Thursday, April 23, 2015

Mengidam tak habis

Dah hujung-hujung pantang ni makin kerap pulak gua rindu zaman pregnant. Gua syak sebab zaman tu apa gua mintak senang dapat. Cuma baiknya gua tak mintak mende pelik sangat. Masa tu dok ligat nak pi jalan je. Rezeki betul start masuk 5 bulan menderu jalan sana sini. Legoland berjaya ditawaf, walapun takde game yang mampu aku main kecuali naik train tu je. Pastu pi laut, cherating sama PD. Tapi takde rezeki mandi laut, sama ada hujan atau laut surut pastu air kotor. Tapi for sure ada swimming pool maka itulah tempat bermain. Aku yang tak reti berenang ni tapi sejak berpelampung kat perut tetibe macam reti. Pastu last haritu pi Phuket. Ini dah 7 ke 8 bulan. Hadap. Siap snorkelling mak kat sana nyah. Itu pun patut last trip aku ikut Raihan pi Melaka or Ipoh. Tapi terberanak awal. Lasak ligat mau jalan tak terbukak cepat. Seronok la masa tu. Every weekend pun rajin jalan ikut Raihan pergi main bola. Merentas padang dengan terik matahari. Kadang-kadang hujan dengan lecak. Tabah pegang payung. Pastu masuk stadium pulak tengok bola. Selalu kena pergi senyap-senyap. Dah balik stadium baru mak bapak tahu. Itu pun kemain jauh menapak dari tepi jalan tempat parking kereta sampai panjat tangga stadium. Gilo betul laki gua bagi gua pergi. Haha. 

Ha kau, panjang gua hikayatkan kenangan manis gua melancong. Betapa gua kemaruk nak pi jalan ni. Makan berpantang tak kisah tapi pantang nak berjalan ni berat betul nak dipikul. Entah sejak bila makan sedap boleh tolak tepi. Mungkin sebab selalu dah dapat makan sedap. Mende bila selalu dapat kita pandai senyap kan. Tapi kurang sebulan lagi nak masuk kerja balik. Pastu puasa pulak, hah year end closing pulak office gua nanti, raya pun tak pasti cuti berapa lama. Gua selalu berangan tiap kali balik Senai nun ada rezeki nak pi seberang tambak. Mana tahu tahun ni punya raya. Amin. Muahaha angan-angan. 


Tuesday, April 21, 2015

Alhamdulillah tadi kita dapat good news from doktor yang check Maryam. Maryam sihat. Everything is fine. Sebenarnya baby Maryam jaundice lama sangat so jadi la prolonged jaundice. So check darah, urine dengan buat detail ultrasound sebab nak check reason kenapa reading tak turun. Alhamdulilah semua ok. Terasa beban hilang terus. Dah sebulan lebih, haritu reading dah turun dah. Normal balik. Berat Maryam pun elok naik dengan pipi menggebu, tinggi pun elok bertambah. Ya Allah syukur sangat. Sampai rimas la anak itu dicium-cium tadi. 

Sebab happy terlampau pastu mengade scroll instagram tengok barang baby. Memang selalu buat kerja gitu tapi selama ni berjaya tahan nafsu. Tadi tak berjaya. Alasan nak kenduri aqiqah nanti so kena la beli belah. Dan berlaku la jual beli sebanyak 3 kali. Kopak. Dah sekarang aku cari alasan nak beli barang untuk diri sendiri pulak. Ewah. 

Thursday, April 16, 2015

Ada masa Allah hantar dugaan yang payah nak kita nak redha. Jenis yang dengar berita, automatik kepala negatif. Taknak fikir apa punca dan hikmah kemudian. Payah nak redha. Payah tapi redha jugak akhirnya. Semua jadi bersebab. Dah jadi baru lah nampak logik semua perkara. Baru nampak betul mereka, salah sendiri. Perit tapi dah belajar redha kan. Maka redha. Hadap. 

On seperate note (giteww), aku takleh imagine Raihan takde. Manusia, ada kurang sana sini, tapi untuk jadi support system aku, dia paling best. Untuk bakal 2 tahun kita kahwin, ada part yang slow-slow dah divert. Dulu parents and sekarang husband. Semoga Allah rahmati hidup awak wahai suami, babah Maryam. 

Sunday, April 12, 2015

Nama

Kita namakan anak kita Auliya Nur Maryam. (اَولِيَا نُور مَريَم)

Maksud Auliya mengikut kamus dewan edisi ketiga (tak tau la sekarang ni dah berapa edisi) jamak utk perkataan wali. Kalau google lebih lagi maksud dia pemimpin, kawan yang baik, ketua yang mulia. Jatuh cinta dengan nama ni sejak form one lagi. Entah kenapa sampai begitu ntah. Anak sulung, kakak, kaklong, semoga jadi ketua yang mulia dan baik untuk adik yang ramai nanti. Haha. 

Nur tu cahaya. Mula-mula saje letak Nur kat tengah, pastu baru perasan eh Auliya start dengan hurul alif, ok la bagus la. Haha apa yang bagus tak tahu, tapi rasa macam bagus la nama start dengan huruf alif. 

Maryam takde maksud tapi semua tahu Maryam ibu Nabi Isa a.s. Sebab selalu baca Surah Maryam pastu tergerak satu hari nak baca apa kisah dia. Dan ada satu hari dekat office aku buat presentation pasal kurma. Tahu la office gua kan ala-ala sekolah, assigment sokmo. Masa tu tertak sengaja quote ayat dari surah Maryam tentang Maryam nak bersalin and bersandar bawah pokok kurma. Masa tu la kita terjatuh cinta dengan Maryam a.s. Semoga awak membesar jadi sesuci Maryam, sekuat dan setabah Maryam, setaat Maryam beribadah kepada Allah.  

Kita Ummi dengan Babah (ehem the parents) panggil dia Auliya pastu kadang-kadang Maryam. Tapi sebenarnya aku selalu dok panggil baby je. 

InsyaAllah nama yang baik refleks yang baik jugak untuk Auliya Nur Maryam. Amin. 

Wednesday, April 1, 2015

Dan bila perut mengempis

Alhamdulilah semua dah selamat. Dengan izin Allah aku sah jadi ummi pada baby girl yang syukur alhamdulillah sempurna ciptaan. Sampai la ni macam tak percaya je. Post ni adelah panjang berjela, ni pun dah habis filter dah. 

Proses nak melahirkan memang totally jauh dari apa yang dalam kepala. Due date ikut last period should be on 7th april. Tapi kalau orang tanya aku kabor hujung bulan 3. Sengaja awalkan seminggu sebab instinct aku rasa bersalin awal. Banyak tanda buat rasa camtu. Baby besar, segala tanda yang google cerita week by week aku rasa awal. Walaupun depends kat orang tapi sukati la nak ade instinct bersalin awal gak. Pulak bila baby engage on week 35/36, contraction dah rasa awal lagila menguatkan rasa. Perut dah jatuh awal jugak. Asal masuk office je ada la yang risau aku terberanak kat office, asal pergi kenduri jumpa orang ramai pun gitu. Orang lain yang risau. Sekali memang betul la bersalin awal. 14 Mac baby dah keluar. 

Lepas yang kisah false alarm haritu, seminggu kemudian, hari Selasa ade check up macam biasa. Lama tunggu turn sebab datang lepas offfice hour. Masa checkup doktor scan macam biase, baby sihat semua ok. Buat VE lagi sekali. Dia cakap dah rasa kepala baby, ok aku angguk jela. Pastu tetibe die cakap dah bukak 4cm. Mak kau. Rasa nak jatuh berguling. Raihan pun sama. Doktor bagi 2 option, nak balik and tunggu sakit datang naturally atau nak admit pastu dorang drip bagi cepatkan contraction and cepatlah bersalin. Takyah pikir panjang, of course la kita pilih choice nombor 1. Doktor bagi mc 3hari terus. Dengan date untuk datang check up lagi next week yang mana dia sangat confident aku takkan sempat datang. Dia positif betul aku akan bersalin awal. 

Balik rumah dua-dua speechless. Doa banyak banyak, Raihan tambah lagi buat air selusuh, rezeki jugak sebab dapat beli 5 liter air zamzam haritu. Packing baju siap siap untuk stok berpantang rumah mak nanti. Barang-barang baby pun kumpul semua nak angkut rumah mak. Tapi esoknya aku gagah lagi pergi kerja. Dah sebab tak rasa sakit apa kan. Masuk office pun sebab nak buat buat kpi punya hal tu. Dari aku kena datang masa dalam pantang nanti, elok aku kasi siap awal-awal. Masa kat officr ni pun orang sibuk tanya sakit tak. Ada yang cakap dia dah bukak 3cm pun sakit ya amat. Stress jugak aku dengar kisah camtu. Terus mintak balik rumah tengahari tu. Dan hari Rabu berlalu tanpa tanda-tanda major. 

Khamis dah start check in rumah Mak. Dah petang aku ajak Raihan pi aeon nak jalan-jalan bagi cepat terbukak lagi. Sampai ke malam still tak rasa contraction, takde darah ke air ke apa. Setakat sakit pinggang je. Sebab biasa senggugut maka takde la sakit sangat bagi aku. Risau jugak kalau aku pesen tak sakit, kang terberanak terus naya jugak. Maka kita decide nak serah diri jela esoknya. Jumaat, Raihan cuti petang pastu terus jumpa doktor. Keluar je rumah mak dah rasa sebak. Beriye jugak meleleh. Sampailah tetibe terjumpa air tebu. Senyum terus aku. Kemain lama mengidam baru la dapat. Sampai PMC, jumpa doktor. Doktor pun dok tunggu aku datang kata dia. Dia tak scan pun, terus VE. Tu diaa, dah bukak almost 6cm. Dan-dan tu dia pecah ketuban. Mak ai. Aku tak dan nak ready. Kalut jugak aku. Die suruh lembutkan badan, aku siap boleh tanya dah lembut tak badan saya ni. Heh. Dah pecah, doktor expect aku bersalin waktu Isyak. Masuk wad pukul 6 lebih kot, cucuk jarum kat tangan pastu nurse drip apa ntah, pastu masuk ubat bontot. Aku konon-konon nak makan nasi tapi tak lalu dah. Telan kurma dengan air milo. Dan sepatutnya aku dah rasa sakit tapi tak rasa pape yang major pun. Dah lepas Isyak pun biasa je. 

Pukul 10 masuk labor room. Hamboi gerun dia lain macam. Masa ni jarum yang drip tu midwife aku cucuk tangan sebelah pulak. No wonder tak rasa contraction teruk, sebab jarum tak masuk betul. Ha kau bila dah cucuk jarum betul-betul baru la sakit datang. 

Around 10.30 dah start rasa tapi tak kuat. Bole tahan lagi. Midwife tu dok offer painkiller. Aku kabor taknak, aku ok lagi. Sampai 12.30 rasa sakit dah kerap tapi positif jela. Dah memang gitu gaya die. Tapi aku still pelik apesal la kakak midwife tu sokmo offer painkiller. Dia selalu cakap ramai orang amek ni. Boleh rehat sikit, save energy untuk push. Pastu bole cepatkan bukaan. Haihh aku sesungguhnya memang taknak. Tapi ada one time tu dia datang offer masa aku tengah kesakitan melampau. Aku pun cakap ha boleh lah. Bagi la painkiller tu. Dan episod lalok pun bermula. 

Contraction still terasa, cuma beza dia aku bole tertidur bila tak sakit. Which is aku tak suka. Setiap kali aku terjaga aku akan kata dah taknak tidur dah. Tapi tak berjaya. Sat g dengar la suara midwife sama Raihan suruh tidur. Blerghh percaya lah, mamai masa nak bersalin sangat tak best. Sebab kepala aku dah lost. Takleh fokus. Walaupun hypnobirthing punya buku tak khatam, tapi sekurang-kurangnya aku nak apply teknik dia. Kalau dah mamai gitu apa pun  takleh pikir. Cucuk painkiller dalam pukul 1pagi. Pukul 2, bukaan dah 10cm. Doktor sampai around 2.10. 2.15 dah kena push. Allah sungguh tak daya aku. Aku ingat aku push sampai 4kali, dan ada in between tu aku lalok jap. Perghh mengantok dia lain macam. Aku selama ni ingat kena pegang pergelangan kaki tu, tapi aku disuruh pegang lutut. Acaner nak kangkang semaksimum mungkin tu. Selama ni kita praktis lain. 

Last push aku dah surrender maka vacum la jalan dia. Baby lahir 2.28 am dengan bantuan vacum. Berat baby 3.2kg which is besar la tu. Tinggi 52cm, memang tinggi. Alhamdulilah. 

Ada sikit regret weh. Sebab aku tahu aku bole buat lagi better. Takyah nak vacum segala. Contraction memang sakit tapi ada 1 jam tu bila bole set kepala ni proses ni normal je, lagi kerap sakit lagi tak lama baby keluar so automatik tak rasa sakit. Masa ni seronok sebab breathing teknik tengah cun, kepala relax, boleh duduk baring dengan aman. Sampai la satu tahap tetibe berpeluh sakan, itu sakit dan time tula midwife offer painkiller. Menyesal surrender. Tapi takpelah. Sekurang-kurangnya dah tau. Nanti 2nd baby dah paham cara dia. Yang penting kita berdua selamat. 

Lepas baby keluar, doktor letak atas dada. Haiyohh tak daya nak sentuh dia. Haha mak jenis apa ntah. Baby nampak pucat tapi takde darah sangat pun. Tak sampai 5 minit aku pengsan dah. Tak tahu lah pengsan sebab penat ataupun sebab kena cucuk bius nak jahit. 

Terjaga balik pukul 5 pagi, dengan perasaan nak terkencing teramat sangat. Konon nak tunggu siang baru kencing sebab malas nak bangun. Ceh padahal takut nak kencing, kang pedih luka kang. Tapi tak tahan. Panggil nurse tanya boleh ke kencing? Kencing macam biasa je ke? Soalan tak matang. Dah tu nak kencing gaya mana lagi kan.

Habis dah kisah bersalin. Alhamdulillah aku rasa bahagian aku Allah permudahkan. Tak rasa contraction lama sangat, baby pun senang masuk jalan dia, masa mengandung pun tak lembik teruk. Mengidam bukan-bukan pun takde. Rezeki. Harap-harap berterusan Allah tolong sampai aku mati. 

Maka habis dah kelebihan jadi perempuan mengandung. Buat masa ni la. Sekarang kutip pahala jadi ibu pulak yang mana lagi la mencabar. Semoga Allah selalu ada.