Wednesday, May 20, 2015

Dah start kerja since last week. Setakat ni kerja office buat part ringan-ringan dulu. Dulu aku terer buat 2 company besar terus, sekarang boss bagi 2 company kecik. Rezeki orang kata. Walaupun terkedek-kedek aku nak sedut gst punya bahana. Naik berbelit jugak otak nak memikir. Pastu setiap hari ada saje perkara memalukan jadi. Pesen tak biasa kena bahan macam aku ni agak payah bila sokmo kena gelak dek orang tapi sejak dah beranak guna jela alasan urat banyak putus.

Ni baru seminggu kerja kan tapi banyak hari dah malam baru sampai rumah. Aku dah duga memang macam ni jadinya sebab year end closing punya bahang. Nasib baik rezeki la jugak baby ada mak nak tolong jaga. Rindu tak rindu la kan tapi sekurang-kurangnya kurang risau tu. Baby pun dari lahir memang mak dengan abah yang lagi banyak uli dia. Tenang la sikit ummi cari rezeki. Asalkan dia cukup  susu. Kemain kekok 1st day nak pam susu dekat office haritu. Sama kekok masa 1st time bawak baby outing pastu kena breastfeed dekat public. Haha berlagak macho sarung nursing cover,pastu bila  baby dok meronta aku dalam aircond pun boleh berpeluh. Sama kes nak pam ni, kat rumah lain cerita. Dekat office nak share area dengan ramai mak-mak lain lagi. Mencabar. Pastu ni tengah tak menimbun kerja boleh la pergi nursing room dia, esok dah menimbun aku risau betul aku leka. Kurang production maka ada la part lain yang melebih. 

Cerita nak berhenti kerja bukan setakat terlintas je tapi dah dia dah lintas aku siap ajak singgah lama sikit. Tapi sebab nafsu aku yang kemain macam-macam maka biarlah nafsu aku dipuaskan. Semua pun untuk selesakan baby jugak. InsyaAllah doa yang baik-baik untuk semua. Harini pun dah genap 2 tahun kerja kat company ni. Terer jugak. Entah berapa lama lagi tahan tak tahu. Mintak ditambah rezeki. 

Aku nak cerita penat jadi working mom pun tak leh lagi. Sebab main tak aci. Kitorang still merempat rumah mak. Haha makan masih free, kain baju pun kadang-kadanh dah cantik berlipat. Besarnya jasa mak. Nanti bagi hadiah mahal sikit. 

Wednesday, May 13, 2015

Kadang-kadang still takleh nak move on dengan perasaan dah jadi mak. Hishh bila rasa tak percaya tu datang boleh meremang. Bukan tak percaya tak suka, tapi macam tak percaya yang suka pastu besyukur. Pastu mesti datang rasa yang dulu-dulu Allah biar kita lame berdua. 16 bulan camtulah lepas kahwin belum ada rezeki mengandung, bila dah mengandung sampai la ni terkenang-kenang perasaan dia. Allahuakbar. Terima kasih Allah. Definitely the most best feeling ever. Alhamdulillah. Terus turunkan keindahan macam ni selalu ya Allah. Dan jangan sekali bagi kita kufur nikmatMu. I love you Allah. 

Tuesday, May 12, 2015

3 bulan

Bulan Mac selalu jadi kegemaran sebab bulan diri sendiri lahir. Pastu anak sendiri pun lahir bulan Mac. Lagi lah double dia punya kegemaran. Haritu birthday aku kemain Raihan plan treasure hunt dekat rumah mak. Selit note celah baju la celah mesin jahit mak suruh cari hadiah. Dapatlah bunga ros 3 kuntum. Alhamdulilah tanda ingatan. Tapi mestilah sebagai manusia yang bernafsu bunga ros tak mencukupi. Haha. Dengan penuh kejujuran aku cakap pasni takyah lah bagi bunga dah. Tak jadi apa bunga tu. Kesian jugak kat dia tapi untuk masa depan perlu la cakap camtu. Aku pujuk balik, aku cakap takpela bulan depan anniversary kita you beli kan hadiah lain yang lebih bermakna (baca: emas)

Dah sekarang bulan April pun dah jadi kegemaran. Anniversary yang kedua tahun. Syukur Alhamdulilah tuhan panjangkan jodoh. Dalam tak percaya dah 2 tahun jadi suami isteri. Kalau tahun lepas berdua, tahun ni dah ada Auliya Nur Maryam. Tahun lepas kita sempat la jugak pergi honeymoon masa anniversary setahun. Tahun ni honeymoon kat rumah jela. Rumah ibu sebab masa tu ada kat sana. Konon plan setiap kali anniversary nak pakai inai tapi tak dan lah tahun ni. Bila dah midnight 27 April dengan bertemankan anak kat tengah katil kita wish each other. Dan sebagai manusia yang penuh harapan aku tanya Raihan, abang ada beli hadiah tak? Mestilah tak ada. Haha sebab tak pernah pun dia keluar curi-curi nak beli hadiah (baca : emas). Disebabkan aku dalam pantang maka automatik lah aku dalam perintah berkurung. Tapi poslaju kan ada, maybank2u kan ada. Tinggal nak search jela apa nak beli. Sebagai manusia yang bijak mestilah aku perlu beli barang yang berguna untuk dia dan aku. Ni kan anniversary suami isteri. Mestilah hadiah kena untuk dua-dua. Interpretasi aku la. Tanpa elemen surprise aku bagi gitu je hadiah kat Raihan dalam bungkusan pos laju. Dan hadiah berat nak mamps berupa powerbank pineng. Wakakaka. Sebab handphone masing- masing dah kokak, kebetulan memang kena cari powerbank so aku buat hadiah anniversary terus. Dan Raihan masih belum bagi hadiah yang dapat puaskan nafsu materialistik isteri dia. 

Sekarang Mei. Uishh tak sangka bulan ni pun boleh jadi bulan best sebab ada hari ibu. Haha. Dan akhirnya sempena hari ibu dapatlah hadiah idaman. Tak surprise pun sebab aku sendiri yang mintak. Wakaka dan dapatlah. Aku cakap next year nak lagi, dia suruh aku beranak lagi satu. Huishhh dia tak tahu kalau boleh nak 2, kembar terus. Hahaha

Pastu untuk ibu kita bawak ibu makan dekat restoran idaman dia yang asyik tak tahu bila nak pergi sebab mahal. Kedai chef zubir nun. Alhamdulillah ibu happy. Oh jangan order pasta kat sana. Untuk mak, dari aritu kabor nak belikan tudung naelofar, kita belikanlah untuk dia. Alhamdulillah mak happy gak. Kebetulan pulak ada hari ibu, sambil-sambil bagi present kita wish terus. Haha

So selamat hari ibu. 

Thursday, May 7, 2015

Post pantang problem

Kurang seminggu lagi tinggal sebelum masuk kerja. Cepatnya lah 2 bulan habis. Rasa macam baru lagi bersalin haritu. Sayangnya nak tinggal baby. Nak kesiankan dia tapi aku rasa aku lagi kesian. Selalu pergi check up tinggal baby kat mak aku yang rindu lebih. Baby bahagia je asal susu dia ada. Blerghh payah gini. 

Preparation nak kerja, first sekali susu untuk baby. Setakat ni Alhamdulilah dah simpan dah sikit-sikit. Dia boleh jadi banyak kalau aku tak mengelat sebenarnya. Haha. Sebab selama ni aku tidur cukup je walaupun Maryam suka gak berjaga malam. Rahsianya aku tidur siang la. Bile subuh semua orang dah bangun aku pulak tidur. Tukar syif. Kadang sampai ke tengahari. Tengoklah kalau tak rasa sakit dek bengkak susu aku tidur je. Masa ni mak ke abah ke jaga baby, depa bagi jela susu yang aku dah pam tu. macam mana nak buat stok ntah. Tapi itulah rahsia untuk dapat tidur yang cukup. Walaupun jadi kelawar berjaga malam tidur siang. 

Hal tidur ni satu hal jugak. Nak tune balik time tidur. Maryam suka berjaga pukul 4 pagi. Banyak kali camtu. Hari siang die bermula awal sangat. Orang kata sebab die keluar tengah pagi tu pasal jadi gitu. Camne la gaya bila dah start kerja ni. Aku ada seminggu lagi ni nak adjust tidur aku. Kalau tak masak la kat office mengantuk teruk. 

Seluar baju masa kurus pun kena selongkar balik. Baju kurung pun sama. Haritu semangat asingkan baju-baju tuu, la ni kena cari balik. Harap-harap muat lagi. Bedak, lipstick dengan segala mende-mende nak cantik kena bagi complete. Lipstick aku jahanam dah. Cair baik punya sebab tertinggal dalam kereta. Entah camne tersesat dalam kereta pun tak tahu. Hish confirm la selebet je nanti. Dengan dahi berjerawat dek pakai pilis haritu, mata panda confirm dah. Watlek watpis jela. 

Lama duduk rumah, semedang makan tidur badan jadi malas teramat. Memikirkan kena menapak naik tren setiap hari buat aku jadi lagi malas. Itulah yang tak bagus. Pasti tak bagus jugak sebab duit habis kemana je ntah. Online shopping kemain kerap. Pastu ada jiran jual tupperware, hishh memang tak daya tahan nafsu. La ni dalam kepala tengah sibuk menderu idea bagi reward kat diri sendiri. Tak tau nak elak lagu mana dah. Hampir pasti dua mende ni aku beli. Takpe Ika, sesekali. Kot. Tengoklah macam mana pergi dia. 

Tuesday, May 5, 2015

Aqiqah

Alhamdulilah selesai dah kenduri aqiqah untuk baby. Letih gilos. Marhaban pagi pastu tengahari doa selamat pulak. Tetamu datang la dari pagi sampai ke petang. Pheww. Itu pun nasib baik baby baik sangat. Selalu lepas bangun tidur dah mandi dia tidur balik. Dan dan pulak hari tu dia taknak tidur. Risau jugak kang cranky. Tapi sampai habis marhaban tu dia senyap je. Nak susu pun aku sumbat botol. Cantik sangat pulak nak selak baju depan ramai-ramai. Lega la semua dah settle. Walaupun kita suami isteri taknak buat besar-besar. Tapi kalau abah dengn mak campur tangan memang tau dah jemaah tetamu dia ramai mana. Sedare-sedare pun jenis suka bertandang. Alhamdulilah rezeki baby tetamu ramai datang. Lauk sedap dan cukup, kari kambing pun bole tahan sedap. Kira success la. 

Yang jadi tumpuan haruslah pelamin cantik. Ini pun satu hal ni. Mak la beriye yang nak. Sebab cousin aku ada buat bisnes ni. Dengan cradle unik lawa nak mamps. Pakcik aku buat sendiri. Maka jadilah pelamin simple untuk baby. Simple tapi kebabom dah aku tengok. Kemain elok baby dok diam dalam cradle tu. ada a few orang tanya harga pelamin. Better la tanya tauke die sendiri. Sebab harga memang bole adjust sampi dapat apa yang korang nak. Dia ada banyak lagi cradle lawa. Search je fb or instagram KIDSY STUDIO. semoga murah rezeki Idzwan dan family.