Thursday, January 29, 2015

Babymoon

Aku dah dalam kemalasan nak kerja sekarang. Mengantuk teruk kat office ni. Demi memikirkan gaji nak buat itu ini, maka bertabahlah. Haritu pi jalan, sampai ke Phuket nun. Al kisah dia dah beli tiket masa promo lama dah, tak pregnant lagi pun masa tu. Masa tu kalau buat kira-kira pun, agak-agak baru 6 bulan gitu la kalau baby jadi. So redha jela. Tu pun entah macam mana boleh tetibe nak beli ntah. Dan tak lama lepas tu dapat tau kite pregnant. Terus buat-buat lupa hal Phuket. Sampailah haritu  masa nak ke Cherating bulan 11, baru rasa nak pergi ke tak ni. Flight dia 18 Jan, seminggu sebelum tu baru book hotel semua. Tu dah kira confirm la tu nak pergi. Doktor pun cakap aku fit je nak pergi so on jela. Tapi sebab dh lepas 28weeks so kena bawak surat doktor sekali. Bawaklah jugak segala buku pasal progress sepanjang pregnant ni.

Pergi pulau, sah-sah la nak kena naik bot, mandi, snorkeling, berenang. Ni pun punca jugak aku macam malas nak pergi memula, sebab pikir camna nak buat semua ni ntah. Tapi sebab aku pesen malas nak menyesal dan terkenang-kenang, elok la aku pergi. Sama macam kes nak tengok bola haritu la. So pergi dengan redha tak dapat buat semua tu. Dah sampai sana, try nasib jugak tanya kot-kot ada bot yang sudi nak angkut aku. Siang tu cari memang takde la, semua tak berani amek risk. Ok lah tu tandanya memang takde rezeki la. So plan b dia pi naik gajah tak pun tengok harimau. Tu jela yang orang buat kat Phuket. Tapi malam tu saje tanya-tanya lagi kalau-kalau ada luck ke kan. Jumpa la satu agent ni, Jouk nama dia. Orang Thai ni peramah, mungkin sebab dia bisnes kan. Gigih dia call banyak orang-orang bot tu nak selitkan aku.  5 6 agency jugak la, yang last tu baru sangkut. Wahh rezeki betul. dapat diskaun sikit je tapi ok je la. Asal dapat. Balik hotel sengih la macam kerang dua laki bini. Aku kabor ke Raihan, aku taknak terjun laut pun, bagi dia jela chance. Kesian pulak dah datang jauh tapi tak de jalan pulau lain. Aku cakap aku dok atas bot jela nanti. Amek-amek gambar. Tu aku kata.

Dah atas bot, lain macam aura dia. Tiba masa nak amek life jacket dengan gear apa semua, aku semangat pi amek jugak. Sedar-sedar dah dalam air. Mana nak tahan nafsu tengok laut lawa gitu. Pergi PD pun aku nak jugak masuk laut, ini pulak dapat air jernih siap ikan-ikan lawa. Sebab ni bukan first time, so terer dah berenang-renang. Selagi tak dipanggil naik memang tak naik. Maka puas lah hati.

Dan hal yang paling memuaskan hati bila Raihan pun dah syok berjalan. Dia ni bukan jenis yang suka melancong, nak jalan-jalan tengok tempat orang. Plan Phuket ni semua aku yang uruskan, dia bagi approval je. Tapi balik dari sana dia pulak tak sabar plan next trip. Kemaruk dah. Tapi kita lek-lek jap, ada plan lagi besar  nak achieve tahun depan.

Baby so far ok jela. Aktif macam biasa. Aku just make sure sebelum buat apa-apa tu aku cakap dengan dia elok-elok. Kang tak la terkejut naik bot tetibe, masuk air laut. Pastu malam pi jalan Bangla Road tu aku kabor ke baby, awak tak yah la datang sini. Tak faedahnya. Haha.


No comments: