Tuesday, August 9, 2016

Week 35

Dah nak dekat bersalin ni tapi entah berapa dekat tak tau. La ni asal baby move je kemain sakit rasa. Aku tak ingat la Auliya dulu macam mana. Budak tu terjah je, checkup 35 minggu dah dilate 4cm. Sakit ke apa tak ingat atau mungkin sakit tapi pasal sepanjang pregnant kan Auliya memang selalu sakit badan, sakit kepala ke apa maka sakit sikit-sikit jadi tak ingat. Ingat dulu doktor kata pain tolerance aku tinggi. Beza dengan yang ni. Jarang sangat nak sakit teruk. Pening kepala sejak duduk rumah takde dah. Sakit pinggang pun jarang-jarang. Kaki ni dari last week baru start cramp. Maka bila sakit perut semacam je mula la aku nervous. Nak beranak dah ke. Tapi khamis lepas ada braxton hicks contraction mai singgah. Kerap dan kerap. Masa tu tengah drive Mak pi hospital. Abah warded lagi. Ni sat gi cerita. Lepas hantar mak pastu pergi ambil adik balik sekolah. Fuhhh peluh merecik bak hang. Aircond dah sejuk tapi tak membantu. Baru kalut install apps contration timer tu. Tapi bosan nak pegang handphone fokus ke situ. Elok belek fb ke apa. 2 jam jugak melayan. Sampai rumah baring kejap rasa lega. 

Last 2 weeks punya checkup memang doktor kata kepala baby dah ke bawah. Tapi tak engage lagi la. Masa tu mengharap baby keluar awal jugak. Tak kuasa mak nak debar lebih tunggu hari. Tapi sekarang dah abah dekat hospital panjang jugak pemikiran aku. Kalau bersalin awal siapa nak tolong drive mak hari-hari ke sana. Pastu masa dalam pantang siapa pulak nak tolong tengokkan Auliya. Tapi fikir banyak pun takde jawapan. Kita plan jela. Allah ada la jalan termudah nanti. Kali ni kena pantang sendiri. Mak jaga Abah kan. Aku lek lek je kot. Baby masa kecik ok je asalkan aku cukup tidur. Haha. Cuma dah discuss dengan Raihan kalau boleh seminggu  pertama aku nak pantang betul-betul tahap manja paling malas. Pasal lepas tu nak berdikari sendiri kan. Positif sangat ni. 

Ni tengah sakit perut tapi aku lupa sungguh ni ke sakit nak beranak tu. Perut senak betul bila baby gerak. Siap whatsapp Lya tanya macam mana sakit dia tu. Dia cakap macam senggugut. Boleh la kot aku ingat sikit-sikit macam mana rasa senggugut tu. Dan paling pelik kali ni sakit bontot. Bukan sakit tulang area bontot tapi sakit bontot la. Tu 2 ketul bun tu yang sakit. Macam baru lepas jatuh terduduk dengan kuat. Tapi yela selagi tak sakit pinggang belum nak beranak la ni. Aku kejut Raihan saje cakap macam nak beranak je dia pulak yang cakap false alarm tu. Iyolah. 


No comments: