Friday, November 18, 2016

Cukup cukup

Setiap hari mesti ada tulis sesuatu sebab macam hari-hari adalah hari baru. Macam eh semalam lain harini lain pulak. Tapi nak start dengan post ni. General yang general. Haha sebab aku rasa post lepas-lepas ni akan lebih spesifik tentang hari-hari yang mendatang. Sebab aku rasa aku dah banyak meraban kat twitter tapi perasaan dia tak best. 



Aku pernah kerja. Gaji tidaklah banyak tapi aku rasa mampu jugak nak memewahkan diri. Mewah bukan la pesen beli handbag beribu riban. Mewah rakyat marhaen yang mampu makan mahal sikit sekali sekali, mampu la nak impromptu berjalan dalam negara, bila benak datang mampu beli tudung mahal, perfume, nampak barang yang orang jual online boleh laju beli laju lepas pikir 2 kali, boleh lah beli handbag biasa-biasa, barang anak-anak boleh la beli yang sedap sikit. Tu kalau aku dapat bonus kemain laju check tiket flight murah. Aku siap cakap kat Raihan eh takpe I belanja. Gitu. Guna alasan self reward. Ya Allah seronoknya tulis perkara mewah seorang rakyat marhaen ni. Phuii. 


Dan sekarang, jadi suri rumah sepenuh masa, takde gaji tapi Raihan cakap dia bagi duit yang dia kata elaun setiap bulan. Lol. Dan sah-sah la tidak beribu macam gaji dulu. Berapa persen la sangat pun. Semua perkara "mewah" dalam kamus aku semua kabur. Boleh nak beli tapi kena menabung. Masa ni lah baru sedar bil api, astro, internet sama harga dengan perfume kau. Barang dapur sebulan sama harga dengan tudung mahal kau. Bayaran premium insurans sebulan satu family sama harga dengan handbag kau. Seronok betul aku buat perbandingan macam tu. Terasa kayanya aku sebagai rakyat marhaen. DULU. Bolehlah aku buat perbandingan berbau berlagak. Hahaha.  


Tu la aku mention kat atas bila benak datang kemain membeli, (baca: membazir). Sekarang kebabom, bila takde kerja atau takde gaji buat kau tersedar. Udang ketam kemain mahal lagi. Salmon pun mahalnya. Pampers anak bila takde diskaun mahalnya. Minyak kereta kehulu kehilir lajunya habis. Duit tol pergi shah alam mahalnya. Burger hipster rm25 gila ke apa. Boleh beli patty burger ramli, siap roti satu pek buat makan seminggu. Mahalnya bil eletrik bila pasang aircond. Ha tu dia punya uturn. 


Hidup 1 income tak senang. Sebab kita dah ada rumah, kereta, ptptn, cukai dengan bil rumah, insurans and parents. Ni fixed expenses. Total pun dah almost sorang punya gaji. So yeah realiti menakutkan. Of course bila tulis macam ni aku rase nak kerja balik sebab nak duit. Sebab tak suka nya hidup yang kena berkira-kira. Tapi anak-anak. So hold back niat tu dulu. Rezeki ada tuhan kata. (Dan post yang spesifik lepas ni berkaitan dengan anak, sekarang faham tak ini prolog?) 


Alhamdulillah. Sebulan lepas aku tender Raihan dapat order tukar department. Report directly to boss. Kerja macam flexible sikit. Walaupun dah takde outstation merata sebab konon-konon bila aku full time housewife aku nak ikut die pi kerja merata. Masa tu buat credit control, rajin la ke banyak negeri ikut client di la kat mana. Kerja baru sokmo ulang alik JB sahaja. Tapi bagus la income up sikit, elaun apa semua. So boleh la cover sikit-sikit. Tapi itu dia la. Duit dia. Dan dia suami. Duit banyak pun habis ke keluarga jugak. Haha. So aku rasa Raihan macam tak pening sangat nak adjust hidup susah kot. Ketua keluarga katanya. 


Aku la mungkin bermasalah sikit. Pasal gaya hidup mewah menggelabah tu aku sorang je. Tapi Allah nak permudahkan. Aku pun tak sangka aku mampu. Maksudnya, naluri dan nafsu dalaman ni, macam hebat jugak aku control. Sebab aku kan jenis kalau nak maksudnya nak. Kebetulan mengandung pulak, pesen anak kali ni malas nak merayap, nak makan lauk kat rumah, jimat banyak tu. Pastu kopi hipster secawan berbelas ringgit terlalu mahal maka hari-hari bancuh nescafe buh dalam freezer. Nak feel mocha sikit buat neslo beku. Ya ampun sedapnya minum air beku buatan sendiri. So kita improvise la gaya hidup. Cari seakan-akan sama tapi kau adjust lagi power. Haha. Bab shopping. Haritu purse hilang. Pastu teringin sangat nak yang baru. Tapi aku pendam jela. Sambil usha instagram yang orang jual nun jauh dari london sana. Fuh RM300 brand fossil. Installment pun diterima. Macam mampu je rasa tapi pergi balik dekat perenggan kedua, tang perbandingan tu. Maka hilangkah rasa mampu dah nafsu. Rezeki tuhan bagi macam-macam. Mungkin kau takde rezeki duit banyak beli barang mahal, tapi rezeki mampu tahan nafsu tu berharga sangat. Aku jumpa purse RM29.90 sebijik macam purse fossil tu. Tapi bukan leather la. Alahai beli la. Seronok betul. Aku gune purse tu macam guna purse. Dulu aku tak pernah beriye guna purse. Duit tabur dalam coin purse free souvenir dari Istanbul. Walupun duit kertas. Tapi kali ni, kemain cantik aku fully utilise setiap compartment dalam purse tu. Dapat baki duit dari cashier aku korbankan masa 10 saat untuk susun duit cantik-cantik dalam purse instead of aku campak je dalam bag. Power. 


Dan tuhan punya aturan lawa jugak. Walaupun katalah ada duit nak berjalan, tapi rasa membazir nak melancong sakan pasal duit bukan banyak kan tapi tuhan anugerahkan Raihan satu kerja 2 3 bulan sekali kena oustation. Walaupun JB je tapi tuhan bagi perasaan asal dapat bawak anak jalan mandi pool mandi bath tub dah la. Aku pulak dapat breakfast like a king. Mewah dah tu. Dan semua dia bole claim balik. Yaayy jela kitorang anak beranak. 


Dan dalam semua ni aku taknak selit pasal parents. Dulu depa invest duit kau pergi belajar tapi pastu kau taknak kerja balas balik duit dorang. How to say eh, doa jela rezeki mereka melimpah ruah walaupun bukan aku penyumbangnya. Ok. 


Paling syok adalah kau tak begitu stress sebab semuanya dah tak guna duit kau. Contoh, nak makan sedap takyah pikir kedekut, sebab bukan duit aku. Pasal kau bukan ada duit pun so takyah fikir lena pakai duit aku ke ni. Alaa camne ntah nak explain. 


Kesimpulannya Allah ada. Selalu. Hidup macam ni buat aku rasa sesuatu sikit. Tu lah manusia ni. Dia kalau susah baru ingat tuhan. Tapi Alhamdulillah masih ingat dan diingati. Dalam susah ada lah manis dia. Jujur weh tak senang. Duit punya hal kan. Kalau aku lupa diri memang gelisah jadinya. Otak memikir ligat nak cari duit. Boleh jadi hangin satu badan. Dan selalu je aku lupa diri. Dan ada je masa duit memang takde laki bini. 


Tapi kalau rajin pi la google "Qanaah". 



"Remember Me, I will remember you"-Al Baqarah, Ayat 2

No comments: