Wednesday, April 1, 2015

Dan bila perut mengempis

Alhamdulilah semua dah selamat. Dengan izin Allah aku sah jadi ummi pada baby girl yang syukur alhamdulillah sempurna ciptaan. Sampai la ni macam tak percaya je. Post ni adelah panjang berjela, ni pun dah habis filter dah. 

Proses nak melahirkan memang totally jauh dari apa yang dalam kepala. Due date ikut last period should be on 7th april. Tapi kalau orang tanya aku kabor hujung bulan 3. Sengaja awalkan seminggu sebab instinct aku rasa bersalin awal. Banyak tanda buat rasa camtu. Baby besar, segala tanda yang google cerita week by week aku rasa awal. Walaupun depends kat orang tapi sukati la nak ade instinct bersalin awal gak. Pulak bila baby engage on week 35/36, contraction dah rasa awal lagila menguatkan rasa. Perut dah jatuh awal jugak. Asal masuk office je ada la yang risau aku terberanak kat office, asal pergi kenduri jumpa orang ramai pun gitu. Orang lain yang risau. Sekali memang betul la bersalin awal. 14 Mac baby dah keluar. 

Lepas yang kisah false alarm haritu, seminggu kemudian, hari Selasa ade check up macam biasa. Lama tunggu turn sebab datang lepas offfice hour. Masa checkup doktor scan macam biase, baby sihat semua ok. Buat VE lagi sekali. Dia cakap dah rasa kepala baby, ok aku angguk jela. Pastu tetibe die cakap dah bukak 4cm. Mak kau. Rasa nak jatuh berguling. Raihan pun sama. Doktor bagi 2 option, nak balik and tunggu sakit datang naturally atau nak admit pastu dorang drip bagi cepatkan contraction and cepatlah bersalin. Takyah pikir panjang, of course la kita pilih choice nombor 1. Doktor bagi mc 3hari terus. Dengan date untuk datang check up lagi next week yang mana dia sangat confident aku takkan sempat datang. Dia positif betul aku akan bersalin awal. 

Balik rumah dua-dua speechless. Doa banyak banyak, Raihan tambah lagi buat air selusuh, rezeki jugak sebab dapat beli 5 liter air zamzam haritu. Packing baju siap siap untuk stok berpantang rumah mak nanti. Barang-barang baby pun kumpul semua nak angkut rumah mak. Tapi esoknya aku gagah lagi pergi kerja. Dah sebab tak rasa sakit apa kan. Masuk office pun sebab nak buat buat kpi punya hal tu. Dari aku kena datang masa dalam pantang nanti, elok aku kasi siap awal-awal. Masa kat officr ni pun orang sibuk tanya sakit tak. Ada yang cakap dia dah bukak 3cm pun sakit ya amat. Stress jugak aku dengar kisah camtu. Terus mintak balik rumah tengahari tu. Dan hari Rabu berlalu tanpa tanda-tanda major. 

Khamis dah start check in rumah Mak. Dah petang aku ajak Raihan pi aeon nak jalan-jalan bagi cepat terbukak lagi. Sampai ke malam still tak rasa contraction, takde darah ke air ke apa. Setakat sakit pinggang je. Sebab biasa senggugut maka takde la sakit sangat bagi aku. Risau jugak kalau aku pesen tak sakit, kang terberanak terus naya jugak. Maka kita decide nak serah diri jela esoknya. Jumaat, Raihan cuti petang pastu terus jumpa doktor. Keluar je rumah mak dah rasa sebak. Beriye jugak meleleh. Sampailah tetibe terjumpa air tebu. Senyum terus aku. Kemain lama mengidam baru la dapat. Sampai PMC, jumpa doktor. Doktor pun dok tunggu aku datang kata dia. Dia tak scan pun, terus VE. Tu diaa, dah bukak almost 6cm. Dan-dan tu dia pecah ketuban. Mak ai. Aku tak dan nak ready. Kalut jugak aku. Die suruh lembutkan badan, aku siap boleh tanya dah lembut tak badan saya ni. Heh. Dah pecah, doktor expect aku bersalin waktu Isyak. Masuk wad pukul 6 lebih kot, cucuk jarum kat tangan pastu nurse drip apa ntah, pastu masuk ubat bontot. Aku konon-konon nak makan nasi tapi tak lalu dah. Telan kurma dengan air milo. Dan sepatutnya aku dah rasa sakit tapi tak rasa pape yang major pun. Dah lepas Isyak pun biasa je. 

Pukul 10 masuk labor room. Hamboi gerun dia lain macam. Masa ni jarum yang drip tu midwife aku cucuk tangan sebelah pulak. No wonder tak rasa contraction teruk, sebab jarum tak masuk betul. Ha kau bila dah cucuk jarum betul-betul baru la sakit datang. 

Around 10.30 dah start rasa tapi tak kuat. Bole tahan lagi. Midwife tu dok offer painkiller. Aku kabor taknak, aku ok lagi. Sampai 12.30 rasa sakit dah kerap tapi positif jela. Dah memang gitu gaya die. Tapi aku still pelik apesal la kakak midwife tu sokmo offer painkiller. Dia selalu cakap ramai orang amek ni. Boleh rehat sikit, save energy untuk push. Pastu bole cepatkan bukaan. Haihh aku sesungguhnya memang taknak. Tapi ada one time tu dia datang offer masa aku tengah kesakitan melampau. Aku pun cakap ha boleh lah. Bagi la painkiller tu. Dan episod lalok pun bermula. 

Contraction still terasa, cuma beza dia aku bole tertidur bila tak sakit. Which is aku tak suka. Setiap kali aku terjaga aku akan kata dah taknak tidur dah. Tapi tak berjaya. Sat g dengar la suara midwife sama Raihan suruh tidur. Blerghh percaya lah, mamai masa nak bersalin sangat tak best. Sebab kepala aku dah lost. Takleh fokus. Walaupun hypnobirthing punya buku tak khatam, tapi sekurang-kurangnya aku nak apply teknik dia. Kalau dah mamai gitu apa pun  takleh pikir. Cucuk painkiller dalam pukul 1pagi. Pukul 2, bukaan dah 10cm. Doktor sampai around 2.10. 2.15 dah kena push. Allah sungguh tak daya aku. Aku ingat aku push sampai 4kali, dan ada in between tu aku lalok jap. Perghh mengantok dia lain macam. Aku selama ni ingat kena pegang pergelangan kaki tu, tapi aku disuruh pegang lutut. Acaner nak kangkang semaksimum mungkin tu. Selama ni kita praktis lain. 

Last push aku dah surrender maka vacum la jalan dia. Baby lahir 2.28 am dengan bantuan vacum. Berat baby 3.2kg which is besar la tu. Tinggi 52cm, memang tinggi. Alhamdulilah. 

Ada sikit regret weh. Sebab aku tahu aku bole buat lagi better. Takyah nak vacum segala. Contraction memang sakit tapi ada 1 jam tu bila bole set kepala ni proses ni normal je, lagi kerap sakit lagi tak lama baby keluar so automatik tak rasa sakit. Masa ni seronok sebab breathing teknik tengah cun, kepala relax, boleh duduk baring dengan aman. Sampai la satu tahap tetibe berpeluh sakan, itu sakit dan time tula midwife offer painkiller. Menyesal surrender. Tapi takpelah. Sekurang-kurangnya dah tau. Nanti 2nd baby dah paham cara dia. Yang penting kita berdua selamat. 

Lepas baby keluar, doktor letak atas dada. Haiyohh tak daya nak sentuh dia. Haha mak jenis apa ntah. Baby nampak pucat tapi takde darah sangat pun. Tak sampai 5 minit aku pengsan dah. Tak tahu lah pengsan sebab penat ataupun sebab kena cucuk bius nak jahit. 

Terjaga balik pukul 5 pagi, dengan perasaan nak terkencing teramat sangat. Konon nak tunggu siang baru kencing sebab malas nak bangun. Ceh padahal takut nak kencing, kang pedih luka kang. Tapi tak tahan. Panggil nurse tanya boleh ke kencing? Kencing macam biasa je ke? Soalan tak matang. Dah tu nak kencing gaya mana lagi kan.

Habis dah kisah bersalin. Alhamdulillah aku rasa bahagian aku Allah permudahkan. Tak rasa contraction lama sangat, baby pun senang masuk jalan dia, masa mengandung pun tak lembik teruk. Mengidam bukan-bukan pun takde. Rezeki. Harap-harap berterusan Allah tolong sampai aku mati. 

Maka habis dah kelebihan jadi perempuan mengandung. Buat masa ni la. Sekarang kutip pahala jadi ibu pulak yang mana lagi la mencabar. Semoga Allah selalu ada. 

 


2 comments:

tiqah said...

Kalau kau tanya aku tahun lepas, sumpah aku akan cakap aku tak sangka boleh baca post sebegini dekat blog kau. Hahaha. How time flies. Tahniah syg. Tahniah sebab dah berjaya menjadi seoranv umi. Doa kan utk aku eh. I'm proud of youuu! :)

D said...

insyaAllah yang baik-baik pun datang untuk kau. terus doa ye. tq syg