Friday, June 19, 2015

PMS dah balik

Aku tahu ni bulan Ramadhan. Tapi izikan nak emo sat. Harini aku beremosi roller coaster jugak. Hal exclusive breastfeeding. Cita-cita aku kalau boleh nak la susukan anak sampai 2 tahun. Maka kena la curi masa nak pump susu. Alhamdulilah company ada provide nursing room. Staff offfice ni pun ramai yang breastfeed anak masing-masing. Tetibe kenal ramai kawan dari department lain-lain. Seronok dengar cerita masing-masing. Cuma aku semak jugak bila boss sokmo hint aku pergi pump lama sangat. Kecoh betul. Seminggu ni ada saja ayat dia. Aku tanya staff lain takde pulak boss kecoh macam ni. Aku jadi hangin sangat. Susah orang tak faham ni. Aku tengah proses nak persetankan je ni. Tapi kalau aku berjaya, aku tak meraban kat sini. Aku cuba pegang satu, anak aku punya makanan aku jadi sumber, gile ke hape taknak bagi anak makan. Maka lantak pi la boss, aku nak pergi pump jugak. Dah la aku tengah menggelabah nak kena stay sampai malam untuk 2 minggu nanti. Nervous betul mak ni nyah oi. Dengan risau puasa takut susu kurang. Pastu semak pulak boss pesen gini. Haihh. Betapa aku selalu mintak orang support aku, jangan bagi aku down. Rugi. So yes, aku memang marah betul ada gangguan dari orang tak reti ni. 

Lepas tu aku sedikit menyampah dengan repost facebook pasal mudah tak mudah bersalin. Post brader tu takde hal. Dia ada point la jugak. Ini pesen mak-mak repost pastu buh status "nanti tuhan bagi rasa sakit teruk camni tau la". Apa kau ni. Dah kau pulak doakan dia dapat sakit teruk macam kau. Kau dah tahu sakit, nak pulak orang lain rasa. Ignore je la kak oi. Generally ini adalah sifat compare bahagia orang dengan susah kau. Dah dia bahagia part itu, maka itulah bahan dia nak share dengan orang. Paham? Kau sakit beranak teruk aritu kau tak share kan? Jadi nampak? Takde orang nak cerita susah seksa dia. Anak comel-comel kena jaundice, kulit kuning, kau nak upload? Tidak kan. Anak eczema teruk kau nak tunjuk? Tidak kan. Kau tunjuk anak kau gebu sihat, kulit lawa. Paham tak?
 
Manusia. Yang cantik tula ditunjuk. Yang buruk kita simpan. Jangan kenang buruk kau, lagi-lagi bila kau samakan dengan cantik orang. Tak sama. Tuhan dah atur bahagian masing-masing. Mungkin die bersalin senang tapi siapa tahu anak jaundice lama teruk, jahitan terbukak sampai 2x, berpantang sorang-sorang mak takde nak tolong, mana tau anak die pesen menangis sepanjang malam. Hishh la. Jangan compare. Tuhan tu tak duga kau sakit teruk kalau kau tak mampu kak non oi. 

Dan secara generalnya memang hidup kita ni lain-lain cabang dia. Dia kerja bagus, rumah besar tapi mana kau tahu hutang dia melambak. Dia rajin la post gambar rumah besar dia, post gambar tag location office nun Petronas ke apa, dah itu yang cantik dalam hidup dia. Tapi mana kau tau bil-bil hutang melambak. Ptptn pun dia tak bayar lagi. Tapi memang tak la dia nak upload tunjuk semua orang. 

Aku sambil taip ni sambil terasa jugak. Aku pun ada makan cili gak ni, ada la rasa pedas sedang-sedang je. So sambung lagi. Haritu kecoh sekejap orang kata yang mana dah kahwin toksah la tayang gambar mesra laki bini, kesian kawan tak kahwin lagi. Pastu yang mana ada anak toksah tayang gambar anak, kesian mana yang kahwin lama tak dapat anak lagi. Positif bro. Cuba happy kawan tu dah bahagia kahwin, selagi tak melampau upload post setiap jam biar lah die nak share bahagia dia. Biarlah nak letak instagram tu gambar anak dia pun. Manusia, memang suka show off bahagia. Cuba bila tengok tu senyum dalam hati, bestnya dia ada ni, ada tu. aku nak jugak. Kan dah jadi doa.  

Aku pun sesekali ade gak perasaan jeles tak kena tempat ni. Tapi bila tengok orang lain gini buat diri sendiri sedar jugak. La buruknya perangai dia camtu, takkan aku nak perangai buruk gitu. Paham? 

Allah. Begitu emosi aku sekarang. Rupanya sebab hormon dah stabil agaknya. PMS. 

No comments: