Wednesday, February 18, 2015

Clingy

Raihan pi futsal, yang sepatutnya aku pun ikut sekali. Tapi main outdoor, khabarnya sana hujan so aku kata nk balik. Tinggi lah harapan Raihan tak jadi main. Tapi alahai tak sampai hati rasa. So lepas sesi keluar masuk rumah lebih 3 kali baru dia betul-betul pergi. Payah. 

So duduk rumah sorang, heartburn teruk awal tadi, kaki letih dok lama sangat kat sejadah, bukan sebab berdoa ke apa tapi drama isteri meluah kesusahan hati. Dan cukup la tu alasan untuk melepak depan tv tunggu mata lelap. Tak daya nak buat apa. Badan berat, seberat perasaan susah hati suami takde kat sebelah. 

Tapi yela, nasib ada baby. Dok bergolek sana sini, timbul-timbul entah kepala ke, kaki ke tangan ntah. Tak dan sangat nak melayan perasaan. Blerghh. Post melampau sangat nih. Tapi tak reti betul gua keseorangan begini. 

Monday, February 16, 2015

±34

Sekarang dalam stage yang selalu tak larat dan penat. Selera makan macam berkurang, dah takde teringin nak makan kedai sana sini. Itu yang berat macam naik tak naik je. Teringin nak makan lauk kat rumah ada la, tak kisah lah telur semata asalkan duduk makan kat rumah. Alhamdulillah la aku takde pulak mengidam pelik-pelik. Haritu ada la rasa nak makan serawa durian Ibu, tapi durian pulak susah nak dapat. Tapi takde la rasa nak mengamuk ke apa, buat lek-lek jela. Dah takde rezeki. Cuma satu pagi tu, ternampak pasar tani, ada jual durian. Beli. Makan. Settle. Aku pun tak sangka aku mudah dipuaskan. Wahaha.

Cuma sekarang ni sebab tak suka makan luar, kena masak sendiri. Tapi, bila masak letih dia teruk melampau. Duduk dekat office ni pun dah penat lain macam. Ha travel dari rumah nak balik Permata pun aku rasa nak suruh Raihan berhenti tepi jalan sekejap bila kaki dengan pinggang dah start sakit. Haritu kemain plan nak pergi jalan-jalan lagi sekali sebelum deliver, tapi boleh simpan jela angan-angan tu. Semoga bertabah la nak hadap lebih kurang 2 bulan lagi.

Sekarang checkup dah 2 minggu sekali, since aku pergi dua-dua private dengan kerajaan senang buat appointment serentak. Satu hari terus cuti. Last checkup baby dah 2kg lebih. Itu menjawab kenapa badan rasa berat sangat. Selalu bila nak Isyak rasa paling berat. Memang standby kerusi siap-siap. Baby still aktif, kadang-kadang gelak sendiri tengok perut benjol-benjol bila baby move. Nikmatnya la perasaan tu. Dah macam terapi bercakap sendiri dengan baby ni, lagi-lagi bila rase stress sangat. Tak sabar nak bersalin tapi takut dia semacam jugak. Ada masa aku ok je bace buku-buku pasal nak deliver baby, ada masa nak dengar orang cerita pun aku seram. nak kahwin pun tak macam ni sangat.

Barang baby semua dah siap beli la kot, beli yang basic je. Memang gaya kalau orang tengok tak macam excited je nak sambut anak. Tapi kite lek-lek dulu, esok baby keluar aku gerenti semangat nak membeli tu lain macam. Tapi sikit-sikit pun letih jugak tangan membasuh. Ada lagi 1 trip kena basuh lampin-lampin tu. Ni cuti raya cina ni harap-harap kuat la. Sebab aku macam semangat je nak pack baju awal-awal. Haha ambil mood nak bersalin awal sikit. Padahal doktor kabor takyah lagi pun takpe.

Lain-lain, hidup semakin panas. Upper part of the body ni paling gile panas dia. Berpeluh macam orang marathon. Ini antara dugaan paling tak tertahan jugak kadang-kadang. Dulu aku paling tak gemar tidur dalam aircond, sebab bila bangun mesti flu. Sekarang rasa nikmat tak terkata. Cuma, walaupun panas berpeluh-peluh tapi bila masuk bab mandi, memang takde maknanya nak berlama-lama main air. Sejuk mandi tu lain macam. Dan itu antara perkara pelik yang pelik.


Thursday, February 5, 2015

Minggu ni mencabar, closing week. Isnin Selasa public holiday tapi redha kena kerja. Cari duit lebih selagi mampu. Sabtu Ahad dah letih kenduri, taklah letih teruk pun sebab duduk berdiri, jalan sikit-sikit. Tapi letih la jugak sebab takleh baring-baring melepak kat rumah. Jadi masuk Isnin dikala orang lain cuti kite gagah je masuk office. Selasa dah separuh gagah, tapi plan dia masuk half day je. Maka malas nk order lunch. Sekali disaat aku shutdown pc tu la emel bertubi masuk. Fine, lek-lek jap siapkan kerja tapi ape ke hal ntah bulan ni. Tetibe banyak pulak isu. Sudahnye dengan perut lapar tu pukul 4 baru settle semua. Hangin hangin. Kepala pening, perut senak. Malam terus pengsan. Heartburn teruk datang attack. Ikut badan mmang nak mc je Rabu tapi bawak relax lagi. Malas layan letih. Closing day dah sampai. Buat kerja malas nak kalut sangat. Kalau tak confirm lagi letih otak aku, badan pun taknak unction nanti. Tapi gile ah malam tadi. Pukul 2 pagi baru selesai semua kerja. Perghh pekerja contoh  betul. Nak balik jalan keliling office ni polis tutup pasal thaipusam tak habis lagi. Pusing jalan jauh dekat pukul 3 sampai rumah. Pengsan. Tapi tidur tak lena sebab dok termimpi-mipi kerja. Choi betul.

Harini gagah lagi masuk office, pagi tadi sampai awal tapi masuk surau tertidur nk dekat sejam. Sukati betul. Ni kerja dah kira siap la ni, aku tepu dah. Aku sambil-sambil makan limau, dengar radio dan berpura seperti menaip kerja. Boss baik hati offer suruh cuti esok. Kemain rasa disayangi. Tapi simpan cuti buat gi jalan lagi bagus. Tinggal 1 closing lagi before maternity leave. Nanti habis cuti, dah nak year end closing, azab tuhhh. Campur dengan GST dah implement, dari posting ke report semua sah-sah lain. Memang macam budak baru masuk kerja la nanti.