Monday, February 16, 2015

±34

Sekarang dalam stage yang selalu tak larat dan penat. Selera makan macam berkurang, dah takde teringin nak makan kedai sana sini. Itu yang berat macam naik tak naik je. Teringin nak makan lauk kat rumah ada la, tak kisah lah telur semata asalkan duduk makan kat rumah. Alhamdulillah la aku takde pulak mengidam pelik-pelik. Haritu ada la rasa nak makan serawa durian Ibu, tapi durian pulak susah nak dapat. Tapi takde la rasa nak mengamuk ke apa, buat lek-lek jela. Dah takde rezeki. Cuma satu pagi tu, ternampak pasar tani, ada jual durian. Beli. Makan. Settle. Aku pun tak sangka aku mudah dipuaskan. Wahaha.

Cuma sekarang ni sebab tak suka makan luar, kena masak sendiri. Tapi, bila masak letih dia teruk melampau. Duduk dekat office ni pun dah penat lain macam. Ha travel dari rumah nak balik Permata pun aku rasa nak suruh Raihan berhenti tepi jalan sekejap bila kaki dengan pinggang dah start sakit. Haritu kemain plan nak pergi jalan-jalan lagi sekali sebelum deliver, tapi boleh simpan jela angan-angan tu. Semoga bertabah la nak hadap lebih kurang 2 bulan lagi.

Sekarang checkup dah 2 minggu sekali, since aku pergi dua-dua private dengan kerajaan senang buat appointment serentak. Satu hari terus cuti. Last checkup baby dah 2kg lebih. Itu menjawab kenapa badan rasa berat sangat. Selalu bila nak Isyak rasa paling berat. Memang standby kerusi siap-siap. Baby still aktif, kadang-kadang gelak sendiri tengok perut benjol-benjol bila baby move. Nikmatnya la perasaan tu. Dah macam terapi bercakap sendiri dengan baby ni, lagi-lagi bila rase stress sangat. Tak sabar nak bersalin tapi takut dia semacam jugak. Ada masa aku ok je bace buku-buku pasal nak deliver baby, ada masa nak dengar orang cerita pun aku seram. nak kahwin pun tak macam ni sangat.

Barang baby semua dah siap beli la kot, beli yang basic je. Memang gaya kalau orang tengok tak macam excited je nak sambut anak. Tapi kite lek-lek dulu, esok baby keluar aku gerenti semangat nak membeli tu lain macam. Tapi sikit-sikit pun letih jugak tangan membasuh. Ada lagi 1 trip kena basuh lampin-lampin tu. Ni cuti raya cina ni harap-harap kuat la. Sebab aku macam semangat je nak pack baju awal-awal. Haha ambil mood nak bersalin awal sikit. Padahal doktor kabor takyah lagi pun takpe.

Lain-lain, hidup semakin panas. Upper part of the body ni paling gile panas dia. Berpeluh macam orang marathon. Ini antara dugaan paling tak tertahan jugak kadang-kadang. Dulu aku paling tak gemar tidur dalam aircond, sebab bila bangun mesti flu. Sekarang rasa nikmat tak terkata. Cuma, walaupun panas berpeluh-peluh tapi bila masuk bab mandi, memang takde maknanya nak berlama-lama main air. Sejuk mandi tu lain macam. Dan itu antara perkara pelik yang pelik.


No comments: