Friday, April 29, 2016

suri rumah

Last post pasal cerai susu, badan lembik bla bla bla. Boring.

Sejak sebulan lepas banyak hal jadi dalam hidup ni. Cerita berhenti kerja, birthday Auliya, birthday aku, kisah baby. Banyak aih. Ada jugak draft sikit-sikit tapi macam malasnya nak post. Ajaib betul.

Hal berhenti kerja. Aku decide nak quit awal sebab aku stress dengan environment kerja masa tu. Pregnant kan, memang paling cepat menyampah dengan mende remeh yang diperbesarkan. Sepatutnya aku nak hold lagi sampai bulan 5 tapi malas dah. Hari aku hantar surat tu memang langsung takde dalam kepala nak kena pas surat masa tu. Tapi kalau Raihan dah on, aku 10juta kali on. Dah brief la kelaurga masing-masing. Ibu selalu tak bagi aku resign tapi kali ni dia pun support. Family first kata dia. Mak as usual ok ja. So tu la buat aku memang takde rasa hesitate langsung.
Drama nak cabut, boss kecik adalah ajak lepak minum konon nak brainwash. Kemain sembang soal rezeki, dibaginya contoh orang yang resign duduk rumah lepas tu ekonomi teruk. Allahu. Negatif. Tapi tula mungkin Allah hantar orang gini untuk positifkan diri sendiri. Rezeki Allah bagi. Pegang jela tu.

Banyak hal dah fikir sebelum nak duduk rumah ni. Masa awal dulu badan selalu letih, yang lead to sakit kepala teruk. Aku makan panadol tapi tak jalan. Makan on time, tak jalan. Masa tu sokmo muntah tapi bukanlah mabuk beriye. Badan penat memang lagi la buat otak penat. Rutin kerja rumah Raihan take over tapi kesian dia. Esoknya still kena bangun pagi, drive hantar aku dengan Auliya pi office. So konon nanti resign aku boleh handle balik kerja rumah. Surprisingly weh, dah sebulan duduk rumah ni memang jarang sakit kepala teruk. Unless kalau terlalu panas, atau banyak tengok tv. Haha. Nak cakap badn letih pun tak jugak, ada anak nak membesar depan mata, kadang-kadang memang rasa nak pang jugak tapi anak kau kan. Stress dia bukan macam stress dekat office nun. Nak sakit pun mana mampu lama-lama. Dia sengih je dah cair.

Auliya selalu tak sihat pun satu hal jugak. Batuk selsema on off, badan panas. Yang mana masa tu dalam kepala mak pak dia bagi ubat cepat, esok dia baik. Kesian. Discuss dengan raihan, takpelah nak duduk rumah jaga lah anak dulu. Dah la aku selalu lesu masa tu, bila malam balik jumpa dia memang selalu tak larat nak main sama-sama. Mana nak mai bonding, pulak dah stop bf. InsyaAllah dapat tengok depan mata semoga sihat selalu. Aku pun buat mana mampu jela. Tapi syok ah. 24 jam melekat. Banyak dia punya milestone yang kita nampak dulu. Tang tu aku bersyukur sangat. Terasa rugi pulak lambat baru resign. Later buat satu post untuk dia. Haha.

Dan mestilah tak senang nak lepaskan kerja. Taklah nak cakap position masa tu stabil tapi kira oklah kan. Tapi kita percaya rezeki Allah bagi. Slowly la. Aku nak lepas nafsu untuk membazir tu pun macam Allah mudahkan. Tetibe this time takde lak terasa galak nak berjalan sana sini. Raihan pun tegur kalau dulu sibuk bukak website itu ini cari hotel murah, flight tiket murah. kali ni ajak pi aeon pun sejam dah bising nak balik. Letih. Duduk rumah lagi nyaman. Nak makan sedap dan mahal pun takde pulak. Aku dok bising nak apam balik pasar malam belakang ni tapi mana ntah makcik tu tak jual-jual dah. Harap-harap nafsu hidup low maintenance ni kekal sampai bila bila.

Nak sambung kerja balik? Plan asal cuti setahun je ni. Tengoklah macam mana, Raihan dah kabor duduk jela rumah. Takyah kerja dah, dia tak kisah. Adakah sebab dia pun rasa hidup dia teratur bila isteri dia adalah fulltime housewife? haha aku tak tanya lagi sebab kalau bukan tu jawapan dia macam sakit hati pulak.

Oh dan haruslah sebagai suri rumah zaman millenium kita kena pandai cari side income. Aku haritu start dengan jual shawl. Rezeki betul sebab laku teruk jugak. Kemain seronok supplier tu asyik update stok baru. Sampai aku pulak yang dok supply kat orang suruh jual. La ni dah slow sikit pasal jauh nak pi ambil stok. Dan satu lagi sebab aku hidup dengan hasil jual Tupperware. Ini pun tak tahu lah macam mana. Plan dia sikit je tapi dah malangkah jauh jugak ni. Nanti kena tulis jugak pasal tupperware ni.

La ni baru sebulan duduk rumah. So far ok. Nasib baik beli rumah dekat dengan rumah mak. Bosan-bosan aku lari sana. Dan dapat jugak tolong dorang selalu. Jadi supir. Dalam seminggu mesti paling kurang 3 hari kena bagi servis supir kat sana. Haha sampai demam la masa mula-mula tu. So ok lah. Sambil-sambil jaga suami dengan anak, dapat tolong family jugak. Ibu pun cakap ok lah tu dapat berbakti dengan kedua ibu bapa. Haha sambil-sambil aku pun berbakti dengan memastikan makanan kat rumah mak tak membazir =p

No comments: