Tuesday, June 16, 2015

Hidup bagus betul bila keliling orang yang terbaik. Baby dah 3 bulan sekarang. Untuk sebulan lepas aku selalu bising sebab baby tak pernah nak bersembang gelak dengan aku. Asal aku dukung je nak susu, asal aku datang dekat je mulut senget-senget, lidah terjelir-jelir nak susu. Jeles ya amat tengok dia seronok bersembang gelak sakan dengan orang lain. Weekend baru ni, tetibe miracle terjadi. Dia punya respon kat aku kemain lagi. Hilang gundah gulana ummi terus. Dan Alhamdulilah berterusan sampai sekarang. No more mulut senget and lidah terjelir. Kita geng dah. 

Lepas tu kitorang dah balik rumah sendiri dah. Tiba masa semua hal kita sendiri la. Letih tak letih jugak la. Sampai rumah maghrib selalunya, kalau baby tidur sempat la nak mandi solat jemaah semua. Kalau dia berjaga take turn la kita. Since dia dah pandai main, so senang dah nak buat kerja. Raihan kena tolong guard la, takpun jadi tukang karut main wayang dengan baby. Aku sempat la masak, basuh kain. Pastu kalau dia still berjaga terpaksalah makan pun berganti-ganti. By this time confirm baby dah lapar gak. Turn Raihan makan, basuh pinggan and sidai kain. Haha automatik rutin dia macam ni. Pastu baby tidur sempat la iron baju and siapkan barang untuk esok. Jam pun dah pukul 11 makan. Pastu mak bapak dia pun pengsan. Paling teruk of pengsan aku la. Alarm bunyi berjuta kali pun tak bangun, selalu bergerak tak ikut jadual. Blerghh. 

Tapi takat tu jelah sekarang ni, rumah sapu tak sapu, kain lipat tak lipat. Haha. Part mana yang boleh nego kita cincai la dulu. Tak sabar nak tunggu weekend. Serabut jugak aku tengok rumah aku tu. weekend ni dah puasa dah, tapi kena merayap sebab projek mega memerlukan barang yang mantap. Doa sangat-sangat lah ini rezeki kita. 

No comments: