Monday, March 9, 2015

±36

Lepas kejadian haritu, sakit-sakit semakin nyata. Tapi sebab doktor kabor selagi tak keluar darah atau air belum nak bersalin lagi maka belum lagi la. Raihan tengah rajin nak layan kehendak nafsu makan aku. Cuma masalahnye, aku tak berapa nak teringin sangat makan pape. Aku korek-korek memori aku kot-kot ada apa yang aku dok sebut tapi tak dapat lagi. Ada la beberapa mende yang terkenang-kenang. Sate ikan. Yang dulu-dulu pakcik naik motor jual depan sekolah, 1 cucuk seposen. Last makan masa form 1. Berbelas tahun dah kann. Google la cari mana ada. Pergi cari kat uptown kota, tak berjumpa. Pastu tanya-tanya kawan-kawan kot ada yang tau katne. Sekali officemate aku cakap kat pasar malam taman melawati. Amboi kebetulan sangat, memang nak balik Permata weekend tu. Malam lepas Raihan balik surau laju je pergi pasar. Memang rezeki la, jumpa jugak. Settle satu. Ada lagi satu yang teringin. Aiskrim kelapa sangkaya. Ampang point ada, beli satu sorang. Lepas tu bertenggek depan tangga ampang point tu nak menghabiskan aiskrim. Ya Allah nikmatnya. Kalau tak bersalin lagi  weekend ni, aku nak ajak Raihan pi repeat sekali lagi. Oh lepas tu lagi satu, teh tarik susu kambing. 1st time minum dekat Azmi Corner JB, masa trip legoland dulu. Sedap pulak. Sekarang tengah mencari lagi mamak mana jual teh susu kambing ni, yang fresh.

Aku sekarang masuk office, memang gaya malas sungguh. Kerja macam siput je buat. Lagi-lagi dah hand over semua company dekat orang lain. Konon cakap nak tolong buat tapi tak jugak aku tolong. Ni kepala tengah pening ni, degil sangat pepagi minum teh ais. Memang confirm muntah balik semua. Selalu dah jadi tapi buat jugak.

Condition diri sendiri, sakit pinggang yang macam senggugut tu dah rasa. Sakit tulang sendi bawah ni dah rasa, perut gatal melampau sudah. Dan bila baby nak keluar Allah jela yang tahu. Semoga dipermudahkan lah.

No comments: