Friday, October 28, 2016

Pre labor story


EDD untuk anak kedua ni kalau ikut LMP patutnya 8 September. Tapi size baby kecik dari awal so tarikh tu dia drag lagi seminggu, 12 September. Bila scan pun around tarikh ni la. 

24 Ogos 2016, rutin checkup biasa. Week 37 kot. Rasa macam dah ada opening sebab baby bawah sangat. Bila drive terasa peha dengan perut berlaga. Paling syok siap rasa baby punya kaki ke tangan ntah meraba pehaku. Lol. Aku request untuk cek. Kemain terdesak sangat nak tau. In fact aku siap tanya Lya macam mana nak cek bukaan dekat rumah. Haha. So buat VE doktor cakap dah 3cm dilated. Masa ni rasa dah within a week mesti bersalin ni kalau ikut last experience kan. 

Tapi nak dijadikan cerita Auliya tak sihat. Mulut naik bintik biji 2 3 ketul. Risau HFMD. Aku gigih google and tanya kawan yang anak pernah kena. Sabtu bergegas bawak pi kpj. Tapi doktor cakap bukan HFMD pasal Auliya takde contact dengan sesiapa pun kan. Ok positif. Since dia masih nak susu dan makan 2 3 suap ok la. Demam pun takde. So monitor dari rumah jela. Kurus terus dia. Banyak drop berat. Seminggu jugak la baru recover. Bijik kat mulut pun hilang gitu je. Rupanya tak lalu makan pasal nak tumbuh gigi. Kemain merah gusi dia. Aku tengok pun kesian. Kalau kau camni mana ada rasa nak bersalin. Aku beriye doa tunggula sampai kakak sihat dulu baru adik keluar. Alhamdulillah makbul. Aku pun takde buat squat ke ketuk ketampi ke apa bagi cepatkan bukaan. 

Bila kakak dah sihat, seminggu lepas tu, 3 September barulah berlaku kes false alarm lagi sekali. Kuikui. Bangun pagi sakit perut. Dah syak mesti angin kot sebab lapar. Tapi nak jugak beranak cepat so gigih datang pmc kata nak bersalin dah kot. Tapi buat ctg takde contraction pun. Cek bukaan still 3cm. Orang kata yang kedua lagi cepat tapi aku tak gitu. Maybe yela sebab Auliya tak sihat, ada la tu aturan Allah. Tapi aku pulak yang tak sabar nak beranak. Boringnye nak menunggu. Doa jela Allah bagilah the best untuk kita. Redha. Since this time kita decide nak natural taknak drip syntocinon ke apa untuk force. Induce la jugak tu kan. So tunggu jela sampai lebam. Sebab masa Auliya doktor kabor aku restless sebab induce tu. Haha aku tak ingat. Tapi doktor dengan midwife ke nurse kat sana kenal sangat aku. Mengigau masa nak jahit. Maka untuk bersalin kedua ni mereka sangatla nervous. Patient payah nak handle. Haha. 

Next checkup masa dah 39week, 6 September. Dah dilate 5cm. Aku ingat kot dah 8cm. Lama benar dari 3cm nak ke seterusnya. Tapi at least dah half way. Penangan tengok Suits sambil squat, pastu dari depan pi dapur aku jalan itik. Haha serius ni tapi tak sampai dapur pun. Perut tak bagak macam masa Auliya so berjaya jugak la jalan itik. Ada masa siap berlumba dengan Raihan. Saja merapatkan rumahtangga. Kakakaka.

Ok serius, Masa checkup ni scan baby dah 3.5kg, doktor cakap baby macam membesar dengan jayanya. Seminggu naik 300gram. Ultrasound machine punye estimation la ni, so sebab baby macam besar kang nak tunggu-tunggu makin besar pulak. Maka buat CTG untuk cek heartbeat baby ok ke tak. Ikut last experience dia taknak aku struggle push baby. Kang lagi besar lagi payah. Pastu makin mengigau pulak aku kan. So esoknya disuruh admit jela. Early labor, force jugak, induce. Aku okayyy. Malas tunggu. Positif. 

Habis checkup, Raihan cuti half day, mula-mula plan nak jalan kat ikea pastu tak jadi la. Balik permata terus. Sempat jumpa makan-makan dengan mertua dulu. Mintak doa restu bagi mudah urusan esoknya. Dah balik rumah konon nak bersyahdu tapi penat plus mengantuk teruk. Tak sempat melayan perasaan. Tapi sesungguhnya aku sangat takut sakit kali ni. Ada perasaan seramnya nak meneran. Pulak bila doktor asyik hikayatkan je kisah masa Auliya dulu. Haha. Tapi baguslah, automatik terinject rasa positif. Come on Ika you can do it. Nak tunjuk kat doktor la aku mampu tau nak buat semuanya dengan gaya mak mak normal. Haha. 

Esoknya pagi-pagi hantar Auliya rumah mak. 

 

Monday, October 10, 2016

Aku dah tulis pre labor and labor story tapi benci la nak edit guna phone. (Sebab aku nak masukkan semua moment, so kalau ada yang tercicir lecehnya nak edit guna handphone tua ni yang selalu hang) Laptop dekat rumah, berpantang dekat rumah mak. Ini satu lagi hal. Dah 2 weekend habis gitu je tapi tak balik-balik rumah lagi. Oh cerita berpantang wajib ada slot sendiri. Aku memang nak tulis semuaa. Semua means semua dari mula sampai akhir. Semua. Pasalnya walaupun gap beranak bebudak ni setahun lebih je tapi jadahnya mak dia lupa almost everything. Aku nak recall contraction tu macam mana rupa sakit dia pun susah sebab post beranakkan Auliya tak detail. Haha. 

Dah sebulan beberapa hari. Aku nak diskaunkan hari berpantang ni tapi tak jadi. Nanti la cerita lain. Bye