Sunday, December 25, 2016

Sorry

Auliya. 1tahun 9bulan. Fasa ni katanya anak-anak kuat tantrum. Yela kot. Auliya gitu la. Tak dapat dia boleh jerit sekuat hati. Cuma takde lagi tahap baring atas tanah menangis hentak kaki. Entah lah. Harap-harap takde scene macam tu. 


Jadi kisah dia, harini kitorang tengah lepak-lepak gurau dengan anak. Auliya ni mempunyai sejenis kaki menyepak yang kuat. Mungkin masa mengandung dia aku masuk stadium, Raihan pun rajin main bola. Tu la kot kesan dia. So tengah bergurau dia tersepak leher aku, kena tekak. Adoi wehh sakit betul. Sakit yang spontan airmata nak jatuh. Aku lari masuk bilik sat tenangkan jiwa. Ikutkan macam nak balas balik. 


Raihan suruh dia say sorry kat aku. Tapi suruh jela takde action. Dia pun tengah kendong Muhammad. Memang takla Auliya nak buat. Ok la bila aku dah tak rasa dendam, aku keluar bilik acah-acah merajuk. Aku dah agak mesti Auliya pun akan ajak main. Dia datang aku buat-buat pejam mata. Kahkah mak tak guna nih. Selang 5 minit dia datang lagi. Aku pegang dia nak usha mata dia. Pakar psikologi kata (kalau baca shared post kat facebook la) bercakap dengan anak kena lembut dan pandang mata dia. Aku selalu jugak buat. Kadang dapat la bertentang mata. Tapi tadi, Auliya dah detect ni mak dia nak bebel. Dia jerit sekuat hati "NANAK" pastu bla. Paling geram dia pergi baring pastu cakap "idor", tidur la tu. Siap pejam mata. Ya Allah sabar jela. 


Tak senang nak ajar adab kat anak rupanya. Patutlah ramai manusia kurang ajar. Haih bila tulis gini terus muncul rasa taknak anak aku jadi spesies yang tu. Semoga diberi kesabaran. 


 Hmm dan berita gembira. Masa tengah tulis ni tadi, Raihan datang bawak Auliya. Dia cakap "coyyi". Siap cium tangan, kiss pipi. Alahai anak. Semoga ummi ni sabar la nak habiskan didik kau pasal adab sopan dan budi bahasa. 

Thursday, November 24, 2016

Demam panas

Seminggu lepas badan aku dah rasa sesuatu dah. Ada hari yang aku mengelat jugak nak buat kerja. Tapi sehari tak buat esoknya berganda. Lagi letih. Start Rabu, Muhammad mula berperangai taknak diletak. Pangku bila nak susu je. Pastu mintak berdukung selalu. Kadang-kadang dah dukung pun nangis. Langsung 1 kerja tak boleh buat. Auliya sampai makan suap sendiri. Aduhai kesian. Tangan aku lemah longlai toksah cakap dukung Muhammad. Aku percaya berat dia dah 8kg masa ni. Last choice lari rumah mak la. Tumpang makan. Sambil-sambil mintak extra hand untuk kendong Muhammad. Tapi dekat rumah nenek elok pulak tidurnya. Cuma kena aku ada sebelah. Kalau tak bangun la dia. Takpelah. Sebab kat rumah mak. Takde kerja nak buat pun. Berterusan macam ni sampai Jumaat. Aku sampai bawak semua ayam sotong pergi rumah mak. Dah asyik makan situ je. Sabtu, Raihan dah ada so lapang sikit dekat rumah. Tapi condition rumah jangan cerita. Aku masih longlai nak mengemas. Setakat basuh kain dengan sapu gitu-gitu jela. Nak mengelap mengemas beriya memang belum lagi. Sabtu balik kampung ada kenduri. Ada masa Muhammad menangis taknak letak jugak. Dukung la kejap. Tu pun siapa yang datang dekat aku pas kan kejap mintak nyawa. Panas kenduri tahu jela. Selalu balik kampung aku la paling lama nak melepak, kali ni aku ajak balik dulu. Dah tak larat. Ahad, makan-makan rumah erma. Muhammad ok la jugak cuma still nak berpangku. Bila aku berdiri terasa sakit segala urat kaki. 


Balik rumah lepas mandi elok la dia tidur. Satu hal pasal budak-budak ni, dorang jenis tidur malam dengan lena. So aku redha sangat kalau siang dia ajak main ke apa. Asalkan waktu malam kami mak bapak pun tidur lena. 


Tapi nak dijadikan cerita malam Ahad tu, sesudah aku masak dan makan, aku pam kejap. Lepas tu dalam pukul 12 lebih aku nak tidur tapi tak boleh tidur. Satu badan sakit. Kejut Raihan mintak urut satu badan. Lama-lama tertidur la jugak. Tapi kejap-kejap bangun. Esoknya nak bangun subuh aku dah rasa sakit. Menangis jadinya pasal sakit semacam rasa. Raihan cuti. Takeover budak-budak. Masa susu je Muhammad dengan aku. Lepas tu dia yang jaga. Aku duduk bilik sorang sebab tak tahan kipas sejuk kat depan. Makan pun tak lalu. Sikit sangat jamah nasi. Petang hantar anak-anak rumah mak pastu aku pergi urut. Cik molah tukang urut tu cakap rehat la sikit. Masalah urat kata dia. Badan tak kuat lagi baru beranak tapi dah kerja berat. Gituu


Balik rumah mak, aku terus berselubung kesejukan. 3 lapis selimut comforter tu, stokin dengan sweater. Aku pakai tudung siap pasal telinga dengan pipi sejuk sangat. Perghh satu badan letih macam apa. Atas bawah rasa sakit. Apa jadi dekat anak-anak pun tak tau dah. Aku nak bangun tak larat. Keluar satu jari pun rasa sejuk teramat. Makan memang tak lalu la. Minum air pun rasa sejuk gile. Nangis pun tak larat. Fikir mati je. Kesiannye kat anak-anak. Lol


Abah cakap badan letih la ni. Dukung anak berat, buat kerja rumah lagi. Dia dok urut belikat. Lega la sikit tapi still sakit satu badan. Mampu minum milo je. Pastu telan panadol. Ada rasa kurang. Gagahla diri pam kejap pasal tak direct feeding lama dah. Nasib baik bila telan panadol memang ada kurang. Sebab aku cek suhu sebelum tu dah cecah 39.7. Kalau still tinggi aku syak denggi je sebab sakit-sakit urat sendi bagai. Tapi suhu drop Alhamdulillah. Nak bangun sendiri jela tak larat lagi. Duduk lama pun sakit badan. Kritikal betul. 


Harini Rabu, setelah 2 hari kesakitan kepala pun makin biol baring ke tak buat kerja. Aku tidaklah rajin sangat tapi dok terbaring tak buat apa memang letih kan. Sudahnya aku paksa gak diri kemas bilik tidur yang dah serupa stor dah. Sebab kalau tidur sini selalunye kitorang bersantai je depan tv dekat hall nun. Bilik tidur ni tak pernah diendahkan. Berpeluh, rasa sihat. Tapi letih ya amat. Longlai. Malam mintak abah urut tangan. Ada bengkak katanya tapi tak sakit kan so kunci nak masuk syurga la tu. Haha


Aku bersyukur la ada family dekat. Walaupun dulu rasa macam rugi beli rumah jauh kat ceruk konon takde value tapi bagus la dekat dengan family. Itu lagi berharga. Gituu. 


Esok nak balik rumah jadi tak tahu lah macam mana nak rehat dan tak buat kerja berat tu. Anak-anak sorg 8kilo sorang lagi 12kilo. Mengerjakan diorang pun dah paling berat. Haha. Semoga Allah ada selalu. Aku bukan merungut pasal anak sendiri kan. Tapi mungkin diri sendiri tak jaga diri tu pasal sakit. Kadang-kadang memang ada gaya aku berlebih sangat berjaga sampai 2pagi nak kemas rumah. Tengoklah macam mana kita control nanti. 


Sekian. Aku sebenarnya ada 3 draft post sepanjang seminggu lepas nak bagitahu aku letih tapi tak sempat habiskan. Tapi intro each draft berbunyi 


"Harini penat sangat..."

"Minggu ni tough sangat..."

"Aku nak cuti tapi tak boleh..."


Haha serius. Dah rangkumkan semua sekali. Sekian lagi sekali. 

Friday, November 18, 2016

Cukup cukup

Setiap hari mesti ada tulis sesuatu sebab macam hari-hari adalah hari baru. Macam eh semalam lain harini lain pulak. Tapi nak start dengan post ni. General yang general. Haha sebab aku rasa post lepas-lepas ni akan lebih spesifik tentang hari-hari yang mendatang. Sebab aku rasa aku dah banyak meraban kat twitter tapi perasaan dia tak best. 



Aku pernah kerja. Gaji tidaklah banyak tapi aku rasa mampu jugak nak memewahkan diri. Mewah bukan la pesen beli handbag beribu riban. Mewah rakyat marhaen yang mampu makan mahal sikit sekali sekali, mampu la nak impromptu berjalan dalam negara, bila benak datang mampu beli tudung mahal, perfume, nampak barang yang orang jual online boleh laju beli laju lepas pikir 2 kali, boleh lah beli handbag biasa-biasa, barang anak-anak boleh la beli yang sedap sikit. Tu kalau aku dapat bonus kemain laju check tiket flight murah. Aku siap cakap kat Raihan eh takpe I belanja. Gitu. Guna alasan self reward. Ya Allah seronoknya tulis perkara mewah seorang rakyat marhaen ni. Phuii. 


Dan sekarang, jadi suri rumah sepenuh masa, takde gaji tapi Raihan cakap dia bagi duit yang dia kata elaun setiap bulan. Lol. Dan sah-sah la tidak beribu macam gaji dulu. Berapa persen la sangat pun. Semua perkara "mewah" dalam kamus aku semua kabur. Boleh nak beli tapi kena menabung. Masa ni lah baru sedar bil api, astro, internet sama harga dengan perfume kau. Barang dapur sebulan sama harga dengan tudung mahal kau. Bayaran premium insurans sebulan satu family sama harga dengan handbag kau. Seronok betul aku buat perbandingan macam tu. Terasa kayanya aku sebagai rakyat marhaen. DULU. Bolehlah aku buat perbandingan berbau berlagak. Hahaha.  


Tu la aku mention kat atas bila benak datang kemain membeli, (baca: membazir). Sekarang kebabom, bila takde kerja atau takde gaji buat kau tersedar. Udang ketam kemain mahal lagi. Salmon pun mahalnya. Pampers anak bila takde diskaun mahalnya. Minyak kereta kehulu kehilir lajunya habis. Duit tol pergi shah alam mahalnya. Burger hipster rm25 gila ke apa. Boleh beli patty burger ramli, siap roti satu pek buat makan seminggu. Mahalnya bil eletrik bila pasang aircond. Ha tu dia punya uturn. 


Hidup 1 income tak senang. Sebab kita dah ada rumah, kereta, ptptn, cukai dengan bil rumah, insurans and parents. Ni fixed expenses. Total pun dah almost sorang punya gaji. So yeah realiti menakutkan. Of course bila tulis macam ni aku rase nak kerja balik sebab nak duit. Sebab tak suka nya hidup yang kena berkira-kira. Tapi anak-anak. So hold back niat tu dulu. Rezeki ada tuhan kata. (Dan post yang spesifik lepas ni berkaitan dengan anak, sekarang faham tak ini prolog?) 


Alhamdulillah. Sebulan lepas aku tender Raihan dapat order tukar department. Report directly to boss. Kerja macam flexible sikit. Walaupun dah takde outstation merata sebab konon-konon bila aku full time housewife aku nak ikut die pi kerja merata. Masa tu buat credit control, rajin la ke banyak negeri ikut client di la kat mana. Kerja baru sokmo ulang alik JB sahaja. Tapi bagus la income up sikit, elaun apa semua. So boleh la cover sikit-sikit. Tapi itu dia la. Duit dia. Dan dia suami. Duit banyak pun habis ke keluarga jugak. Haha. So aku rasa Raihan macam tak pening sangat nak adjust hidup susah kot. Ketua keluarga katanya. 


Aku la mungkin bermasalah sikit. Pasal gaya hidup mewah menggelabah tu aku sorang je. Tapi Allah nak permudahkan. Aku pun tak sangka aku mampu. Maksudnya, naluri dan nafsu dalaman ni, macam hebat jugak aku control. Sebab aku kan jenis kalau nak maksudnya nak. Kebetulan mengandung pulak, pesen anak kali ni malas nak merayap, nak makan lauk kat rumah, jimat banyak tu. Pastu kopi hipster secawan berbelas ringgit terlalu mahal maka hari-hari bancuh nescafe buh dalam freezer. Nak feel mocha sikit buat neslo beku. Ya ampun sedapnya minum air beku buatan sendiri. So kita improvise la gaya hidup. Cari seakan-akan sama tapi kau adjust lagi power. Haha. Bab shopping. Haritu purse hilang. Pastu teringin sangat nak yang baru. Tapi aku pendam jela. Sambil usha instagram yang orang jual nun jauh dari london sana. Fuh RM300 brand fossil. Installment pun diterima. Macam mampu je rasa tapi pergi balik dekat perenggan kedua, tang perbandingan tu. Maka hilangkah rasa mampu dah nafsu. Rezeki tuhan bagi macam-macam. Mungkin kau takde rezeki duit banyak beli barang mahal, tapi rezeki mampu tahan nafsu tu berharga sangat. Aku jumpa purse RM29.90 sebijik macam purse fossil tu. Tapi bukan leather la. Alahai beli la. Seronok betul. Aku gune purse tu macam guna purse. Dulu aku tak pernah beriye guna purse. Duit tabur dalam coin purse free souvenir dari Istanbul. Walupun duit kertas. Tapi kali ni, kemain cantik aku fully utilise setiap compartment dalam purse tu. Dapat baki duit dari cashier aku korbankan masa 10 saat untuk susun duit cantik-cantik dalam purse instead of aku campak je dalam bag. Power. 


Dan tuhan punya aturan lawa jugak. Walaupun katalah ada duit nak berjalan, tapi rasa membazir nak melancong sakan pasal duit bukan banyak kan tapi tuhan anugerahkan Raihan satu kerja 2 3 bulan sekali kena oustation. Walaupun JB je tapi tuhan bagi perasaan asal dapat bawak anak jalan mandi pool mandi bath tub dah la. Aku pulak dapat breakfast like a king. Mewah dah tu. Dan semua dia bole claim balik. Yaayy jela kitorang anak beranak. 


Dan dalam semua ni aku taknak selit pasal parents. Dulu depa invest duit kau pergi belajar tapi pastu kau taknak kerja balas balik duit dorang. How to say eh, doa jela rezeki mereka melimpah ruah walaupun bukan aku penyumbangnya. Ok. 


Paling syok adalah kau tak begitu stress sebab semuanya dah tak guna duit kau. Contoh, nak makan sedap takyah pikir kedekut, sebab bukan duit aku. Pasal kau bukan ada duit pun so takyah fikir lena pakai duit aku ke ni. Alaa camne ntah nak explain. 


Kesimpulannya Allah ada. Selalu. Hidup macam ni buat aku rasa sesuatu sikit. Tu lah manusia ni. Dia kalau susah baru ingat tuhan. Tapi Alhamdulillah masih ingat dan diingati. Dalam susah ada lah manis dia. Jujur weh tak senang. Duit punya hal kan. Kalau aku lupa diri memang gelisah jadinya. Otak memikir ligat nak cari duit. Boleh jadi hangin satu badan. Dan selalu je aku lupa diri. Dan ada je masa duit memang takde laki bini. 


Tapi kalau rajin pi la google "Qanaah". 



"Remember Me, I will remember you"-Al Baqarah, Ayat 2

Friday, October 28, 2016

Pre labor story


EDD untuk anak kedua ni kalau ikut LMP patutnya 8 September. Tapi size baby kecik dari awal so tarikh tu dia drag lagi seminggu, 12 September. Bila scan pun around tarikh ni la. 

24 Ogos 2016, rutin checkup biasa. Week 37 kot. Rasa macam dah ada opening sebab baby bawah sangat. Bila drive terasa peha dengan perut berlaga. Paling syok siap rasa baby punya kaki ke tangan ntah meraba pehaku. Lol. Aku request untuk cek. Kemain terdesak sangat nak tau. In fact aku siap tanya Lya macam mana nak cek bukaan dekat rumah. Haha. So buat VE doktor cakap dah 3cm dilated. Masa ni rasa dah within a week mesti bersalin ni kalau ikut last experience kan. 

Tapi nak dijadikan cerita Auliya tak sihat. Mulut naik bintik biji 2 3 ketul. Risau HFMD. Aku gigih google and tanya kawan yang anak pernah kena. Sabtu bergegas bawak pi kpj. Tapi doktor cakap bukan HFMD pasal Auliya takde contact dengan sesiapa pun kan. Ok positif. Since dia masih nak susu dan makan 2 3 suap ok la. Demam pun takde. So monitor dari rumah jela. Kurus terus dia. Banyak drop berat. Seminggu jugak la baru recover. Bijik kat mulut pun hilang gitu je. Rupanya tak lalu makan pasal nak tumbuh gigi. Kemain merah gusi dia. Aku tengok pun kesian. Kalau kau camni mana ada rasa nak bersalin. Aku beriye doa tunggula sampai kakak sihat dulu baru adik keluar. Alhamdulillah makbul. Aku pun takde buat squat ke ketuk ketampi ke apa bagi cepatkan bukaan. 

Bila kakak dah sihat, seminggu lepas tu, 3 September barulah berlaku kes false alarm lagi sekali. Kuikui. Bangun pagi sakit perut. Dah syak mesti angin kot sebab lapar. Tapi nak jugak beranak cepat so gigih datang pmc kata nak bersalin dah kot. Tapi buat ctg takde contraction pun. Cek bukaan still 3cm. Orang kata yang kedua lagi cepat tapi aku tak gitu. Maybe yela sebab Auliya tak sihat, ada la tu aturan Allah. Tapi aku pulak yang tak sabar nak beranak. Boringnye nak menunggu. Doa jela Allah bagilah the best untuk kita. Redha. Since this time kita decide nak natural taknak drip syntocinon ke apa untuk force. Induce la jugak tu kan. So tunggu jela sampai lebam. Sebab masa Auliya doktor kabor aku restless sebab induce tu. Haha aku tak ingat. Tapi doktor dengan midwife ke nurse kat sana kenal sangat aku. Mengigau masa nak jahit. Maka untuk bersalin kedua ni mereka sangatla nervous. Patient payah nak handle. Haha. 

Next checkup masa dah 39week, 6 September. Dah dilate 5cm. Aku ingat kot dah 8cm. Lama benar dari 3cm nak ke seterusnya. Tapi at least dah half way. Penangan tengok Suits sambil squat, pastu dari depan pi dapur aku jalan itik. Haha serius ni tapi tak sampai dapur pun. Perut tak bagak macam masa Auliya so berjaya jugak la jalan itik. Ada masa siap berlumba dengan Raihan. Saja merapatkan rumahtangga. Kakakaka.

Ok serius, Masa checkup ni scan baby dah 3.5kg, doktor cakap baby macam membesar dengan jayanya. Seminggu naik 300gram. Ultrasound machine punye estimation la ni, so sebab baby macam besar kang nak tunggu-tunggu makin besar pulak. Maka buat CTG untuk cek heartbeat baby ok ke tak. Ikut last experience dia taknak aku struggle push baby. Kang lagi besar lagi payah. Pastu makin mengigau pulak aku kan. So esoknya disuruh admit jela. Early labor, force jugak, induce. Aku okayyy. Malas tunggu. Positif. 

Habis checkup, Raihan cuti half day, mula-mula plan nak jalan kat ikea pastu tak jadi la. Balik permata terus. Sempat jumpa makan-makan dengan mertua dulu. Mintak doa restu bagi mudah urusan esoknya. Dah balik rumah konon nak bersyahdu tapi penat plus mengantuk teruk. Tak sempat melayan perasaan. Tapi sesungguhnya aku sangat takut sakit kali ni. Ada perasaan seramnya nak meneran. Pulak bila doktor asyik hikayatkan je kisah masa Auliya dulu. Haha. Tapi baguslah, automatik terinject rasa positif. Come on Ika you can do it. Nak tunjuk kat doktor la aku mampu tau nak buat semuanya dengan gaya mak mak normal. Haha. 

Esoknya pagi-pagi hantar Auliya rumah mak. 

 

Monday, October 10, 2016

Aku dah tulis pre labor and labor story tapi benci la nak edit guna phone. (Sebab aku nak masukkan semua moment, so kalau ada yang tercicir lecehnya nak edit guna handphone tua ni yang selalu hang) Laptop dekat rumah, berpantang dekat rumah mak. Ini satu lagi hal. Dah 2 weekend habis gitu je tapi tak balik-balik rumah lagi. Oh cerita berpantang wajib ada slot sendiri. Aku memang nak tulis semuaa. Semua means semua dari mula sampai akhir. Semua. Pasalnya walaupun gap beranak bebudak ni setahun lebih je tapi jadahnya mak dia lupa almost everything. Aku nak recall contraction tu macam mana rupa sakit dia pun susah sebab post beranakkan Auliya tak detail. Haha. 

Dah sebulan beberapa hari. Aku nak diskaunkan hari berpantang ni tapi tak jadi. Nanti la cerita lain. Bye

Thursday, August 25, 2016

Sabtu lepas beriye aku rasa aku dah nak beranak. Sebab sakit pinggang teruk. Tapi tak jugak. Mesti sakit pinggang sebab event tupperware tu. Duduk setiap masa je. Lepas seminggu masih tak beranak. Haha drama. Sakit? Perut dengan pinggang tak rasa apa. Tapi sakit kuat dekat celah ni. Tulang pelvis rasa ditekan sangat. Beza dengan Auliya rasanya. Sebab dulu rasa sangat berat especially tang perut so sokmo pegang perut je bagi tak jatuh. Lol.  

Dan aku ada masalah angin. Sebab petang lepas asar confirm cari toilet nak muntah. Average 2 hari sekali. Aku rasa ni angin la sebab aku pening dan memang menjelang malam tak lalu nak makan nasi. Puas memikir teringin mengidam apa-apa tak tapi takdeeee. So susah la nak telan nasi. Rugi. Sebab sekarang setiap pagi bila Raihan pergi kerja aku follow sekali tapi parking rumah mak. Lunch and dinner mak dah masakkan. Pun tak berselera sangat. Masa Auliya dulu makan sampai perut sendat tak ingat. 

Dan aku ada masalah nak recognise contraction. Sebab masa Auliya pergi checkup pastu dah dilate 6cm. Rasa contraction masa dalam labor room dah. Pastu memang taklah nak belajar kira ke apa pasal sah-sah dah nak beranak. And this time again bila dah lepas minggu 36 mula la gelabah mak nenek nak tahu berapa dah bukak. Siap belajar dengan Lya pastu suruh Raihan buat. Sekali je la pun. Aku syak dia fobia nak buat lagi pasal memang rasa kepala habis bawah dah ni. So siang tadi memang rutin untuk check up. Dalam rekod edd adalah 12 September. Lewat seminggu sebab size baby kecik masa mula dulu. Tapi kalau ikut LMP memang awal September dah beranak. Dan aku as usual memang pesen instinct rasa hujung Ogos baby akan keluar. Siang tadi scan baby all ok. Memang betul kepala dah sangat bawah. Dan request for ve, ha kau 3cm dah. Ada je option untuk force bersalin awal tapi malas aku. Doktor pun suruh balik sampai betul-betul ada tanda. Last time aku panic so serah diri bila dah 6cm tapi tu pun jadi paksa bersalin. Pasal sakit apa semua takde. So kali ni selagi takde sakit atau tanda buat lek je. Dah 8cm pun takpe kata doktor. Hah. Maka pulanglah. Dah la mak masak pulut dengan kuah durian. Aummm. 

Ni dah 3pagi lebih. Aku baru test kejut Raihan bangun tak kalau aku kabor sakit. Ok ada improvement. Cepat dia bangun. Aku nak pi kencing je pun ni tapi pinggang sakit pulak. Nak bangun payah kena mintak bantuan. Haritu aku kejut, cakap sakit dia boleh bantai cakap esok jela pastu sambung tidur. Choii. 

So dalam seminggu ni tengoklah bila. Entah cepat ke lambat ke. Orang cakap anak kedua lagi cepat pasal pintu dah lembut lah dah ada jalan lah. Semoga Allah permudahkan. Nervous jugak tapi positif je ni. InsyaAllah semuanya ok.  

Monday, August 22, 2016

Aku dah 37weeks pregnant yang kedua ni. Entah nak cakap tanda bersalin dah ada ke belum aku pun tak tahu. Tu post lain la. Ini cerita pasal Auliya. Anak sulung. Memang sejak pregnantkan adik ni dia lain. Dulu semua ummi, la ni kalau ada orang lain memang dia tak endah aku. Sampai sekarang dia bole sebut nama semua kecuali ummi. Tak cool. Hati mak kan, kadang-kadang aku sedih. Sampai menangis pun pernah. Ada masa buat jadi bahan lawak jela. Bila berdua dia manja la. Panggil nama terus datang. Bila beramai, aku panggillah macam mana pun dia buat tak heran. Macam nampak tak nampak je mak dia depan mata. 

Haha aku rasa ni normal. Pasal orang kata dia tahu dia nak dapat adik. Tapi aku beremosi sekarang. Kesian kat dia, kecik lagi dah dapat adik. Tapi tak patut rasa gitu. Pasal Auliya jenis suka kawan ramai riuh. Aku rasa dia suka ada adik. Haihh tapi bukan tu soal dia. Macam mana eh. Bila kau pandang muka anak sulung kau, macam meresap satu rasa sayang sangat tapi sedih. Ada few times aku akan tidurkn dia sambil tersedu meleleh air mata. Bukan sedih apa tapi entah apesal tak tahu. Macam rindu ke ntah la. Haha aku tulis ni pum dah meleleh padahal dia elok tidur kat sebelah ni. Tuhan jela yang tau kot.  

Tuesday, August 9, 2016

Week 35

Dah nak dekat bersalin ni tapi entah berapa dekat tak tau. La ni asal baby move je kemain sakit rasa. Aku tak ingat la Auliya dulu macam mana. Budak tu terjah je, checkup 35 minggu dah dilate 4cm. Sakit ke apa tak ingat atau mungkin sakit tapi pasal sepanjang pregnant kan Auliya memang selalu sakit badan, sakit kepala ke apa maka sakit sikit-sikit jadi tak ingat. Ingat dulu doktor kata pain tolerance aku tinggi. Beza dengan yang ni. Jarang sangat nak sakit teruk. Pening kepala sejak duduk rumah takde dah. Sakit pinggang pun jarang-jarang. Kaki ni dari last week baru start cramp. Maka bila sakit perut semacam je mula la aku nervous. Nak beranak dah ke. Tapi khamis lepas ada braxton hicks contraction mai singgah. Kerap dan kerap. Masa tu tengah drive Mak pi hospital. Abah warded lagi. Ni sat gi cerita. Lepas hantar mak pastu pergi ambil adik balik sekolah. Fuhhh peluh merecik bak hang. Aircond dah sejuk tapi tak membantu. Baru kalut install apps contration timer tu. Tapi bosan nak pegang handphone fokus ke situ. Elok belek fb ke apa. 2 jam jugak melayan. Sampai rumah baring kejap rasa lega. 

Last 2 weeks punya checkup memang doktor kata kepala baby dah ke bawah. Tapi tak engage lagi la. Masa tu mengharap baby keluar awal jugak. Tak kuasa mak nak debar lebih tunggu hari. Tapi sekarang dah abah dekat hospital panjang jugak pemikiran aku. Kalau bersalin awal siapa nak tolong drive mak hari-hari ke sana. Pastu masa dalam pantang siapa pulak nak tolong tengokkan Auliya. Tapi fikir banyak pun takde jawapan. Kita plan jela. Allah ada la jalan termudah nanti. Kali ni kena pantang sendiri. Mak jaga Abah kan. Aku lek lek je kot. Baby masa kecik ok je asalkan aku cukup tidur. Haha. Cuma dah discuss dengan Raihan kalau boleh seminggu  pertama aku nak pantang betul-betul tahap manja paling malas. Pasal lepas tu nak berdikari sendiri kan. Positif sangat ni. 

Ni tengah sakit perut tapi aku lupa sungguh ni ke sakit nak beranak tu. Perut senak betul bila baby gerak. Siap whatsapp Lya tanya macam mana sakit dia tu. Dia cakap macam senggugut. Boleh la kot aku ingat sikit-sikit macam mana rasa senggugut tu. Dan paling pelik kali ni sakit bontot. Bukan sakit tulang area bontot tapi sakit bontot la. Tu 2 ketul bun tu yang sakit. Macam baru lepas jatuh terduduk dengan kuat. Tapi yela selagi tak sakit pinggang belum nak beranak la ni. Aku kejut Raihan saje cakap macam nak beranak je dia pulak yang cakap false alarm tu. Iyolah. 


Thursday, July 7, 2016

1 syawal 1437 #raya2016

2:16am. Baru siap packing. Macam biasa last minute punya orang. So syawal datang lagi. Aku selalu suka tulis pasal raya. Tahun lepas busy kerja buat aku serabut. Maka tahun ni taknak terlepas. 1 syawal was fun. This year raya dekat side aku. Tapi kitorang ni fleksibel je. Kalau kakak Raihan raya dengan mertua dia memang kitorang akan raya side sana. Since this year akak raya kl dengan ibu ayah so elok la kitorang raya sini dulu. Lagipun dah 2 tahun aku raya sinun. La lagipun abah pun tak sihat so bila raya sini dapat la meriahkan suasana. Tadi pagi raya agak hiba. Aku rasa tu macam raya paling banyak tangisan dalam keluarga. Maybe lepas insiden abah sakit ni semua macam syahdu sedu je kot. Sebab masa ni macam nampak  prihatin semua orang. Mana adik yang pesen buat tak reti je rupanya ada perasaan. Camtu la contoh dia. Soo baguihlah. Aku pun secara tak langsung dapag mendengar luahan hati adik-adik. Alhamdulillah. Aku dengan Raihan pun sendu semacam jugak. Tapi sekejap je. Pastu gurau kasar balik. Tahun ni Auliya dah besar. Allah macam besar sangat pulak. Banyak perangai. Aktif semacam. Poyo pun ada. Dia sangat menikmati raya. Makan ketupat (nasi impit instant je) kemain banyak lagi dia. Kuih tat bengkulu inti kelapa tu aku pejam mata je bagi. Gulaaa. Ya tau tapi tula aku dah tak beriye control makan dia. Just make sure dia consume banyak air masak jela. Baby dalam perut pun aktif kemain. Tapi good thin pasal pregnant dia ni aki takde sakit badan teruk. So masih rajin ke dapur ke depan beratus kali. Kenapa beratus? Pasal setiap tahin tetamu rumah ni memang tak pernah surut. Alhamdulillah rezeki. Walaupun kitorang prefer nak pergi beraya sebenarnya dari duduk rumah tapi sebab condition abah yang tak larat tu maka duduk jela rumah. Abah nampk happy jumpa tetamu. Walaupun penat duduk lama sangat. 

Semua good good je tadi. Aku jela emo. Biasa la aku. Takde mende nak emo tak sah. Cuma Alhamdulillah dapat digembirakan dengan nasi. Mak masak rendang daging dengan soto ayam, mihun sekali la tu. Aku dah hadap dari semalam tu lagi. Jam 3 petang perut berdenyut laparrr. Yang paling segera boleh buat is sardin. Sebab ikan semua beku lagi. Konon nak sambal sardin je, pastu siap tumis bayam, ikan masin sekali dengan telur dadar. Fuhh. Lega tak terkata. 

Dan begitulah 1 syawal tahun ni. Dengan takde baju raya langsung. Cuma nasib baik rezeki Auliya memang setiap tahun yayi dengan uwan belikan baju raya. So dapat la jugak dia berbaju baru. Itu la kot punca aktif agaknya. Pasal dia dah reti perasan cantik. Siapa ajar ntah. Kemain berkeliling dengan gown dia. Anak dara sangat. Nak bergambar pun payah. Esok, turn balik Rembau lepas tu terus ke Senai. Syok ah balik Johor. Makan sedap hendaknya. Lol

Oh dah pagi 1 syawal tadi aku rindu betul dekat Raihan. Pasal 7 tahun lepas kot, kita mula menggatal pada 1 syawal. Maka tadi aku terasa gatal la sekejap. Tapi tak lama sebab tetamu dah mai. 

Thursday, June 16, 2016

Mampu

Abah dah sedar yang waras sekarang. Haritu sedar tapi ada effect ubat tidur lagi. Lain macam angin dia. La ni ok dah. Aku selalu visit tengahari. Drive dengan mak pastu habis waktu melawat pukul 2 kita balik. Nanti petang pukul 4 lebih bawak mak dengan adik-adik pulak. Lepas tu balik. Sebab nak stay sana pun Auliya tak boleh naik. Duduk lobi? Big no from me. Semput aku. Balik masak. By the time nak buka aku semput jugak tapi dah boleh makan minum so ok la. Condition abah ok. Tapi dia dah terasa la sunyi dekat hospital, bulan puasa, nanti nak raya. Tiap kali kita nak balik je dia sedih-sedih nak menangis. Alahai. Tapi Alhamdulillah la semua dah ok. Harap-harap takde dah jadi moment gini. Amin. Tadi pi tengok dia sembang pasal apa jadi on the night tetibe collapse tu. Nurse yang on duty malam tu cerita ke dia, semangat la dia menyampaikannya semula. Koma. Tu la word nurse tu guna. Abah cakap tak ingat apa la. Tau-tau dah dekat seminggu gitu. Ok la. Aku pun tak mengharapkan perkara mistik berlaku. Haha 

Jadi camni, nampak hikmah berhenti kerja aritu. Jadi supir full time, balik masak untuk semua. Kalau aku kerja, aku tak rasa aku boleh tolong sampai macam ni. Sekarang 24 jam free nak bantu mak abah bebila dorang nak mintak tolong. Ramadhan kan? Fuhhh ikhlaskan hati. Walaupun sesak jugak kadang-kadang. Mana nak bawak perut, anak sorang depan mata lagi. Puasa lagi. Tapi sesak-sesak pun elok je semua. Mampu siapkan semua hal. Tuhan tolong. Kerja mampu siap pun dah macam anugerah. Ikut logik macam tak reti jugak. Game mental jela kena kuat. Dah habis 10 ramadhan. Alhamdulillah semua ok. Part dalam hati je pandai-pandai nego dengan Allah nanti. 

Rezeki. Buat pahala di bulan ramadhan. Dan sesungguh aku harapkan syawal yang bawak makna yang lebih dari tahun sebelum ni. 

Monday, June 13, 2016

Lupa

Abah dah sedar siang tadi. Depa dah stopkan semua ubat yang bagi dia tidur tu. Alhamdulillah semua stabil. Dia dah bangun. Tiub oksigen dah tukar topeng oksigen. Cuma hal sedih kuman tibi aktif balik. Dia dalam bilik dan kami tak boleh masuk. Tengok dari luar je. Time visit petang tadi kita bawak whiteboard dengan marker pen. Tulis apa nak tulis. Syok. Tapi abah terlalu lasak. Habis dia nak cabut segala tiub yang ada. Risau. Jujur aku macam lagi risau dia berjaga lasak macam ni. Mungkin dia tak selesa tapi tula. Abah. Macam Atuk dulu-dulu. 

Aku masih dengan emosi tunggang langgang. Positif satu hal, negatif satu hal lain. Payah. Padahal aku shut down semua bisnes punya hal ni. Pun serabut. Tapi tadi Raihan random cakap pasal percaya kuasa Allah. Maksud dia apa yang kita nak especially mende baik, percaya Allah tu akan bantu. Memang kita percaya. Bila mana positif datang, tu masa kau habis percaya la Allah tolong ni. Atau kau yakin sangat Allah ada dan akan bantu. Cuma aku ni salah apply. Aku kalau drive ke hospital selalu risau parking takde. So dari malam lagi aku dah potpet kat semua orang, mintak-mintaklah esok senang jumpa parking. Kang nak keluar rumah doa yang sama, nak start drive doa yang sama. Pesen noob nak parking macam aku ni memang taklah nak side parking ke apa. Jadi kena ada spot yang supp masuk terus cun. Sampai specific gitu aku mintak. Siap tawar lagi dalam doa, niat baik ni bawak mak, nak lawat abah, kau permudahkan lah ya Allah untuk dapat parking yang aku mampu nak cun-cun letak kereta. Amazing la kan sebab memang termakbul la doa. Ngam sangat parking dekat dengan koridor. Panas 2 3 tapak je. Pasal kita doa kan, kita pun usaha pusing sana sini cari mesti tuhan bagi. 

Yang negatif. Bila bawak Auliya pi hospital. Aku letih teruk. Dia sangat aktif lari sana sini. Hai semua orang. Fuhh. Semput aku satu hal. Dah la panas terik dekat lobi tu aircond bukan rasa. Kau puasa pulak. Ya ampun kering dia sampai la ni aku ingat. Adik aku turun lambat nak tengokkan Auliya pun aku melenting. Padahal tu anak aku. Tapi sungguh, masa tu dah rasa berjalan macam seret kaki. Sebab penat sangat. Sampai la ni aku serik nak bawak. Tulah silap. Negatif. Tiap kali nak gerak ke hospital aku cakap takleh bawak Auliya, kakak penat jaga dia. Haihh. Nampak tak? Mana doaaaaaaa???

Simple je. Tapi tak boleh sedar. Kadang-kadang dah apply tapi tak menyeluruh. Paham? Tak paham sudah. Nama kau dollah. 

Rindu abah. Aku mengharap nurse dengan doktor sana diberi kesabaran nak jaga abah yang tengah melasak tu. 

Friday, June 10, 2016

Privasi.

Harini 5 ramadhan kalau tak silap. Dan aku sampai lost track date dengan hari apa. Mati-mati ingat harini khamis. Otak kacau betul. Harini cuti masak. Boleh tepuk bahu sendiri sebab sibuk ulang alik hospital tapi hari-hari masak pasal tekak tak lalu nak makan luar. Parking rumah mak sekarang maka jumlah masakan berganda. Tapi aku kan komando, aku kerah adik-adik buat kerja sekali. Harini deoa semua pi buka hospital sana. Aku pandai-pandai la nanti.

Abah dalam good progress. Dos ubat tidur doktor dah kurangkan so dia dah respon dengan semua cakap-cakap keliling. Kaki bergerak, mata nak bukak tapi mamai kan. Alhamdulillah. Virus yang superimpose tibi tu aku belum dapat tau apa nama lagi. Tak pasti la doktor yang sengaja tak bagitau atau memang belum dapat result lagi. Bila mengadap doktor banyak sangat nak tanya pastu mesti ada soalan yang lupa. Tapi so far antibiotik yang dorang bagi respon dia positif. So hopefully itu yang betul la. Tengok abah respon pun dah memberi kelegaan. Walaupun wayar tiub masih berselirat. Positif. 

Aku je yang serabut. Ika kan. Tengah pregnant lagi aku cepat melenting. Cakap apa nak cakap. Agak semak dengan call dan whatsapp tanya macam-macam. Aku buat bodoh. Lantak pi. Semua ada group whatsapp. Whenever dapat news kita update sana. No news means no update. Kau tanya privately pun apa aku nak jawab. Hah see, mende orang bertanya khabar pun aku semak. Dan semestinya pesen melawat pastu pung pang bising pun dah selalu menyemakkan otak. Hormat privasi la. Bukan Abah sorang yang sakit dan tu bukan hospital bapak aku kau nak bising-bising. Serius weh adab melawat pesakit sangat kurang. Harini since abah dah boleh respon, ada few visitors yang tak link darah pun dengan kita. Tapi entah manusia mana yang snap gambar abah pastu dok hebah dalam group whatsapp mana-mana. Dah kecoh. Mak tak suka. Of course aku lagi tak suka. Kau cabul privasi keluarga dan pesakit. Siapa kau nak sukati buat macam tu. Hangin. So kita terima pelawat, perempuan. A group of 6. Mak tak kenal aku lagi la tak. Depa kata dari group sekolah-sekolah kawan kepada itu ini. Dan Abah ni langsung takde join any whatsapp group sekolah mana-mana. Maka manusia kepoh mana la punya kerja. Abah dah boleh respon, bila aku cakap tetamu sekian-sekian datang dia punye merengus kau toksah cakap. Kaki nak naik, mata terkebil-kebil, tangan semua naik. Haihh. Dia tak suka. Condition dia yang terlantar berselimut dengan badan sembab muka sembab masuk air, cucuk wayar sana sini, kau suka orang hadap kau macam tu? Logik sikit. 

Tulah, mak memang takkan bunyi. Maka nak kata aku derhaka dekat pakcik makcik sedara ke apa. Mende kena cakap. Privasi. Hormati. Tunggu lah, orang pun dalam care unit, bukan normal wad. Plus visitor boleh masuk 2 orang at one time. Kalau pesen berpuluh yang datang dah masa bila kami yang rapat nak beriye mengadap abah. Time limited, waktu melawat je yang boleh datang. 

Bila cakap gini rasa macam tak memuliakan tetamu. Entah. Tapi logik aku macam ni lah. Dan abah pun mesti tak suka aku sekat-sekat orang datang. Tapi serius kalau pesen kurang adab kau boleh buat apa. 

Kalau aku salah, aku salahkan hormon. Lol

Thursday, June 9, 2016

Tak biasa

Dari hari pertama ramadhan lagi semangat nak tulis. Tapi tak buat. Pasal apa semangat pasal rasa diri ni power. Baru satu hari plus satu hari yang praktis puasa sebelum ni rasa macam oh dah dapat rentak camne nak tahan puasa. So in total 2 hari punya puasa rasa dah power. Phuii. Aku kan pesen suka kalau dah dapat rentak untuk menjalani hidup sehari-hari. Rutin. Cycle yang sama. Tapi dangg kita back to reality. 

Hari ketiga puasa, jam 8.30 mak call. Mintak tolong bawak abah pergi klinik pasal abah mengadu susah nak bernafas. Rutin 8.30pagi masa puasa ni adalah time tidur. Tapi bangun siapkan Auliya punya barang pasti chow. Muka pun terlupa nak basuh. Nasib baik subuh tu aku mandi siap dah. Dari klinik doktor kabor rhythm jantung abah tak berapa normal so kena pergi hospital. Naik ambulans. Ok lah aku balik dulu qada tidur. Semua nampak ok. Abah memang ada tibi, tapi dah 2 bulan on ubat so kuman dah takde. Kita assume dia batuk biasa je yang lead to sesak nafas kan. Hari pertama dia kat hospital kena duduk wad pemerhatian pasal takda bilik kosong. So dia suruh mak balik. Malam tu dia kabor ke kita takyah tunggu la. Sebab semua orang puasa. So we at home makan berbuka, borak pasal abah. Semua ok. Aku dengan Raihan tidur rumah mak malam tu. Pasal konon-konon aku in charge dapur sebab nak bagi mak rehat. Tapi sahur lebur. Terjaga bila mak dah siapkan semua. Phuii. 

Dan again kita sahur macam biasa. Baca whatsapp abah 1 pagi kata dah dapat bilik sekian sekian. Ok. Bila dah pagi mak kena pergi klinik dulu collect ubat abah, then kita beli lauk sikit untuk masak berbuka nanti lepas tu baru aku drive ke hospital. By that time dah waktu melawat dah pun. Kira lambat dah sebenarnya. Tapi again, kita assume ini semua ok. Takde yang serius. Aku tak stay pasal Auliya tinggal kat rumah dengan adik. Dan last time masa abah tengah on treatment untuk tibi depa tak bagi pregnant lady visit. So aku balik. Baru sampai rumah duduk sat, Aboy call. Eh. Dia pesan mak suruh Raihan balik bawak adik pi hospital pasal doktor tidurkan abah and nak kena bawak masuk icu. Pagi tu dekat 4.30 pagi abah sesak nafas teruk sampai doktor terpaksa tidurkan dia. Aku blur. Rutin, cycle semua nampak blur.

Sampai la ni macam bercampur-campur. Tengok abah dengan semua wayar tiub ubat segala tak patut nak assume ini ok. Ni bukan abah weh. I mean dia selalu sakit pun tak pernah rupa gini. Aku tak reti apa nak buat. Abah yang sakit biasanya sedar untuk berlawan-lawan cakap dengan aku. Dan aku tak pernah datang sebelah abah muka sedih menangis. Biasanya abah sakit, aku datang muka sinis "tula abahhhh kan dah pesan jangan makan itu, jangan buat ini. Kan dah sakit." Dan dia reply dengan ego dia taknak kalah. Macam itu biasanya. Sarkastik abah dengan aku. Tak reti sebab tak biasa. Untuk duduk sebelah pegang tangan sambil mengaji. Haihh itu abah kot. Selalu kita jeling-jeling je bila cakap. La ni bila aku cakap bukan takat jeling, mata pun die pejam. Susah. Sungguh. Sebab sepatutnya ini adalah hal biasa, rutin abah sakit pastu kita smash dia siapa suruh tak ikut cakap kita. 

I miss you. I love you. Banyak lagi orang tak cakap dengan abah. Banyak lagi hal yang orang tak habis buat dengan abah. Come back. Kita buat semua mende yang biasa kita buat. To talk pasal abah punya sembang juta-juta. Kita sembang hutang-hutang orang tu orang ni. Kita sembang bisnes tupperware lol. Kita sembang Auliya dah itu ini dengan bangganya. Just come back. Lawan dan bangun. Kita tau abah suka melawan tu pasal orang suka melawan. Bangun la bah. 

Thursday, May 12, 2016

Improvisasi cita-cita

Berkobar nak tulis experience dekat hospital jaga anak macam mana. Tapi tunggu discharge esok la. Sebab seminggu dua ni dok berkobar nak beranak ramai. Serius punya hal tak tau macam mana dia punya excited datang. Tapi korek punya korek otak aku rasa jadi gini sebab Raihan cakap takyah kerja dan duduk rumah. Haritu reason nak resign sebab nak jaga Auliya, lepas tu after setahun nak kerja balik. Tapi nanti ada baby baru so kena la jaga. Lepas tu dah lama duduk rumah confirm aku dah malas nak kerja. Plus sejak duduk rumah jadi supir adik balik sekolah (bila dia kena balik lambat), aku selalu cakap kat Auliya, esok kakak dah school ummi jemput hantar hari-hari. Pastu kang bila kes budak pergi sekolah tapi lari mana ntah, aku sebut lagi mende sama. Tengok gaya macam takyah kerja dah ni. Maka buat anak la ramai-ramai selagi muda. Kehkeh. 

Tahun ni baru 27, so sebelum 30 target nak 4 anak. Haha. Aku berangan ni. Next pregnancy aku nak kembar dua. Lepas tu next lagi kembar tiga. Haha gilo. Dok aih. Tapi kitorang kat rumah dok repeat mende ni je. Aku pernah tanya Raihan maksimum nak anak berapa. Dia kata 11 ke 12 ke. Fuhh. Dah tu minimum berapa. 7 atau 8 orang. Tu diaaa . Sebelum ni dia tak pernah mention apa-apa. Dia cakap sebab haritu susah lekat so tak nak mengharap. Tapi Alhamdulillah sekarang macam senang (padahal baru nak masuk dua) terus die mengharap. Aku takdelah nak belas-belas anak. Tapi maksimum 6 ke 7 dah best rasa dia. Paling sikit pun 4 orang la. 

Pasal semua ni la buat aku berangan merancang apa la aku nak. Dah kau kata suri rumah kan sekarang. Takkan aku nak berangan kerja jadi boss kat company besar. Maka dengan sedikit improvise aku nak cuba promote diri aku jadi Ummi of at least 7 children. Konon nak achieve before 35tahun. Tu yang datang idea nak mengandung kembar terus. Allahu. Berkobar-kobar aku menaip. Haha. Aku memang pesen sedara mara ramai so memang teringin dari dulu nak anak ramai. La ni dah mengandung beranak sendiri terasa real nya semua ni.  

Rezeki. Semoga Allah beri kesabaran, kekuatan dan keimanan yang tinggi untuk dapatkan rezeki ni. Anak baru nak masuk dua pun aku dah mengah gak ni. Tapi yakin boleh maka bolehlah. 

Friday, April 29, 2016

suri rumah

Last post pasal cerai susu, badan lembik bla bla bla. Boring.

Sejak sebulan lepas banyak hal jadi dalam hidup ni. Cerita berhenti kerja, birthday Auliya, birthday aku, kisah baby. Banyak aih. Ada jugak draft sikit-sikit tapi macam malasnya nak post. Ajaib betul.

Hal berhenti kerja. Aku decide nak quit awal sebab aku stress dengan environment kerja masa tu. Pregnant kan, memang paling cepat menyampah dengan mende remeh yang diperbesarkan. Sepatutnya aku nak hold lagi sampai bulan 5 tapi malas dah. Hari aku hantar surat tu memang langsung takde dalam kepala nak kena pas surat masa tu. Tapi kalau Raihan dah on, aku 10juta kali on. Dah brief la kelaurga masing-masing. Ibu selalu tak bagi aku resign tapi kali ni dia pun support. Family first kata dia. Mak as usual ok ja. So tu la buat aku memang takde rasa hesitate langsung.
Drama nak cabut, boss kecik adalah ajak lepak minum konon nak brainwash. Kemain sembang soal rezeki, dibaginya contoh orang yang resign duduk rumah lepas tu ekonomi teruk. Allahu. Negatif. Tapi tula mungkin Allah hantar orang gini untuk positifkan diri sendiri. Rezeki Allah bagi. Pegang jela tu.

Banyak hal dah fikir sebelum nak duduk rumah ni. Masa awal dulu badan selalu letih, yang lead to sakit kepala teruk. Aku makan panadol tapi tak jalan. Makan on time, tak jalan. Masa tu sokmo muntah tapi bukanlah mabuk beriye. Badan penat memang lagi la buat otak penat. Rutin kerja rumah Raihan take over tapi kesian dia. Esoknya still kena bangun pagi, drive hantar aku dengan Auliya pi office. So konon nanti resign aku boleh handle balik kerja rumah. Surprisingly weh, dah sebulan duduk rumah ni memang jarang sakit kepala teruk. Unless kalau terlalu panas, atau banyak tengok tv. Haha. Nak cakap badn letih pun tak jugak, ada anak nak membesar depan mata, kadang-kadang memang rasa nak pang jugak tapi anak kau kan. Stress dia bukan macam stress dekat office nun. Nak sakit pun mana mampu lama-lama. Dia sengih je dah cair.

Auliya selalu tak sihat pun satu hal jugak. Batuk selsema on off, badan panas. Yang mana masa tu dalam kepala mak pak dia bagi ubat cepat, esok dia baik. Kesian. Discuss dengan raihan, takpelah nak duduk rumah jaga lah anak dulu. Dah la aku selalu lesu masa tu, bila malam balik jumpa dia memang selalu tak larat nak main sama-sama. Mana nak mai bonding, pulak dah stop bf. InsyaAllah dapat tengok depan mata semoga sihat selalu. Aku pun buat mana mampu jela. Tapi syok ah. 24 jam melekat. Banyak dia punya milestone yang kita nampak dulu. Tang tu aku bersyukur sangat. Terasa rugi pulak lambat baru resign. Later buat satu post untuk dia. Haha.

Dan mestilah tak senang nak lepaskan kerja. Taklah nak cakap position masa tu stabil tapi kira oklah kan. Tapi kita percaya rezeki Allah bagi. Slowly la. Aku nak lepas nafsu untuk membazir tu pun macam Allah mudahkan. Tetibe this time takde lak terasa galak nak berjalan sana sini. Raihan pun tegur kalau dulu sibuk bukak website itu ini cari hotel murah, flight tiket murah. kali ni ajak pi aeon pun sejam dah bising nak balik. Letih. Duduk rumah lagi nyaman. Nak makan sedap dan mahal pun takde pulak. Aku dok bising nak apam balik pasar malam belakang ni tapi mana ntah makcik tu tak jual-jual dah. Harap-harap nafsu hidup low maintenance ni kekal sampai bila bila.

Nak sambung kerja balik? Plan asal cuti setahun je ni. Tengoklah macam mana, Raihan dah kabor duduk jela rumah. Takyah kerja dah, dia tak kisah. Adakah sebab dia pun rasa hidup dia teratur bila isteri dia adalah fulltime housewife? haha aku tak tanya lagi sebab kalau bukan tu jawapan dia macam sakit hati pulak.

Oh dan haruslah sebagai suri rumah zaman millenium kita kena pandai cari side income. Aku haritu start dengan jual shawl. Rezeki betul sebab laku teruk jugak. Kemain seronok supplier tu asyik update stok baru. Sampai aku pulak yang dok supply kat orang suruh jual. La ni dah slow sikit pasal jauh nak pi ambil stok. Dan satu lagi sebab aku hidup dengan hasil jual Tupperware. Ini pun tak tahu lah macam mana. Plan dia sikit je tapi dah malangkah jauh jugak ni. Nanti kena tulis jugak pasal tupperware ni.

La ni baru sebulan duduk rumah. So far ok. Nasib baik beli rumah dekat dengan rumah mak. Bosan-bosan aku lari sana. Dan dapat jugak tolong dorang selalu. Jadi supir. Dalam seminggu mesti paling kurang 3 hari kena bagi servis supir kat sana. Haha sampai demam la masa mula-mula tu. So ok lah. Sambil-sambil jaga suami dengan anak, dapat tolong family jugak. Ibu pun cakap ok lah tu dapat berbakti dengan kedua ibu bapa. Haha sambil-sambil aku pun berbakti dengan memastikan makanan kat rumah mak tak membazir =p

Tuesday, February 16, 2016

Trimester satu memang sangat mencabar. Dulu masa pregnantkan Auliya ada time aku melepek taknak makan tapi tabahkan jugak pikir anak nak khasiat. Lepas tu muntah balik. Kali ni Alhamdulillah kurang sikit mabuk-mabuk. Ke sebab share dengan Raihan. Ada tima die pulak melebih pergi beli asam. Pastu nak makan itu ini, kadang-kadang bila aku sebut nama makanan dia pulak yang loya-loya. Kelakar pulak rasa. Sekarang ni dah ok sikit la kot. Aku masih lesu, rasa nak baring setiap masa, tidur anytime pun boleh. Especially bila still menyusukan Auliya. Sangat-sangat letih. Nak minum air banyak tapi pastu kang bloated sangat, nak muntah pulak. Serba salah. Nak kena makan nasi banyak, sebab zat-zat dah bahagi 3 orang ni, tapi tekak taknak telan nasi. Aku jadi serabut. Blank terus bila hal kecik macam ni pun jadi isu. Aku nak saiko diri sendiri pun susah sangat.

Haritu scan  baby, dia kecik. Jadi doktor advise cuba ceraikan susu dengan Auliya. Fuh double stress aku. Walaupun aku tau aku letih teruk lepas bagi die susu tapi nama nak stop tu mustahil sangat. Sejak dari dalam perut dah nekad dia kena susu sampai 2 tahun. Walaupun nak mengandung jugak tapi ada je orang yang still continue breastfeed anak. Aku pegang aku mampu. Tapi bila aku pam pun dapat la 2 ke 3oz je dah 1 sesi. Nanti bila lunch turun taska bagi direct je. Berjalan macam tu 2 minggu jugak kot.

Nak dijadikan cerita Auliya demam, so malam tu setiap sejam bangun nak susu. Kaw-kaw sampai aku terasa sangat-sangat lesu dan sakit. Tapi aku buat tak tahu jela. Dah la sakit dekat bahagian rahim tu. Dah 2 hari menahan sakit terus jumpa doktor. Dia cakap infection, mungkin dari anak awak sbb dia demam. Terus stop breasfeeding. Sebab memang lepas bagi susu je sakit gile. Raihan yang lagi nekad. Dia beli susu formula terus. Malam pertama sebak tak terkata. Menangis-nangis Auliya taknak susu. Aku dalam bilik pun dah banjir sakan. Tak tahan terus jejak kasih dua beranak. 15 minit peluk sakan tak lepas-lepas. Still no direct feeding. Raihan panaskan stock ebm, So malam tu Raihan yang jaga Auliya, bila dia bangun nak susu, Raihan yang siapkan. Tapi bagi ebm jela,fm taknak.

Susah hati. Mak pak extend cuti lagi sehari. Still takde progress. Beli susu kambing karihome tu sebab colleague ada bagi good review. Rezeki la pergi aeon tinggal setin. Ada susu kambing lain tapi untuk below 12months aku tak jumpa. Bila mak pak dah kena kerja, tinggal rumah nenek mintak tolong ajarkan susu fm. So far dapat good news. Auliya nak minum. Alhamdulillah. Raihan terus whatsapp, rasa nak menangis kegembiraan dia kata anak nak susu lain. Aku la sebak. bonding anak mak dah kurang. Sangat obvious bila aku tak bagi susu dia gaya tak heran dengan aku. Haihh hormon. Aku melayan jugak sekejap, stress masuk bilik menangis. Tak bagus la macam ni.

Kita of course plan yang terbaik untuk anak. Aku takde masalah mengandung lagi sebab memang dari dulu kita dah cakap takyah plan dulu awal-awal ni, nanti lambat lekat lagi. Alhamdulillah Allah bagi. Tapi nak dapat semua memang tak la. Allah bagi ikut tahap kita. Rezeki anak anak pun lain-lain. Aku tak salahkan sebab mengandung ni punca semua, tapi aku cuba cari apa hikmah bahagia Allah nak bagi bila perasaan kena uji macam ni. Dah la kali ni aku susah sangat nak meluah, yang lega bila sujud menangis. Haihh. Takde apa pun sebenarnya tapi tula. Rasa macam Auliya belum puas lagi dapat semua tapi kesian dah ada adik. Tapi mungkin ni yang terbaik untuk dia nanti bila dah besar. Aku cuba pegang Allah dah atur rezeki sebaik mungkin. Cuma aku fragile sangat nak digest semua perasaan kat hati ni. Minda tersekat teruk.

Ini masalah susu selesai kira kurang beban. Tapi banyak lagi dalam kepala ni. Satu-satu. Aku rasa masalah kecik je ni. Untungnya aku family dekat sini je, adik-adik cuti. Senang mintak tolong jaga. Imagine yang family jauh. Tu macam mana. Dan bagusnya lagi Raihan sangat membantu. Kerja rumah from a to z dia reti. Sekarang ni memang kerja dia jela bancuh susu.Tengah  malam pun dia yang bangun. Alahai. Allah sayang tu. Sikit-sikit bukak rahmat. Aku jela serabut lagi. Phuiii. 


Thursday, February 4, 2016

2016

Bulan Januari 2016 adalah salah satu bulan paling mencabar dari segi kesihatan. Demam, sakit tekak sampai takde suara, batuk, selsema, muntah berak segala kena. Bermula dari krismas lagi tu, tapi on off la dia datang. Tak syok nya satu family pakat kena. Sabar jela dugaan macam ni. Auliya sampai kurus dah takde pejal-pejal daging berlemak dah. Raihan pun dok demam batuk lagi sampai sekarang. Reminder dari Allah la kot kan. Seksa jugak aku haritu. Tapi ade hikmah semua ni. Auliya demam rasanya berubah angin taska kot. Budak dah besar, dak kenal orang. menangis jugak sampai bengkak mata dia kena tinggal. Kita jadi mak bapak ni tekadkan hati jela. Doa hari-hari perangai anak semakin ok. Januari ni tak penuh langsung attendance dia. Dalam seminggu ada saje cuti. Sampai ada satu hari tu kami dah sampai office tapi terpaksa baik pasal temperature tetibe naik. Manja melepek dekat aku. Peliknya, dah sampai rumah terus active balik. Fuhh. Perangai mak kau sangat. Sekarang pun masih tak sihat, dah batuk dah dia. Adoi runsing betul hati. Selama ni jarang sakit tetibe kerap pulak. Ikutkan nak berhenti kerja jaga anak kat rumah bagi sihat dia. Entah la hai.

Semalam on the way balik kerja dari office. Macam biasa dah tengah malam, Raihan jemput. Simpati. Dengan badan panas drive tengah malam jemput isteri dekat office. Aku cakap terimas kasih, die balas terima kasih sebab sanggup kerja sampai malam. Pilu pulak hati. Terus datang fikiran esok masa year end closing macam mana? Masa tu bulan puasa sampai raya. Hari klimaks closing pun jatuh hari raya tapi dengarnya cuti raya pun as per dalam kalendar jela. Toksah mimpi nak apply cuti lah. Tapi tu bukan soalnya. Aku kisah dengan aku kena selalu balik malam. Sejak kita dah start hantar anak ke taska. Maka balik sharp 5.30 setiap hari, Raihan akan datang office sini pickup kami. Nanti masa year closing tu macam mana? Aku confirm paling awal pun lepas maghrib which is lepas buka puasa baru boleh balik. Dan rutin  tu berjalan untuk 2-3 minggu. Susah. Menangis aku fikir. Anak depan mata lagi, Raihan takkan nak korbankan malam terawikh dia kat surau, anak dalam perut lagi. Iye sekarang dah mengandung. Itu kejap lagi cerita. Esok dah bulan 6 ke 7, aku pun dah 6 ke 7 bulan. Ikut masa Auliya dulu, bulan tu selalu aku dah kuat sikit. Cuma letih lah hari-hari balik malam. Rumah jauh. Selalu bila mengandung Raihan berjemput berhantar datang kerja. Kebetulan anak pun dah hantar taska so kira sekali jalan la. Tulah aturan Allah. Cuma menjelang closing besar esok. Runsing hati aku. Tengah mencari lagi apa plan yang paling ngam masa tu.

Nak resign? ikutkan hati siapa taknak. Tapi ekonomi sekarang ni better hold kejap. Aku setkan dalam kepala position yang sekarang ni berapa ramai yang nak. Takkan nak buang gitu je. Sabar kejap. Anak pun nak 2. Fuhhh.

Setiap kali pun cerita sama je, penat kerja. Tapi sekarang dah makin besar skop dia. Tanggungjawab nak bertambah. Kaklong nak dapat adik, Ummi dengan Babah kena work very hard.

Sekian cerita sedih sebab hormon pembuka 2016. Lepas ni dah tak payah nak sedih sangat.