Sunday, December 25, 2016

Sorry

Auliya. 1tahun 9bulan. Fasa ni katanya anak-anak kuat tantrum. Yela kot. Auliya gitu la. Tak dapat dia boleh jerit sekuat hati. Cuma takde lagi tahap baring atas tanah menangis hentak kaki. Entah lah. Harap-harap takde scene macam tu. 


Jadi kisah dia, harini kitorang tengah lepak-lepak gurau dengan anak. Auliya ni mempunyai sejenis kaki menyepak yang kuat. Mungkin masa mengandung dia aku masuk stadium, Raihan pun rajin main bola. Tu la kot kesan dia. So tengah bergurau dia tersepak leher aku, kena tekak. Adoi wehh sakit betul. Sakit yang spontan airmata nak jatuh. Aku lari masuk bilik sat tenangkan jiwa. Ikutkan macam nak balas balik. 


Raihan suruh dia say sorry kat aku. Tapi suruh jela takde action. Dia pun tengah kendong Muhammad. Memang takla Auliya nak buat. Ok la bila aku dah tak rasa dendam, aku keluar bilik acah-acah merajuk. Aku dah agak mesti Auliya pun akan ajak main. Dia datang aku buat-buat pejam mata. Kahkah mak tak guna nih. Selang 5 minit dia datang lagi. Aku pegang dia nak usha mata dia. Pakar psikologi kata (kalau baca shared post kat facebook la) bercakap dengan anak kena lembut dan pandang mata dia. Aku selalu jugak buat. Kadang dapat la bertentang mata. Tapi tadi, Auliya dah detect ni mak dia nak bebel. Dia jerit sekuat hati "NANAK" pastu bla. Paling geram dia pergi baring pastu cakap "idor", tidur la tu. Siap pejam mata. Ya Allah sabar jela. 


Tak senang nak ajar adab kat anak rupanya. Patutlah ramai manusia kurang ajar. Haih bila tulis gini terus muncul rasa taknak anak aku jadi spesies yang tu. Semoga diberi kesabaran. 


 Hmm dan berita gembira. Masa tengah tulis ni tadi, Raihan datang bawak Auliya. Dia cakap "coyyi". Siap cium tangan, kiss pipi. Alahai anak. Semoga ummi ni sabar la nak habiskan didik kau pasal adab sopan dan budi bahasa.