Monday, July 6, 2015

Aku macam emo jap tadi, 2 kali tulis post panjang bebel pasal kerja. Bosan betul. Sebab tulis pun kang esok pergi gak kerja. 

Tapi pastu Raihan whatsapp gambar ni 



Entah rasa nak terus emo atau pun apa ntah. So yeah instead of complaining pasal kerja kau yang umpama haram jadah bagi kau kan, pernah ke tidak ntah pikir orang kelilng. Komunikasi memang limited. Kita cakap bila aku ada masa. Dia patut emo. Aku bising kata balik lambat penat, tapi dia yang datang jemput kat office menunggu sampai 2 pagi. Mak abah yang tolong jaga anak sampai la aku balik. Hoihhh. Raihan, suami, dah seminggu jugak tukang prepare baju kerja nak pi office esoknya. Sebab aku memang tak dan dan tak larat. 

Tulah. Rasa semak aku je la yang penting. Orang lain semak dengan aku yang selalu balik lambat taknak fikir. 

Allahu. Nampak sangat hikmah Ramadhan tak serap sebati. 

Aku tak sabar nak balik peluk cium gomol Raihan dengan baby.