera. So far kalau pi checkup semua ok, graf pun ala-ala baby boy. Yang penting dia sihat. Baju raya pakai size 12m-18m. Wakaka. Soo big ah you baby. Progress sekarang baru pandai meniarap. Haha tu pun kira lambat tu. Tapi dia tak suke meniarap, bising mulut dia. Sibuk nak bangun duduk berdiri. Letak mana-mana pun dah angkat-angkat kepala. Mak suruh beli walker tapi aku tak berkenan pulak. Pastu dok survey baby chair, baby bud, baby booster segala ape la nama nak panggil. Nak beli carrier lagi. Pening mak nak susun bajet. Nak kena study satu-satu barang tu pun satu hal. Mula-mula nak beli ni pastu kang baca review kata tak best dah tukar pulak. Beli barang baby macam pening dia lain macam. Tapi ada jela rezeki dia insyaAllah. Makin redha bila selalu kena balik lambat. Memang Allah aturkan bagi cari rezeki lebih kot. Macam gini rupanye gile ada anak. Rasa semua mende nak bagi. Ada rezeki insyaAllah. Mak budak ni kalau anak sihat dia pun sihat la. Kecuali masalah utama aku sekarang rambut gugur. Ok paragraph baru please.
7. Mak. Ummi la. Rambut gugur teruk nok. Haritu kerja teruk kan sampai takde masa nak amek hal sangat. Sekarang macam dah lek-lek baru semangat google-google. Ada macam-macam la petua. Air bawang dengan kulit landak paling karut. Tapi ada petua pun macam la rajin nak follow. Apa yang aku buat adalah basuh rambut setiap malam. Walaupun bila basuh rambut pun rambut gugur macam apa, tapi biar je la. Proses masa nak kering pun rambur gugur macam apa gak tapi biar je. Lepas 2 hari macam dah ok. Maksudnya dah takde rambut gugur dengan sendirinya. Kecuali kalau baby tarik. Dan aku memang manusia yang tak sikat rambut. sebab guna jari pun boleh. Hahaha so tak yah la sikat rambut lagi-lagi bile tengah basah. Kalau tak kau akan rasa macam ada sakit teruk je tengok rambut banyak kat sikat.
Berat? Ni syok nak cerita. Terasa la kurus sekarang ni. Seluar dulu sebelum pregnant longgar dah. Haritu masa mula-mula habis pantang jeans takleh sarung. La ni boleh dah. Baju size M takde masalah, Tshirt S pun boleh. Wakaka gembira nok. Kecuali part perut buncit la. Tu dalam proses lagi. Betul la orang kata kalau breastfeeding baby memang badan senang turun. Bakar kalori dekat 500 sehari. Banyak tu. Mungkin pulak sebab puasa haritu. Alhamdulillah. Cuma satu la masalah aku, sembelit. Dia kalau sehari tak buang memang seksa.
8. Balik kepada cerita baby. Auliya kitorang panggil dia. Bulan depan dah 6 bulan. Maksudnye dah boleh makan solid food. Topik solid food ni macam jadi kegemaran mak-mak. Aku malas. Nak sediakan minda untuk study pun malas. Bila fikir kena beli tools nak prepare semua tu jadi lagi malas. Toksah pikir sampai blender ke steamer ke ape, periuk pun kena beli baru ni. Sudu Auliya pun takde lagi. Malas nak mula tu. Aku ni pulak jenis kena baca buat research kasi faham semua baru yakin nak buat. Tapi tu yang tak berapa rajin. Hidup ni kan macam cycle, dia ada fasa dia. Dulu masa sorang aku kisah dengan fasa aku sorang jela, ikut suka aku nak delay walaupun dah sampai waktu. Tapi ini dah masuk zaman fasa hidup orang lain adalah di tangan kau. Tu yang jadi malas tu, sebab tak boleh ikut suka hati. Dia boleh sebenarnya tapi tak 100% boleh. Kau tak paham sudah. Macam sekarang baru nak mantapkan diri dengan routine sekarang ni pastu tetibe ada new routine. Untuk aku yang dalam fasa mak-mak ni, perkembangan anak-anak kena seiring dengan skill mak-mak. Tu yang datang sakit M. Tapi aku rasa ni cakap kosong je. Nanti dah start trigger confirm aku paling ghairah. Itu malas nak start, pastu aku malas nak fikir yang nanti bila die dah start makan bila nak pi jalan kena bawak makanan dia, Nak kena panaskan pastu bawal segala mende tu. Sekarang ni selak baju je dia kenyang. Haha. Aku belum pernah lagi bawak botol susu dia kalau pi jalan. Leceh pulak kang nak pikir condition susu tu yang tak fresh ke apa. Walaupun sekarang memang macam drama sangat nak bagi susu sebab pantang dengan bunyi-bunyian dia sibuk nak toleh, tinggallah mende alah tu terdedah sebegitu. Fuhh kalut. Bila pikir gini rasa bagus jugak kalau dah pandai makan. Heh sudah. Topik lain pulak.
9. Lya dah berjaya melahirkan anak kedua. Baby boy pulak. eloklah sepasang. Pastu dia nak tutup kilang. Aku nak tengok jauh mana berjaya proses penutupan tu. Pesen subur ni macam takleh percaya sangat. Haha.
10. Kitorang macam planning je ni untuk anak seterusnya. Walaupun aku rindu semacam jugak nak pregnant tapi kesian kat Auliya pulak. Sekarang bila dia dah besar, rindu jugak tengok baby masa kecik dulu. Haha lain macam nafsu aku kat baby rupanya. Tapi kita kan manusia, hanya mampu merancang. Kalau Allah nak bagi cepat pun redha jela. Harapnya dapat baby boy pulak. Takpun kembar. Haha dari kecik ni nak sangat anak kembar. Kalau ada rezeki ada la tu. Tang ni  tengok jela apa jadi. 

Sekian

Monday, August 17, 2015

Hidup macam ni

1.Bulan dah separuh Ogos, year end closing dah habis. Closing paling azab untuk aku. Banyak sangat hal la. Setan takde tapi aku tetap tak bersabar, tetap rasa nak maki orang, tetap rasa nak lempang orang. Itulah azab dia. Balik lewat satu hal. Tapi bila fikir ini setahun sekali, aku redha dalam terpaksa. Baby? sampai bagi direct breastfeed pun dia menangis. Tidur pun dah taknak aku. Seksa jiwa mak nok. Banyak hal la. Memang aku stress. Dah penghujung closing, otak aku jammed tak mampu fikir dah. Buat kerja membabi buta. Main bedal. Aku tau banyak salah tapi banyak-banyak doa sangat apa jadi pun Allah permudahkan. Sakit kepala toksah cakap. Aku rasa kalau pi check blood pressure memang tinggi tu. Sampai ada masa aku berdiri pun rasa nak jatuh. Malas nak layan sakit je. Masa ni apa hal renyah nak jadi aku malas ambil pusing, Hal tak renyah pun kalau bole tolak tepi aku letak jauh-jauh. La ni baru habis month end closing, tak nyaman mana jugak. Rimas jugak fikiran camni.

2. Hari last Ramadhan, on the way balik rumah mertua, dalam kereta, nak dekat berbuka. Raihan ingatkan, baca doa cepat, waktu mustajab. Untuk kali pertama bersungguh aku menangis. sendiri terasa takde improvement dalam hidup. Nak kata leka entah la. Tapi bila kerja teruk sampai badan letih langsung semua hal yang sepatutnya dalam list bulan Ramadhan tolak tepi. Sungguh-sungguh doa ada jodoh dengan Ramadhan tahun depan, dan sungguh-sungguh doa aku dapat kerja baru yang boleh buat aku fokus dengan hidup. 

3. Yela betullah setiap kali tension mula lah sibuk nak resign. Tapi tengok ekonomi negara sekarang ni buat aku gelabah jugak. Nak cari kerja baru bila mana banyak company nak buang orang, nak duduk diam dekat rumah bila mana kos hidup bertambah. Susah. Position sekarang kira boleh bersyukur la jugak. Tambah belah bagi bila eh ada increment pulak. Harap la ada bonus, kerja cam hape takde reward memang menangis. 

4. Business? Yela, haritu sebelum closing kita apa invest saving sikit buat beli kain dengan barang untuk jual. Mula-mula niat nak jual lepas tu berhenti kerja fokus dekat jualan. Tapi balik dekat point nombor 3, Dan sepatutnya aku  nak jual online segala barang tu tapi memang tak dan aih. Rasa macam bad timing gak ah mula-mula tu. Tapi rupanya rezeki Allah nak bagi, Akak ada slot untuk jual dekat PWTC sempena kl raya fest tu. Fikir banyak kali gak boleh commit ke. Aku sah-sah surrender awal-awal sebab kena kerja that weekend. Raihan cakap dia try. Almost 90% of the preparation Raihan handle sorang. Aku memang tak mampu nak tolong, semak kerja sendiri tak surut-surut. At the end pencapaian yang boleh dibanggakan la untuk first timer. Alhamdulillah, rezeki anak. Nak jual online tapi tak start lagi. Kasi habis closing bulan ni dulu nanti fokus sana pulak. 

5. Raya. Tahun ni side Raihan lagi. Tapi aku takde hal sangat. As long as makan sodap. Haha. Cuma bezanya tahun ni kita raya KL dulu. Pergh memang lain nok suasana dia. Jiran mertua kiri kanan takde orang. Bunyi mercun pun sayup-sayup je dengar. Meriam memang takde langsung la. Untuk itu aku bersyukur sebab anak aku boleh tidur dengan tenang. Tu la hikmah dia. Baby cranky lain macam jugak malam tu, satu kerja pun aku takleh nak buat. Ibu buat laksa johor pun sorang je. Sampaikan baju raya kami anak beranak Raihan yang gosokkan. Kuikuikui. Esoknya. lepas sarapan pagi raya baru gerak balik Negeri Sembilan. Ni baru terasa suasana sikit tapi dah lewat petang baru berjalan. Ada anak memang buat scene jugak la. Setiap rumah ada scene bagi susu kat anak. Lagi choi lupa bawak nursing cover. Tapi syok ah sebab makan sedap, cuma tak syok sebab tak balik Johor. Aku mampu terbayang jela kesedapan lontong, kuah lodeh, sambal goreng, ayam masak kicap. Dalam mengharapkan sinar syawal, aku mintak tolong mak masakkan. Lepas mengidam. Dan syawal baru consider habis bila open house company dah attend and tadi baru settle townhall event kat office ni. Walaupun tahun ni downgrade dah tak masuk hotel tapi buat kat hall atas ni kire halal la sebab makan sodap gak.



Ni baru part 1. Ada lagi 2 3 4 5 perenggan