Friday, June 5, 2015

Harini bahagia betul. Setelah seminggu berhempas pulas kerja. Harini terasa bahagianya.

Masuk office dah makin tough. Tinggalkan anak dah makin payah. Haritu cakap macam ok but dalam-dalam ni tak ok. Sejak khamis kena stay back. Paling awal pukul 8 cabut, paling lambat 11.30 baru cabut. Susah. Stress level naik boleh tahan. Redha dalam terpaksa, tapi memang kena tahan. Sedih tau. Setiap kali sampai rumah baby mesti bangun. walaupun sampai rumah kul 12 lebih. Berjaga yang agak lama sampai 2-3jam lepas dah penat sangat baru tidur. Aku rasa dia pun rindu aku. Walaupun macam tak percaya tapi kenapa dia nak kena berjaga sampai 2 pagi kan. Sedangkan siang die bukan pesen tidur sangat pun. Ini jadi bila aku balik lambat je. Kalau sharp 5.30 aku cabut, memang pukul 8 dia dah tidur sampai subuh esok baru bangun. On the first night balik lambat tu, dia terjaga jam 2 pagi, dengan mata segar bugar menggoda. Aku bangun, duduk dan pangku. Bagi salam pastu start sembang. Bagitahu apa yang jadi. Bagitahu yang aku akan selalu balik lewat, rindu dia. Wahahaha seronok. Tapi start dari hari itulah dia bangun setiap kali aku sampai rumah. Adakah ini normal? Adakah dia bagi ruang kat aku untuk menebus rindu? Ataupun aku ni mak-mak yang suka perasan. Haha.

Hidup bagus bila ada anak. Betullah orang kata anak tu terapi. As at now bila balik rumah memang nyaman bila dapat peluk cium gomol anak. Bye Raihan. Cuma yang sampai 2 pagi tu tak berapa best. Haha. Especially bila esok kena bangun pagi-pagi sangat. Nasib baik baby bukan jenis bangun tengah-tengah pagi ajak main sangat.

Walaupun hidup bagus dengan anak, tapi sikit-sikit pasal kerja ni buat aku kacau jugak. So kita dalam perancangan buat satu move yang dahsyat ni. Aku excited tapi dek busy sangat terus demotivate. Tapi nasib Raihan lagi excited. Semoga Allah permudahkanlah. Kerja nak tambah rezeki keluarga dengan cara banyak masa untuk anak-anak. Wahahah anak-anak sangat. Semoga next baby dapat kembar. Lelaki perempuan. Amin.

Bulan Ramadhan nak mai dah. Memang aku perlu sangat hari yang setan diikat.Dengan dugaan kerja macam ni, anak baby-baby lagi. Fuhh iman kena tinggi. Haritu dalam pantang dapat rasa iman rendah. Haha. Sekarang pun slow moving ni, apa nak jadi ntah. Esok ramadhan kita full throttle. Semoga sempat jumpa Ramadhan. 



No comments: