Saturday, January 17, 2015

±30

Esok kita nak pi jalan. Semoga Allah permudahkanlah semua. Dalam kepala macam-macam fikir. Tapi wat lek jela. Itu cerita next time. 

Tadi, lama tak pi surau permata ni la. Sejak pregnant macam takde je jejak kaki sana. Ni dah 7 bulan baru dan nak pi. Dengar ceramah, jemaah sekali. Alhamdulillah. Dan baby kemain moving lelaju. Kadang rasa kepala kiri, kaki dok sepak kat kanan. Pastu dah terbalik. Terer betul dia. Takjub aku kisah kejadian baby ni. Walaupun aku sesekali bising perut besar, tak selesa tapi bile dok fikir kesian baby duduk dalam tu sempit-sempit, rasa macm takpela perut, nak besar lagi pun takpe. Dan stretch mark pun muncul. Nak melelah air mata nok, redha jela. Satu lagi tang dark circle. Haih aku dah la mata memang tak berapa lawa, ada mata panda memang kacak terus. Tidur awal mana pun, malam-malam terjaga jugak. Asal nak tukar position terjaga, bantal placing tak betul pun terjaga. So now ada 6 bantal untuk aku saja. Raihan bising dah. Muahaha. Apa nak buat. 

Baby so far sihat. Semalam scan dah sekilo lebih. Dia punye week pun macam terkedepan kalau ikut size apa semua. Maka aku pun lost count jugak berapa minggu dah baby. EDD pun dah bertukar. Since period aku pun 2 3 bulan sebelum tu macam lari-lari sikit, so tak kisahlah. Asalkan baby sihat, aku sihat. Kite pun dah buat detail scan, Alhamdulillah semua ok. Dapat tengok video 4D baby, speechless terus. Semoga membesar jadi muslim berjaya. 

Hal kerja gitu jela. haritu masuk tahun baru kemain kerja seminggu teruk. Sebab nak cuti lama, stress jugak aku menyiapkan semua mende. Naik kerja ni pun sure bertimbun lagi. Setiap bulan pun ada je pergi cuti jalan-jalan, tapi balik office serupa je. Sabar jela. Hal rumah dah settle semua. Yeayy. Nama dah tukar, geran dah ada, payment dah released, dah bole bayar installment dah. Tambah hutang T_T. 

Sebanyak mana rasa nak merungut pun, rasa macam banyak lagi nikmat Allah bagi. Aku nak bising kerja banyak, tapi dengan gaji tula mampu nak pergi sana-sini, mampu nak beli itu ini. Nak bising sakit mengandung, tapi inilah nikmat. Penghapus dosa. Nak ada anak sendiri, selalu doa, Allah bagi ni sepatutnya tahan jela. Semoga Allah permudahkan hidup atas dunia ni. Kasi dapat akhirat dan syurga yang cun melecun. 


No comments: