Friday, June 9, 2017

Muhammad dah 9 bulan. Dia besar. Haha. Progress sekarang dah reti berdiri sekejap-sekejap. Sejenis budak terus merangkak tanpa mengesot. Orang kata tak elok sangat kalau anak skip satu step ni. Tapi be positive. Reason die rasanya sebab motor-motor sendi-sendi konon tak banyak bergerak kot. So aku paksa Muhammad merangkak sana sini. InsyaAllah semua ok je ni. So hariniii, entah la. Muhammad terhantuk dekat kabinet tv tu. Gusi berdarah, bibir bengkak. Tak tahu serius ke tak. Panik tapi aku cuba tak menangis. Masa tu tengah mandikan Auliya. Nak pakaikan baju dia tetibe bunyi gedebum. Lain sikit tak macam bunyi Muhammad selalu terhantuk. Bila angkat nak dukung bagi susu baru perasan kat bibir ada darah. Allahu. Retak hatiku. Nak cek tapi dia refuse. Tepis-tepis tangan aku. Ntah la budak-budak ni, ada level yang aku memang tak mampu nak lawan tenaga baby ni. Tengok dia susu ok je. Lepas tu mata galak tengok tv. Takde bleeding teruk. Bila dia tertidur, baru dapat cek. Kesiannyaaa. Dekat area gusi tapi belah atas. Panjang jugak. Doa kuat-kuat banyak-banyak ini bukan serius. Dia masih bole susu. Surprisingly makan bubur pun ok dah banyak dari biasa. So dalam sedih hati mak berbunga tengok dia makan elok tak buat drama.

Patut malam pergi jumpa dentist, tapi Raihan balik lambat. Masa dia balik pun Muhammad tengah mengempeng kaw-kaw. Sebelum tu pun aku terlajak berbuka lepas 10minit azan, mandi solat pastu makan nasi 2 suap dia bangun lagi. Lajak susu sampai pukul 9 baru berhenti. Konon nak masuk dalam buai, tapi dia bangun. Aku menangis kelaparan. Sedih. Emo.

Tadi elok dia main, takde merengek sangat. So doakan memang takde yabg serius.

Past few weeks, aku dah rasa taknak anak. Sebab makin tough. Auliya dah besar, betul la besar senang jaga. Tapi dia nak kawan. Jenis budak kuat bersosial, so main apa-apa kena berteman. Ummi jom main ni. Alaaaahai. Muhammad macam tu la. Sikit lagi nak dapat kaki. Tengah galak gerak sana sini. Aku memang ada gerak hati budak ni mesti terhantuk dekat kabinet ni. Tu la dok delay je nak order corner protector tu. Mungkin reminder la ni, anything pasal safety anak jangan delay weh. Dia pun sekarang merayap sampai ke toilet. Ada jugak jadi, aku leka main dengan Auliya, tetibe Muhammad muncul baju baju basah. Aduhai.

So yes aku tak tau ada anak lagi 1 macam mana nak handle. Baru 2 pun dah macam-macam. Ke memang macam ni. Entah la. Sekarang bukan soal malas mengandung ataupun sakitnya beranak. Tapi soal macam mana nak jaga anak ni.

Mungkin kalau aku kerja, aku tak sabar nak anak lagi. Mungkin. Paham tak?

Friday, June 2, 2017


Sejak Ramadhan ni aku macam insomnia. Jarang sekali tidur awal. Selalunya sejam sebelum nak bangun sahur la aku sibuk nak tidur. Macam sekarang dah pukul 4 pagi, aku tak tidur lagi. Konon nak battle square duck. Takde pun release malam ni. Tulah masalah. Aku tau tak patut beli, tapi entah. Aku tengah serabut dan sasau jugak ni. Aku macam hilang pedoman. Kacau weh. Truth to be told aku battle masa shawl haritu. Entah macam mana timing cun susukan Muhammad lepas tu bukak Instagram eh duck post depa dah up shawl baru kat web. Aiyoyo menggagau aku. Black and gold dah masuk cart, tapi out of stock la bila nak checkout. Pastu dapat mint, lepas tu sama kes. Lepas tu tinggal red, lepas tu baru sedar patut bila takleh checkout biar je, tunggu emel depa suruh proceed payment. So yeah lesson learned. Tapi boleh je proceed checkout. Success. Cuma aku taknak merah tuuuu. Memang nak jual balik tapi sampai la ni tak dapat-dapat lagi. Slow namatey poslaju.

Cuma entah aku macam lucky je. Macam apa aku dok berdebar nak sangat-sangat macam mudah je dapat. So jap bagi aku nak brag la pasal collection aku. Haha. Aku taklah fancy semua design dia. Sejenis bunga-bunga ni aku tak gemar sangat. So aku start dengan KLduck. Lawa gile weh masa tu. Baru lepas beranak si Auliya, rasa macam ok reward diri sendiri. Suka la design pelik camtu. Mana ada orang buh KLCC kat tudung. Masa tu belum lagi scene beratur panjang. Personal shopper pun tak up lagi kot, Pastu depa release square, bawallll. Masa kerja dulu aku gile bawal. Terus dapat beli 2 kaleidoscope. Entah la. Duit bonus ke apa ntah. Aku rasa masa tu baru closing, aku lepas closing kerja gila penat memang aku rasa diri aku layak reward diri sendiri. Yang tu sekarang harga dah double jugak tu tapi kalau yang lawa ler. Minimal pinmark konon. Pastu tote bag dia. Masa alphabet punya bag tu dah suka dah tapi takde duit. Lepas tu keluar pulak KL punya design. Nakkk. Pakai duit tabung lepas tu eh Raihan cakap takpe la die belanja. Bonus dah setahun duduk rumah katanya. Kah. Ok last, worldmapduck. Kali pertama dah eh uniknya. Lepas tu malas la amek tau. Lepas tu kecoh la salah print, so boleh dapat yang baru. Tula aku start slowly sibuk nak tau balik apa duck ni. Hebah lagi kes tudung 800. Kecoh. Masa ni semua baru tau duckkk, vivyyyyy, lapanratus. Aku gatal hari-hari tengok insta duck, meroyan nak mapduck. Lepas tu dapat baru Raihan belanja. Anniversary gift. Double kah. Pastu aku post kat instagram. Tetibe semua orang macam fuyyo pakai duck, fuyyoohhh. I was like, hellooo dah lama dah iols beli duck ok. Triple kah.

Ok ampun riak dan takbur.

Serius weh, aku nak stop. Aku tak mampu nak berbelanja begitu sebenarnya. Dan aku tengah menabung nak beli phone. Kalau tak beli phone pun memang wajib la menabung. Aku tak tahu macam mana nak stop. Aku dah unfollow. Maybe aku patut block pulak kot. Dan maybe patut jangan ada conversation pasal duck with anybody. Aku rasa nak bersujud doa ya Allah bantulah aku insan yang lemah ni. Entah la. Cerita dia, aku scroll ariani, depa jual shawl lagi lawa, harga RM109, aku kabor mahal giles. Stupid.

Ini tak patut. Aku tak kerja, takde income jadi kenapa aku menyusahkan diri.

Aku insaf.

Tapi honestly proud jugak dengan Vivy. Power weh. Duck punya scene ni dahsyat pergi dia. Depa punya LE yang blurred line tu bapak mahal gile sampai seribu lebih. So yela masa ni aku rase investment la. Tapi masalah aku, aku sayang nak jual balik. Dan mostly dah buruk sebab ada pinmark, yela aku cuck jarum sana sini. Sejenis kain licin aku bukan reti pakai, tak lawa pun kalau pakai sebenarnya. So takde maknanya investment, tapi tulaaa.

Aku insan yang lemah, bernafsu dan bongok. Yes I know. Dah la jom la sahur. Sahaja aku berpuasa esok hari.

Friday, May 26, 2017

Besok dah Ramadhan. Aku nervous ni, jaga anak 2 sambil berpuasa. Haha hari-hari pun berdebar tunggu apa la nak jadi. Jaga 2 anak sambil berpuasa, fuh tengok jela apa jadi. Harap-harap diberi kekuatan dan kesabaran jela.

Ni dekat JB lagi, ikut Raihan la macam biasa. Bosan sebenarnya sebab bila dia kerja kitorang bertiga duduk diam kat bilik. Tapi dah tak ingat ni trip ke berapa, makin terer jugak adjust masa. Breakfast akan awal sebelum dia masuk office. So lepas Subuh terus siap nak turun. Auliya akan bangun makan sekali. Lepas tu naik bilik, buat bilik gelap, semua orang wajib tidur. Nanti nak zuhur baru bangun. Haha pastu busy mandi makan main tuptup dah petang Raihan balik. So tadi first time aku bawak anak pi mandi pool sendiri. Sebab bapak dia balik lambat, macam kesian pulak Auliya. Doa banyak gila bagi semua smooth je. Dorang memang jenis suka air so ok la. Muhammad jela patut tu time tidur dia tapi kena paksa main, maka sekejap je dah nangis nak susu. Auliya duduk tepi kolam sambil aku bagi susu kat Muhammad, dah sudah tu mandi balik pastu dah la. Sebelum Muhammad lapar balik nak tidur elok naik dulu. Aku consider Auliya puas la tu dari tak dapat.

Esok nak balik dah. Tak tahulah check out pukul berapa sebab tak tahu Raihan habis kerja pukul berapa. Aku harap awal supaya sempat food hunting lagi. Kahkah. Dah jauh ni masa ni la nak merasa ke sana sini. JB best sebab serabut. Kat celah office building ada rumah teres, pastu ada hotel, pastu ada kedai makan, pastu kubur. Haha. List kedai nak makan dah banyak boleh tick. Tapi tula, setiap kali makan sedap mesti anak buat scene. Last time makan dekat Bigfood. Dah la emo sebab waze lead ke lain. Pastu dah sampai, kena tunggu table kosong sebab ramai gile. Panas. Anak cranky kaw kaw. Serentak. Makanan sampai, portion bapaknya besar. Tapi mampu tengok jela. Auliya menjerit, Muhammad menangis. Panas. So lebih kurang sejam jugak makanan sejuk kejung atas meja sampai Muhammad tertidur sambil menyusu. Auliya pun dah penat dan lapar. Lega bila sorang anak dah tidur so handle lagi sorang. Kitorang dekat situ dekat 3jam. Dari sepenuh kedai sampai dah nak tutup dah. Memories!

Semalam jadi lagi. Makan best jugak, dekat Restoran Tulang ZZ. Tricky habis tempat dia. Selesa la sebab ada macam pondok. Tapi tula, Auliya jenis geli nak pijak lantai kalau bepasir. So pondok tu pasir sikit jeeeee. Sepanjang makan sana langsung taknak jejak lantai. Berpangku. Imagine bapak dia nak hirup straw kat gearbox tu camne. Kaki lenguh, muka stress. Tambah lagi Muhammad menangis bosan nak panjat meja. Cuma kalini diskaun sebab ada kipas besar so tak panas. Tapi taklah diskaun sangat sebab sampai nak habis makan dorang taknak kompromi. Kah!

Tadi pun sama, kawan Raihan belanja dinner. Jauh nun kat Gelang Patah katanya, makan atas laut. Auliya cranky la sebab kena kejut bangun makan. Menangis nak bapak dia. Tapi bapak busy la kena layan kawan tu, kawan belanja kan. So gigih la aku dukung pusing kedai tengok laut, tengok ketam. Tak lama pastu Muhammad bangun. Fuh. Nasib masa ni dah nak habis makan, dah kenyang dah boleh ajak balik.

Kadang boleh faham kenapa orang malas nak berjalan bawak anak. Haha. Tapi kalau tak bawak anak tak berjalan pulak. Walaupun pesen kitorang ni jalan malam je sebab siang kerja, tu pun dah cukup rasa macam 24jam dah dekat luar layan kerenah anak. Jadi nya, aku berkira-kira nak tambah anak lagi. Haha serius tak sangka boleh ada pemikiran gini. Kau duduk rumah, jaga anak. Itulah kerja kau. Kalau beranak lagi, makan bertambahlah kerja. Kannn. So tengoklah. Haha.

Ni dah pukul 3pagi, aku tengah segar ni. Layan youtube sebelah ni ha. Mungkin dah patut stop and packing barang kot.

Friday, May 12, 2017

Dah setahun lebih sejak berhenti kerja. Aku takut aku lupa susahnya cuba berjimat.

Raihan very strong. Dia kental. Bila jimat dia jimat. Takde kompromi. Masa ni duit dia jaga. Aku in charge duit dapur je. Tu pun selalu tak cukup. Hahaha. Macam mana strongnya Raihan? Mende kecik je kot untuk certain orang tapi untuk aku nampak gagah dah.

Kitorang guna digi prepaid. Aku ni batak. Jenis tak mampu hidup takde data. Social media sebenarnye. Raihan tak. Sejak dari aku tak kerja tu sampailah dia dapat first komisyen kerja takaful dia barulah dia topup. Data yang RM28 untuk berapa gig ntah. Sampai sekarang. Haha jimat weh dia.

Ada satu tu time rambut dia panjang. Pesen rambut kembang ni kalau pendek pun nampak lebat je. Nak pi gunting rambut yang beberapa ringgit je pun dia taknak. Jadi, aku jadi barber. Hahah ni lawak. Kesian sangat, memang tak kemas aku buat. Setiap hari lepas balik kerja aku alter rambut dia. Makin tobek. Kitorang buat gelak jela.

Selipar putus, dia beli selipar kat kedai RM2 yang kalau orang besar gitu pakai kejap je nipis. Pastu bila licin boleh jatuh. Tang pakaian tak bertukar toksah cerita. Last beli kemeja dia 2 tahun lepas jadi itu jela baju ke kerja hari-hari.

Ada offer main bola atau futsal tak nak pergi sebab nak jimat. Tapau makanan dari rumah. Alahai.

Oh baju hujan dia pernah koyak. Yela baju tu free je dapat masa beli motor. Orang besar pakai baju free size tahan sekejap jela. Kesiannya tengok dia balik rumah basah kuyup. Kalau tanya kenapa tak tunggu reda hujan baru balik, dia jawab kesian kat aku jaga anak sorang. Aku pun korek la tabung kirim kat adik tolong belikan baju hujan mahal sikit tapi paling murah. Alhamdulillah ada. Sampai la ni kalau hujan takdelah dia kuyup macam selalu :')

Kadang bila aku teringin makan luar dia kabor kenyang. Order 1 je, tapi mustahil dia kenyang kalau aku lapar. So aku acah-acah tak larat habiskan, nanti dia pulak makan. Haha cerita dah macam papa kedana kan tapi dia punya nak jimat untuk barang yang bukan essential tu power.

Cerita dia ni selalu buat aku taknak berhenti tulis. Cerita yang nak cerita dekat orang pun tak syok tapi nak share jugak. Ini jimat duit, dia punya tahan emosi dengan angin aku lagi. Kahkah.

Allah sayang dan Allah sentiasa nampak dia sebab sekarang anak-anak dan aku boleh kongsi rezeki dia. Semoga sentiasa berterusan dimurahkan rezeki.

Wednesday, May 3, 2017

Alhamdulillah dah selesai balik rombongan. Journey nak balik lama gila. Dari Jeti Langkawi jam 11pagi, lepas tu shoot pergi Padang Besar. Sampai sana dalam 2.45 petang kot. Letih la. Tempat tu mungkin seronok nak shopping tapi dengan anak 2 ni takpe lah. Raihan being so nice, dia offer jaga anak kat luar sat, so aku dapat la tour belah dalam pasar tu sekejap. Panas gelegak cerita dia. Dengan sempit lagi. Konon nak cari jersi bola anak tapi takde size pastu season epl pun nak habis dah. Sudahnya shopping kipas je. 1 kipas kembang manual guna tangan. 1 kipas kepit kat stroller, 1 kipas pegang kat tangan tapi ade 3 speed. Wakakaka. Dengan Auliya berak nya. Kisah dalam toilet ni Raihan asyik mengeluh je tapi dia tak cerita lagi. Mungkin pengalaman cebok anak paling ngeri untuk dia kot.

5.30 petang gerak balik, sampai rumah jam 3.30 pagi. Hahaha thrill gile. Lepas dah hadap semua ni sebenarnya taklah teruk mana, tapi yela sebab dah buat. Pada masa dan ketikanya tu berpeluh mak pak dia. Aku malas nak naik bas dah dengan anak kecik. Tapi sebenarnye naik apa pun sama je. Raihan nak repeat lagi Langkawi ni, pasal mangrove tour kitorang terlepas. Aku cakap boleh, tunggu tefal aku jahanam dulu. Hahaha. So yela trip anniversary 4 tahun kahwin. Auliya 2 tahun 2 bulan, Muhammad nak masuk 8 bulan. Nanti kalau ada anak lagi macam mana la rupa dia.

Sunday, April 30, 2017

Semalam kitorang just masuk 3D art museum jela sebab tak pernah lagi. Cable car dah banyak kali naik. Lagipun fikir kang Muhammad cranky panic aku dalam cable car tu. Aku gayat. So dalam muzium tu Auliya aktif. Bagus la. Muhammad mula-mula menangis sebab tengah tidur kena kacau. Parking tepi jap bagi susu pastu happy dah. Oh before tu kitorang buat scene. Mak bapak beriye nak bergambar kan, so letak je Muhammad meniarap pastu dia menangis. Memang in character la. Pasal background gambar gaung. Hahaha. Macam retis masa tu semua pandang. Lepas susu, dia happy sebab dapat bergolek-golek. Tu jela buat semalam.

Harini best. Pagi lagi dah pergi Idaman Suri. Aku memang nak periuk kuali Tefal. Last time beli size besar so nak yang sedang-sedang je. Raihan baik. Dia on je semua. Aku sungguh happy. Hahahha. Sampai senduk kuali pun aku beli. Pisau pun. Hahah. Lepas tu shopping coklat. Raihan la suka. Syurga dia kononnya. Cuma aku nak lunch dekat Laman Padi tapi maybe kitorang datang ramai, jadi dia tak boleh nak serve semua. Kena booking dulu. Ok sedih. Tapi petang naik parasailing lagi. Yayyy. Best. Kali ni lebih steady pasal dah reti. Lepas tu makan laksa then pi pasar cari putu buluh. Last time abah beli sangat sedap. Dapat. So happy la today. Dapat semua. Esok nak balik. Naik feri, naik bas. Hahaha tak tau la nak rasa apa. Ada penambahan dalam tentatif nak pergi Padang Besar. Hahahaha jela dulu

Langkawi lagi

Dah 1:38 pagi, dekat Langkawi ni ha. So post ni akan skip segala cerita. Sebab harini sangat memorable dan taknak lupa. Datang mai sini naik bas dan feri. Aku tau akan jadi susah dan leceh, tapi fikir ada family so maybe tak susah. Ini family trip, satu bas. Ada jenis yang takut naik flight so dorang nak naik bas la. Aku malas nak join, baru lagi kot balik Langkawi haritu. Jalan dekat Langkawi​ pun aku ingat lagi so memang berat nak ikut sekali. Tapi again, family kan. Bila lagi. Dan of course tefal. Tak sabar tunggu esok. Lol.

Dan cerita dia, naik bas semalam sangat penat. Aku biasa la pesen packing last minute. Bas sampai jam 10malam, 10.15 baru aku sampai. Petang tu sempat lunch sushi konon anniversary lunch. Tu cerita lain. Muhammad memang cranky sikit 2 hari lepas, malam semalam tu ada dedar sikit, suhu 37.6. Aku tidur jam 4 pagi sebab every setengah jam dia bangun menangis cari aku dan susu. Risau tapi positif jela tau mesti nak jalan nanti sihat. Memang pun. Tapi aktiviti tidur dia lari sikit, kurang tidur siang dan jadi sensitif dengan bunyi especially suara Auliya. So dalam bas, naik je dah menangis sebab mengantuk kan dah pukul 10. Bagi susu, takmo diam. Mata pejam. Kalau baring boleh tepuk-tepuk. Sumbat susu, minum sikit lepas tu nangis lagi. Lama sampai berjam-jam. Dia senyap bila terlena di pangkuan dan pelukan. Seat bas, sempit. Kitorang bawak car seat, tak membantu. Plan nya sebab Muhammad berat so takkan aku nak pangku 8 jam. Bawak carseat mana tau mudah sikit. Tapi tula. Taklah 8jam aku memangku tapi 7jam kot. Nak menangis. Penat gila sebab takboleh nak tidur. Nap la sepuluh ke 20 minit tapi dalam bas ni bising orang tengok movie Dilwale so nap sambil janam janam janam. Choi. Bahu dengan belakang memang sakit. Aku sampai tak mampu nak mengunyah bila nak breakfast sebab terlalu penat. Muhammad langsung taknak dengan orang lain even babah dia. Tough.

Dekat kedai makan dekat jeti, masa breakfast dia buat scene. Menangis tak berhenti. Dia besar, memang orang suka tengok baby besar tembam gitu, bila menangis lagi orang nak tengok. Aku dah malas nak panik so hadap jela. Kita lap dia, tukar baju nipis sikit pastu bla dari kedai. Dekat jeti Raihan carry dia sebab aku nak pitam dah. Dalam feri, sejuk nak mampus  nasib ada nursing cover aku guna bungkus Muhammad. Dia sedap tidur berpangku waktu ni, ada la sekali dua terjaga selama sejam ride ferry tu. Aku try power nap. Cun dapat 2kali 10 minit. Oksigen dah pam. Mak kembali excited. Babah cakap takpe nanti kita beli tefal extra. Hahahaha. Okbye. Dah pukul 2 pagi.

Wednesday, February 15, 2017

Aku sekarang tak tahu nak rasa apa. Tahap malas nak fikir. Sebab hidup ni mengejutnya. Harini lain esok lain. Handle 2 anak ni susah weh jujurnya. Aku tau la lagi cakap susah lagi susah jadi dia tapi dah memang susah nak buat camne. Macam Muhammad sekarang dah 10kg. Aku cakap berat tapi orang tua cakap jangan sebut anak tu berat, cakap la semangatnyaaa. Ceh jadahnya la. 10kg tu dah memang berat so berat la. Nak dukung senang, nak dukung lama-lama susah.  Pergi dapur pastu nak patah balik je pun dia dah melurut ke bawah.

Auliya, menangis tak tentu hala dah hobi dia. Entah dia dah cakap tapi aku tak paham atau dia yang nak cakap tapi dia tak paham. Aku menahan sabar hari ke hari dari melepuk budak ni. Serius weh sampai menangis jugak aku tengok Auliya ni ape ke hal pesen camni. Nak tu, nangis. Dah bagi pastu taknak pulak, nangis lagi. Sejenis menangis terjerit pekik. Bingit. Tak senang. Allah permudahkanlah. Bagilah aku keimanan dan kesabaran.

Tapi tuhan maha adil kan. Susah tang jaga anak tapi tang lain diringankan. Syukur nikmat jela.

Aku nak bagitau pasal handbag. Aku beli klduck tote bag. Sat gi sampai la kot. Aku tak suka pun pasal takde zip. Selesa lagi longchamp aku tu kot sumbat segala harta karun. Nafsu. Dah lama nak sangat beg duck tu. Haihh senang cakap tak sedar diri dah la tak berduit sibuk nak beli barang mahal. Orang tanya tak beli tudung duck dah? Aku kabor takpela kot dah pernah merasa. Tapi bag duck belum rasa tu pasal nak sangat mengada-ngada. Tengoklah tahap mana nak jatuh cinta kang. Aku gelarkan ini reward sebab beranakkan Muhammad. Raihan nak belikan tapi aku taknak. Sebab dia kena bagi emas. Haha.

Budak-budak tidur. Baru ada masa nak tulis. Last post pasal labor story panjang ya amat tu berbulan aku edit, squeeze segala mende. Haha. Muhammad pun dah 5bulan. Sihat Alhamdulillah. Oh dan bulan depan Auliya masuk 2tahun. Kitorang plan nak buat birthday party ala-ala tak party. Bagi dia kek pastu nyanyi ramai-ramai. Plan nak ajak family je tapi nak cari tempat yang murah dan makanan yang sedap dan kena tekak semua orang tak senang. Dan yang kids friendly. Taknak buat dekat rumah sebab malas dan sukati la nak buat dekat mana-mana pun. Haha.

Friday, January 20, 2017

Labor story number two

7 September 2016. Doktor tulis dekat admission slip patut datang pukul 8pagi. Tapi pukul 9 baru sampai. Sempat singgah beli karipap jap. Masa tu jalan jam la orang nak pergi kerja. Sampai je nurse cakap takde single room. Takpe. Anak kedua, rasa gagah je kalau tidur sorang pun. Haha. Asalkan contraction kena berteman. Sampai je tukar baju pastu dia cucuk ubat bontot kasi berak. Takyah tunggu lama memang sekejap jela. Aku dah la dah 3 hari tak membuang. Lega rasa. Lepas tu dia kasi breakfast. Kenyang. 


Midwife nama Kak Ani, yang attend masa Auliya dulu datang bagi ubat. Aku lupa tanya nama ubat. Tapi ubat tu quarter je dari sebiji. Doktor dah cakap fungsi dia macam nak force contraction jugak. So should be aku akan sakit. Maka sebelum sakit datang menjengah elok aku tidur dulu. Dapat la 2 jam. Bangun makan lunch. Takde sakit pun lagi. Dalam 12 lebih doktor datang. Dengan muka serius. Haha something pasal Doktor Ratna, karakter masa dekat klinik dengan masa nak beranak beza betul. Dekat klinik dia sangat friendly lahai, macam akak-akak je. Tapi bila nak beranak memang bawak watak doktor strict la. Dalam labor room lagi la garang. So dia datang wad nak pecahkan air ketuban, pastu sapu ubat mende ntah untuk lembutkan faraj kata dia. Aku syak die dok urut perineum sekali. Patut nak drip syntocinon dah tapi nurse mai ajak pi labor room. Melayan dalam labor room la ni. Masa tu zuhur. Bila nurse drip je tak lama terus sakit. Memang sekejap je effect dia kali ni. Sakit datang tak bagi salam. Nak memekik jugak la. Apesal mengejut sangat. Tapi buat lek-lek jela. Hypnobirthing. Lol. Bagi Raihan pi zuhur dulu. Surau pmc tengah renovate, maka kena jauh la dia menapak. Dekat setengah jam la kot aku sorang. Tengah sakit, rasa lama betul. Memang aku dok call je Raihan suh balik cepat tapi dia bukan angkat pun. Aku dok pusing sana sini. Since ctg machine tu dia tak pasang so aku bebas la nak buat apa pun.  Tapi paling selesa mengiring la. 


Aku perasan start pukul 2 sakit dah makin best. Rindu Auliya. Suruh Raihan call mak nak cakap dengan Auliya, tapi dia tidur. Masa tu terus lega sebab maksudnya dia boleh tidur dan tak meragam. Pastu aku ingat mati, ingat dosa. Fuhh. Mulut tak ingat nak zikir ke apa tapi tula fungsi suami kan. Contraction ni sejenis sakit yang buat otak pun takleh fikir banyak. Aku cakap kat Raihan aku punya pesen jangan cakap zikir, tapi zikirkan apa yang aku kena zikir. Paham? Jangan suruh istighfar tapi cakap astarghfirullah tu berulang kali baru aku mampu ikut. Gitu sekali gaya dia. Otak benak. Midwife Kak Ani pun very helpful. Dia pun suruh bernafas panjang bila sakit. Dia pun dok berlakon sama tarik nafas panjang pastu lepas. Pastu ajar Raihan picit dekat belakang pinggang ni. Memang perfect spot wa cakap lu. Raihan dok urut situ je all the time. Aku tak mintak tukar tempat lain dah. Everytime sakit datang dorang pakat suruh imagine terbang tinggi jadi burung. Tarik nafas dalam-dalam pastu lepas. Aku ada baca ni dalam buku hypnobirthing tu. Tapi haram nak ingat. Dia suruh imagine bunga blooming la. Choii. Rupa bunga pun tak ingat camne dah masa tu. Contraction kali ni maha sakit tapi boleh la handle berkat teknik bernafas yang betul tu. Every single pain tu aku menghayati sangat. Memang sakit. Haha. 


Aku pesen suka bercakap bila sakit. Geram pulak bila midwife tinggalkan LR. Nanti tinggal berdua dengan Raihan bukan dia reti nak layan sembang aku. Pasal dia pun dok kalut control emosi. Bukaan sangat lambat. Aku rasa average every 15minit aku suh buat VE. Rela saje. Masa ni la Kak Ani ajar lembutkan semua body. Time tu dia urut perineum kot. Dia cakap nak tolong cepatkan bukaan ni. Aku nak angkat bontot langsung tak jadi. Automatik body relax. Bagusnya kali ni aku boleh terima arahan. Mungkin belum mabuk lagi. 

Almost 3 petang Kak Ani dah kena balik. Tukar syif. Tu pun dia dah terlajak pasal aku tak bagi balik. Kakak midwife baru yang ganti tak tau apa nama. Tapi tengok muka macam garang. Aku siap cakap "Akak jangan marah-marah saya tau. Nanti saya stress nak push". Speechless akak tu. Haha tetibe patient sound pulak kan. Sudahnye dia pun mai join picit-picit sambil sembang. Aku cakap sakitnya kak bersalin ni, kenapa la orang perempuan sanggup. Sat gi dia balas memang sakit bersalin ni, kalau nak nangis awak nangis je. Haha. Skin to skin effect dengan midwife ni bagi hormon bagus merembes la. Aku jadi lagi relax. Tapi bila sakit datang taklah relax sangat. Pulak tu dah la time sakit tu la doktor nak masuk. Asyik la cakap awak nanti anak ketiga ambil epidural. Haha aku pun sambut betul doktor, saya tak sanggup sakit lagi. Haha. Hampeh. 


Masa 7cm aku mintak painkiller. Tak sanggup dah. Pethadine. Inject kat bontot. Last time masa Auliya bila mengantuk aku lawan. Tu yang restless. Kali ni bila mengantuk aku tidur. Simpan energy. Every 5 minutes memang terjaga bangun sakit. Kesian Raihan dia berdiri je dalam LR. Aku dah la mengiring kejap kiri kejap kanan, dia wajib urut spot yang sedap tu. Seksa jugak tangan dia. Tak campur lagi aku dok tarik pelik lengan dia kuat-kuat. Membongkok jadinya. Haha. Tapi setiap kali sakit aku suruh dia doakan aku. Power jugak doa dia. Memang relax lagi jadinya.


Sebab nak borak jugak aku tanya

"Kak berapa cm baru boleh teran? Saya tak sanggup nak tunggu 10cm"  

"Eh janganlah teran nanti rahim bengkak" "Tapi saya tak tahan sakit sangat ni"

"Biasa 8cm tu dah ok la jugak"


Klimaks 3.30, aku dah berpeluh panas. Masa Auliya dulu Kak Ani yang cakap kalau dalam sejuk pastu tetibe peluh dah time la tu. Tapi baru 9cm dilated. Ahh aku tak kira. Lagi 5 minit aku cakap jugak aku nak berak. So kesan ubat mengantuk tu, aku layan tidur lagi satu round, aku bangun aku terus cakap "nak berakkkk" 9cm ke apa aku dah malas nak layan contraction. Doktor masuk. Muka garang. Tapi gelak bila dorang cakap aku sayang kak Ani sampai tak bagi dia balik. Dia senyum. Relax lagi aku. Datang lagi sorang nurse. So kitorang berlima dalam tu. Aku sempat suruh Raihan standby handphone nak record. Memang kitorang dah discuss kalau tak berani record video baby keluar pun dapat record suara jadi la. 


Pastu as usual kaki aku akan cramp. Haha. Ikut Auliya dulu haram doktor nak bagi lurus kaki. Tapi kali ni akak nurse tu relax betul. Aku cakap saya cramp nak luruskan kaki. Doktor geleng tak boleh. Akak tu yang cakap bole boleh. Siap tolong urut lagi. Haha. Leganya. Bila dah ok ready to push. Sekali push tak jalan. Doktor suruh minum air. Ambil energy. Raihan kalut nak amek straw. Aku cakap tak payahhh i teguk camtu je. Haha. Lepas minum kembali beraksi. Push keluar kepala. Lega pasal air pun keluar sekali. Panas je. Pastu every time push nurse akan tolak katil. Oh position dia semi sitting. Nurse akan tolak kepala katil sampai aku dalam position macam duduk. Tangan memang dekat lutut. Relax je position ni sebab bontot kau dah steady and stabil. Takde risk bontot terangkat ke apa. Cuma jangan gelabah jela. Sebab dulu first time aku gelabah. Dan aku tak tau pun dulu doktor nak buat position semi sitting. Rugi. 


Pasal push. Aku ada 2 ke 3 kali give up nak push. Sebab midwife asyikla cakap "ok sayang one big push lagi sekali. One two three." Aku teran tapi tak keluar habis jugak. Haha pastu putus asa. Everytime dia suruh one big push je mesti aku give up. Sebab tak mampu betul. Aku rasa aku dah menghampakan semua dalam tu. Tapi semua dalam tu dok sayang sayangkan aku. Kemain depa cheers bagi semangat. Doktor pun siap " Bagus Zu, kali ni awak bagus. Awak boleh buat ni." Haha semangat jugak aku jadinya. Lepas tu keluar jugak anak soleh. Pukul 3.58 petang ikut jam dalam tu. Alhamdulillah normal. tak de gunting. Mengucap syukur aku. Ikut video Raihan tu dalam 5minit proses ni. Tapi aku rasa berjam-jam sangat lamanya. 


Next is skin to skin dengan baby. Haha geli weh. Baby lendir-lendir tu kan. Aku pegang gitu jela. Sambil cakap "anak ummi", dengan suara serak ala pondan. Tak ingat muka anak macam mana ntah. Dah terbaring masa ni. Tapi aku ingat aku tanya kenapa baby tak menangis. Lepas Raihan potong tali pusat, nurse ambil baby pastu masuk tiub ke apa ntah dalam mulut baby. Ha baru dengar suara menangis. Lega. 


Nak keluarkan uri pulak. Doktor tekan perut. Dia cakap takyah teran. Tapi aku rasa nak berak lagi. Automatik kaki naik position macam nak beranak. Doktor cakap "takpe nanti uri keluar sendiri." "Eh tak boleh doktor saya nak berak gak." Push la sikit pastu keluar uri. Lega. Aku dengar doktor dengan midwife cakap besarnya uri awak. Patutlah nak teran. 


Next is doktor cucuk bius nak jahit sikit. Katanya jahit luar sikit sangat. Dalam takyah jahit. (Kahkah detail aku tulis. Penting ni.) Masa ni kaki aku lenguh gila so aku mintak nak lurus kaki. Tapi katil nak beranak kan sampai bontot je. Nurse yang baik tu cakap boleh, dia ambil kaki kiri buh atas troli yang penuh tools tu. Doktor dok geleng je. Haha. Pastu aku tertidur. Bangun je dah pukul 5. Tengok Raihan kat sebelah. Im proud of you kata dia. Aku dok ok ok. Pastu aku tidur balik. Mamai. Haha. 5.30 baru bangun. Nurse tolak masuk ward. Aku mamai sikit dan letih tapi mintak baby. Baby tengah grooming. Potongg kuku la apa la. 


Pastu Doktor Zarul visit. Dia cakap mak kecik tapi baby besar. Duhh. Baru tau baby 3.7kg. Tapi dalam otak aku tak register lagi 3.7kg tu besar. Esok subuhnya baru sedar.  Hal nak jumpa baby ni dekat maghrib batu dapat jumpa. Muka biru lebam. Kesian. Rupanya bile kepala dah keluar bahu dia sangkut. Bahu dah keluar tapi tersedut balik. Terbelit sikit tali pusat kt leher. Alahai anak. Muka apek sangat dia masa ni. Bengkak, biru, lebam, mata sepet, hidung penyek. Syukur sempurna. Alhamdulillah. 


Selesai. 


Masa postnatal checkup yang aku semangat nak pergi sebab aku nak tau luka dah baik ke belum. Masuk je bilik doktor, dia terus tanya awak nak rancang guna apa. Haha hampeh. Lepas buat pap smear, aku saje ajak doktor sembang. Masa dalam LR dia ada mention bukaan aku lambat sikit sebab apa ntah. So saje nak suruh dia recall apa dia cakap. Bagusnya dia tak ingat. Kalau dia tak ingat maksudnya kes aku dah jadi kes biasa. Bukan lagi patient yang dia susah nak handle. Hahhah 


Sekian. Anak seterusnya? 2018 mengandung, 2019 beranak? Ok?

Harta

Aku nak tulis pasal anak. Harta aku. Lately ni selalu la aku dengan Raihan discuss financial planning kita. Tapi perbincangan sihat la. Update progress kerja dia macam mana. Ada naik gaji ke, bonus ke apa. Hahaha. So selalunya bila cerita pasal duit kepala jadi serabut sikit sebab banyak cabang duit tu nak pergi. Tapi masing-masing belajar sangat-sangat untuk redha. Pasal duit kalau tak betul cakap boleh gaduh teruk kang. 


Satu malam, Raihan dengan anak-anak tertidur depan tv. Bersepah gayanya. Aku tenung sorang-sorang. Alahai harta aku. Sayu betul hati. Tapi automatik rasa kaya. First time Allah bagi perasaan macam tu. Rasa itulah harta paling mahal paling berharga. Rasa sayang tak berbelah bagi tu yela memanh ada. Tapi ni lain. Aku pun tergerak buat solat sunat, beriye sujud menangis ucap syukur. Perghh perasaan tu membuak-buak dalam hati sekarang ni. Camtu lah. Macam nak sangat sesuatu lepas tu dapat lepas tu rasa syukur sangat melampau datang. Kebetulan sebab aku sorang kot tu yang beriye sujud. Janganlah hilang rasa ni. Sebab ni macam pemangkin jugak buat diri redha dan tawakal. 


Anak-anak makin behave. Kot. Haha. Auliya bulan ni macam dah reti ummi marah, kadang-kadang aku tertepuk jugak dia. Dia paham, itu maksudnya jangan buat jahat dah. Risau jugak aku tapi fikir yang baik-baik jela. Sebab respon dia lepas kena tepuk tu terus diam jadi sopan. Masa tu aku cepat-cepat peluk cakap sorry, ummi sayang kakak. Tengok gaya macam dengar kata la. Harap-harap lepas ni dengar kata terus takyah tepuk-tepuk dah. Auliya pun dah terer menyanyi. Choi sangat. Aku ajar abc 123 takde pulak dia mengikut. Tapi lagu kat tv laju je hafal. Step menari pun cepat tangkap. Seram jugak kan. 


Muhammad dah 4bulan. Dah reti meniarap seminggu sebelum 4 bulan tu kot. Power jugak sebab badan berat tapi pandai pusing. La ni suka nau tengok tv, suka bebel, suka diberdirikan. Fuhh. Allah bagi pasal aku pun kuat kann. Haha. 


Cumaa dorang ni sekarang suka tidur sekejap-sekejap pastu berganti-ganti. Kacau gak aku. Letih jadinya. Kadang tu sampai menggigil tak sempat makan. Start enjin kereta lari rumah nenek. Reti pulak dorang dok diam kadang tu. Entah sampai bila nak main lari-lari ntah. Hilang terus power mak. Haha


Lepas ni apa lagi perangai ntah. Harap tak mengarut sangat la. Aku risau gak aku hilang sabar aku tepuk lambung malampau kang.  

Wednesday, January 11, 2017

Kita dah nak masuk 4 tahun kahwin. Semua ok. Ekonomi la kot tak stabil sangat sebab income sorang kan. Ini yang buat aku terfikir, kalau aku kerja mungkin kita dah relax sikit kot fikir mana nak cari duit. Ke tak? Aku rasa tak. Haha pasal dulu pun macam pung pang gak laki bini nak cari side income. So mungkin sama je kerja ke tak. Cuma bila hidup satu income keadaan mendesak kau. Kalau dulu kau pung pang je, sekarang kau mula buat. Aku rasa aku belum boleh lagi nak start buat apa-apa kat rumah ni. Auliya dengan Muhammad memang ambil 80% time aku untuk attend dorang. Ada extra time pun aku tak terfikir sangat nak cari duit. Jadi Raihan tinggal sorang. Bila Raihan kena kerja lebih maksud dia aku pun kena berlebih dengan budak-budak ni. So far ada la 3 minggu dah kot, Raihan macam kena balik lambat dan weekend ade meeting untuk insurance dia. So far Allah tolong. Mungkin anak pun dah boleh adapt kot. Dan nanti start bulan Februari, mungkin Raihan tambah satu kerja lagi. Ini dari midnight ke pagi la. Tapi weekend saje. Bila discuss masing-masing fikir boleh ke aku nak jaga anak sorang. Haha seriously aku pun tak tahu. Tapi macam kita cakap kat atas tadi keadaan mendesak. So selagi mampu pulun la. Baru 4tahun kahwin. Kita try bagi tempoh 10tahun untuk bagi hidup selesa. Nak ada rumah besar, kereta besar, boleh berjalan sakan, hutang tak banyak cabang. Ada contoh keliling aku yang mampu je. Tapi memang dorang work hard la. Parents in law aku contoh dia. Bila down aku suka ajak Raihan balik permata, tanya macam mana dorang boleh survive hidup dengan bayar 2 rumah, saving berlambak, free dari hutang. Ayah jual karpet, ibu jual tupperware, pastu macam-macam lagi la. Masa anak kecik dia kaw kaw cari duit. Anak dah sekolah slow down untuk spend time dengan anak. Mungkin niat memang untuk keluarga. Dulu cari income lebih niatnya nak beli itu ini. Usaha nampak sama, kerja lebib. Tapi niat tak sama dah. 


Pengorbanan. Yang penting mintak Allah tolong. Cari redha Dia. Sedekah satu lagi. 


Aku terjumpa semalam dekat twitter. Tak tahu betul ke tak. Ini die quote dari Johan rajalawak tu


"Saya lelaki, kalau ditakdirkan saya susah semula, saya boleh tidur di surau atau merempat. Tapi anak isteri...?"


Semua untuk keluarga. Semoga Allah permudahkan. 

Wednesday, January 4, 2017

2016 & 2017

2016


Pregnant, dapat baby, kurus dengan extra muffin. Ok lah. Anak-anak Alhamdulillah ok. Auliya jela haritu masuk hospital masa bulan Mac kena infection. Tapi la ni sihat walafiat. Muhammad ok jugak. Berat. Raihan lagi ok. Perut besar sebab jarang main bola. Ahh kau nak main bola lepas tu tak dapat chance jaga anak. Sorry not sorry. 


Mak abah ok jugak. Abah getting better. Masuk hospital lama haritu lebih sebulan jugak kot. Tibi punya hal. Entah dari mana dapat tak tahu. Aku ingat lagi betapa penatnya drive hari-hari ke hospital during bulan puasa masa pregnant 7 bulan kot. Ada masa menangis sebab lesu. Meluah tapi tak mengeluh InsyaAllah. Alhamdulillah Allah bagi chance yang macam tu. 


Ibu ayah sihat. Tahun ni mungkin tahun paling jarang balik permata kot. Tapi kita dah buat annual family trip haritu dan terbukti aku masih disayangi. Haha. 


Adik-adik all good. Ira dah habis diploma. Adik habis PT3 with very poor result. Jaga kau aku sekolahkan kau. Aboy gitu jela. Pentingnya ada ira kat rumah. Kuikuikui. Sebab dia rajin dan reti layan anak aku. 


Akak dapat kerja. So InsyaAllah anak-anak ok. 


Circle yang rapat ni yang penting. Semua orang ok. 


2017


Aku nak kurus tanpa muffin dan tak mungkin akan diet. Dan sesungguhnya aku tak pernah diet sebab macam mana aku nak hidup tanpa nasi deii. Aku nak fit so that aku tak penat dan semakin berstamina tinggi. Maka exercise? Haha entah. Kerja? Tak kot. Belum ada perancangan. Semua cukup walaupun defisit seposen dua. Tapi Raihan buat extra income nak jadi insurance agent. Aku tak berapa gemar. Sebab ni akan ambil family time kita. Tapi pray hard Allah akan tolong. So doakan saje yang baik-baik. Tupperware? Gone la kot. Aku takde masa dan modal senang cerita. Tapi belajar sesuatu dari tupperware. Haritu masa berhenti kerja, niat asal nak belajar jahit. Maka tengoklah tercapai ke tak. 


Umrah. Rezeki Allah yang bagi kan. Hari-hari doa untuk umrah. Ada rezeki nak bawak semua. Amin amin amin. 


Hari-hari nervous nak hadap hari baru. Bangun pagi fikir macam mana lah perangai anak harini. Takyah tunggu bangun pagi, sebelum tidur kena fikir esok nak masak apa. Plan? Haha tulah. Sebenarnya jadi suri rumah ni jangan plan sangat. Bila kau tak dapat nak buat sebab anak taknak kompromi kau rasa nak lepuk je anak tu. Tapi degil kan. Ada hari yang taknak buat pape pun aku pergi plan jugak, esok taknak buat pape. Degil.