Thursday, March 12, 2015

Cuti dah start. Duduk rumah mak, manjang lapar. Lapar nasi pulak. Baru lepas makan nasi lemak, dah tak sabar nak tunggu nasi untuk lunch. Tak sampai 3 jam dah selamat makan tengahari.  

Baby masih sangat aktifff. Dah rindu dah feeling perut gelembung sana sini sebab baby. Dah la bila dia dah engage ni lagi la aktif. Perut turun, baby dah kebawah. Main dekat pundi kencing situ. Pergh ngilu tak ingat. Sehari entah lebih 10 kali masuk toilet. Kadang-kadang bila dia main dekat usus besar, bebila je rasa nak melabur sampai. Kemain senang nak keluar. Rezeki betul sejak pregnant takde sembelit. Setiap pagi lancar perkumuhannya. Berat naik pun ada la 10kg. La ni baby 2.9kg. Bayangan nak kurus dah ada ni. Orang kata kalau breastfeeding baby lagi senang kurus. 

Aku dah bosan ni. Duduk, jalan dalam rumah, tengok tv, bukak tafsir, main sudoku, pastu lapar nasi. Raihan cakap harini balik awal, oh tak sabar nak cari mall pastu jalan banyak-banyak bagi cepat tanda datang. Alasan. Walaupun duduk rumah boleh je nak buat macam-macam bagi jalan bukak lagi. Doktor kata nak ketuk ketampi pun boleh. Takpelah.  Berat sangat nak angkat bontot. Ade tu kata jalan itik. Haritu aku try, sedih sebab nak angkat kaki melangkah pun tak mampu. So squat then. Tu pun bila teringat. Solat pun cuba tak duduk atas kerusi. Biar buat macam biase walaupun nak bangun berdiri tu lambat dari biase. 

Penuh kesabaran menunggu. Bila-bila kata doktor. Tapi Allah la yang tentukan. Kita dah ready dah ni. 




No comments: