Thursday, March 12, 2015

Cuti dah start. Duduk rumah mak, manjang lapar. Lapar nasi pulak. Baru lepas makan nasi lemak, dah tak sabar nak tunggu nasi untuk lunch. Tak sampai 3 jam dah selamat makan tengahari.  

Baby masih sangat aktifff. Dah rindu dah feeling perut gelembung sana sini sebab baby. Dah la bila dia dah engage ni lagi la aktif. Perut turun, baby dah kebawah. Main dekat pundi kencing situ. Pergh ngilu tak ingat. Sehari entah lebih 10 kali masuk toilet. Kadang-kadang bila dia main dekat usus besar, bebila je rasa nak melabur sampai. Kemain senang nak keluar. Rezeki betul sejak pregnant takde sembelit. Setiap pagi lancar perkumuhannya. Berat naik pun ada la 10kg. La ni baby 2.9kg. Bayangan nak kurus dah ada ni. Orang kata kalau breastfeeding baby lagi senang kurus. 

Aku dah bosan ni. Duduk, jalan dalam rumah, tengok tv, bukak tafsir, main sudoku, pastu lapar nasi. Raihan cakap harini balik awal, oh tak sabar nak cari mall pastu jalan banyak-banyak bagi cepat tanda datang. Alasan. Walaupun duduk rumah boleh je nak buat macam-macam bagi jalan bukak lagi. Doktor kata nak ketuk ketampi pun boleh. Takpelah.  Berat sangat nak angkat bontot. Ade tu kata jalan itik. Haritu aku try, sedih sebab nak angkat kaki melangkah pun tak mampu. So squat then. Tu pun bila teringat. Solat pun cuba tak duduk atas kerusi. Biar buat macam biase walaupun nak bangun berdiri tu lambat dari biase. 

Penuh kesabaran menunggu. Bila-bila kata doktor. Tapi Allah la yang tentukan. Kita dah ready dah ni. 




Wednesday, March 11, 2015

Dua pagi. Mengantuk ni tapi perut kenyang sangat. Aku gagah masak nasi sama sambal kentang tadi. Itu je yang aku teringin sangat nak makan. Lapar sampai pening. Sedih betul. Dah makan ni teringat haritu pesan kat Raihan. Nanti kalau dah masuk hospital pastu still boleh makan, tolong bawakkan nasi, sambal kentang dengan kicap. Nak tu je. Ni dah dapat ni. Paham tak maksud dia? Haha. 

Tadi routime checkup dengan Dr. Ratna. Aku dah tulis tadi apa jadi, tapi biar dok dalam draft dulu la. 

Semoga Allah permudahkan. 

Monday, March 9, 2015

±36

Lepas kejadian haritu, sakit-sakit semakin nyata. Tapi sebab doktor kabor selagi tak keluar darah atau air belum nak bersalin lagi maka belum lagi la. Raihan tengah rajin nak layan kehendak nafsu makan aku. Cuma masalahnye, aku tak berapa nak teringin sangat makan pape. Aku korek-korek memori aku kot-kot ada apa yang aku dok sebut tapi tak dapat lagi. Ada la beberapa mende yang terkenang-kenang. Sate ikan. Yang dulu-dulu pakcik naik motor jual depan sekolah, 1 cucuk seposen. Last makan masa form 1. Berbelas tahun dah kann. Google la cari mana ada. Pergi cari kat uptown kota, tak berjumpa. Pastu tanya-tanya kawan-kawan kot ada yang tau katne. Sekali officemate aku cakap kat pasar malam taman melawati. Amboi kebetulan sangat, memang nak balik Permata weekend tu. Malam lepas Raihan balik surau laju je pergi pasar. Memang rezeki la, jumpa jugak. Settle satu. Ada lagi satu yang teringin. Aiskrim kelapa sangkaya. Ampang point ada, beli satu sorang. Lepas tu bertenggek depan tangga ampang point tu nak menghabiskan aiskrim. Ya Allah nikmatnya. Kalau tak bersalin lagi  weekend ni, aku nak ajak Raihan pi repeat sekali lagi. Oh lepas tu lagi satu, teh tarik susu kambing. 1st time minum dekat Azmi Corner JB, masa trip legoland dulu. Sedap pulak. Sekarang tengah mencari lagi mamak mana jual teh susu kambing ni, yang fresh.

Aku sekarang masuk office, memang gaya malas sungguh. Kerja macam siput je buat. Lagi-lagi dah hand over semua company dekat orang lain. Konon cakap nak tolong buat tapi tak jugak aku tolong. Ni kepala tengah pening ni, degil sangat pepagi minum teh ais. Memang confirm muntah balik semua. Selalu dah jadi tapi buat jugak.

Condition diri sendiri, sakit pinggang yang macam senggugut tu dah rasa. Sakit tulang sendi bawah ni dah rasa, perut gatal melampau sudah. Dan bila baby nak keluar Allah jela yang tahu. Semoga dipermudahkan lah.

Wednesday, March 4, 2015

False alarm

Jadi harini. Memula rasa sakit perut pinggang melampau, buat tak tahu je lagi. Tapi sakit datang jugak. Tanya 2 3 orang semua suruh pi check doktor dulu. Closing day tau tadi, hari yang confirm midnight baru balik. Serba salah jadinya nak cuti. Tapi kita call pmc tanya, nurse kabor datang jela check dulu. Ok. So merasa la letak ctg kat perut. Pastu dan-dan masa tu contraction datang 2 kali je. Hujung-hujung dah takde dah. Malu betul. Siap check bukaan tapi belum terbuka lagi apa yang patut. Doktor Ratna nasihat lebih sikit tadi bagi kita paham. Dah la dia tau aku last minute tak  attend antenatal class di haritu, double malu jadinya. 

Pengalaman buat bakal parents yang noob ni. Balik rumah terus pack kain baju baby dengn ummi. Harap-harap kalau jadi lagi baby keluar terus. Kepala pun dah engage, sakit dah rasa maka aku pun dah makin tak sabar. 

Dengan masa yang ada ni dah boleh asah nafsu makan balik. Cari sampai dapat apa yang nak makan. Dan tadi selamat dah makan maggi 100 bath yng beli kat airport phuket aritu.