Friday, January 20, 2017

Labor story number two

7 September 2016. Doktor tulis dekat admission slip patut datang pukul 8pagi. Tapi pukul 9 baru sampai. Sempat singgah beli karipap jap. Masa tu jalan jam la orang nak pergi kerja. Sampai je nurse cakap takde single room. Takpe. Anak kedua, rasa gagah je kalau tidur sorang pun. Haha. Asalkan contraction kena berteman. Sampai je tukar baju pastu dia cucuk ubat bontot kasi berak. Takyah tunggu lama memang sekejap jela. Aku dah la dah 3 hari tak membuang. Lega rasa. Lepas tu dia kasi breakfast. Kenyang. 


Midwife nama Kak Ani, yang attend masa Auliya dulu datang bagi ubat. Aku lupa tanya nama ubat. Tapi ubat tu quarter je dari sebiji. Doktor dah cakap fungsi dia macam nak force contraction jugak. So should be aku akan sakit. Maka sebelum sakit datang menjengah elok aku tidur dulu. Dapat la 2 jam. Bangun makan lunch. Takde sakit pun lagi. Dalam 12 lebih doktor datang. Dengan muka serius. Haha something pasal Doktor Ratna, karakter masa dekat klinik dengan masa nak beranak beza betul. Dekat klinik dia sangat friendly lahai, macam akak-akak je. Tapi bila nak beranak memang bawak watak doktor strict la. Dalam labor room lagi la garang. So dia datang wad nak pecahkan air ketuban, pastu sapu ubat mende ntah untuk lembutkan faraj kata dia. Aku syak die dok urut perineum sekali. Patut nak drip syntocinon dah tapi nurse mai ajak pi labor room. Melayan dalam labor room la ni. Masa tu zuhur. Bila nurse drip je tak lama terus sakit. Memang sekejap je effect dia kali ni. Sakit datang tak bagi salam. Nak memekik jugak la. Apesal mengejut sangat. Tapi buat lek-lek jela. Hypnobirthing. Lol. Bagi Raihan pi zuhur dulu. Surau pmc tengah renovate, maka kena jauh la dia menapak. Dekat setengah jam la kot aku sorang. Tengah sakit, rasa lama betul. Memang aku dok call je Raihan suh balik cepat tapi dia bukan angkat pun. Aku dok pusing sana sini. Since ctg machine tu dia tak pasang so aku bebas la nak buat apa pun.  Tapi paling selesa mengiring la. 


Aku perasan start pukul 2 sakit dah makin best. Rindu Auliya. Suruh Raihan call mak nak cakap dengan Auliya, tapi dia tidur. Masa tu terus lega sebab maksudnya dia boleh tidur dan tak meragam. Pastu aku ingat mati, ingat dosa. Fuhh. Mulut tak ingat nak zikir ke apa tapi tula fungsi suami kan. Contraction ni sejenis sakit yang buat otak pun takleh fikir banyak. Aku cakap kat Raihan aku punya pesen jangan cakap zikir, tapi zikirkan apa yang aku kena zikir. Paham? Jangan suruh istighfar tapi cakap astarghfirullah tu berulang kali baru aku mampu ikut. Gitu sekali gaya dia. Otak benak. Midwife Kak Ani pun very helpful. Dia pun suruh bernafas panjang bila sakit. Dia pun dok berlakon sama tarik nafas panjang pastu lepas. Pastu ajar Raihan picit dekat belakang pinggang ni. Memang perfect spot wa cakap lu. Raihan dok urut situ je all the time. Aku tak mintak tukar tempat lain dah. Everytime sakit datang dorang pakat suruh imagine terbang tinggi jadi burung. Tarik nafas dalam-dalam pastu lepas. Aku ada baca ni dalam buku hypnobirthing tu. Tapi haram nak ingat. Dia suruh imagine bunga blooming la. Choii. Rupa bunga pun tak ingat camne dah masa tu. Contraction kali ni maha sakit tapi boleh la handle berkat teknik bernafas yang betul tu. Every single pain tu aku menghayati sangat. Memang sakit. Haha. 


Aku pesen suka bercakap bila sakit. Geram pulak bila midwife tinggalkan LR. Nanti tinggal berdua dengan Raihan bukan dia reti nak layan sembang aku. Pasal dia pun dok kalut control emosi. Bukaan sangat lambat. Aku rasa average every 15minit aku suh buat VE. Rela saje. Masa ni la Kak Ani ajar lembutkan semua body. Time tu dia urut perineum kot. Dia cakap nak tolong cepatkan bukaan ni. Aku nak angkat bontot langsung tak jadi. Automatik body relax. Bagusnya kali ni aku boleh terima arahan. Mungkin belum mabuk lagi. 

Almost 3 petang Kak Ani dah kena balik. Tukar syif. Tu pun dia dah terlajak pasal aku tak bagi balik. Kakak midwife baru yang ganti tak tau apa nama. Tapi tengok muka macam garang. Aku siap cakap "Akak jangan marah-marah saya tau. Nanti saya stress nak push". Speechless akak tu. Haha tetibe patient sound pulak kan. Sudahnye dia pun mai join picit-picit sambil sembang. Aku cakap sakitnya kak bersalin ni, kenapa la orang perempuan sanggup. Sat gi dia balas memang sakit bersalin ni, kalau nak nangis awak nangis je. Haha. Skin to skin effect dengan midwife ni bagi hormon bagus merembes la. Aku jadi lagi relax. Tapi bila sakit datang taklah relax sangat. Pulak tu dah la time sakit tu la doktor nak masuk. Asyik la cakap awak nanti anak ketiga ambil epidural. Haha aku pun sambut betul doktor, saya tak sanggup sakit lagi. Haha. Hampeh. 


Masa 7cm aku mintak painkiller. Tak sanggup dah. Pethadine. Inject kat bontot. Last time masa Auliya bila mengantuk aku lawan. Tu yang restless. Kali ni bila mengantuk aku tidur. Simpan energy. Every 5 minutes memang terjaga bangun sakit. Kesian Raihan dia berdiri je dalam LR. Aku dah la mengiring kejap kiri kejap kanan, dia wajib urut spot yang sedap tu. Seksa jugak tangan dia. Tak campur lagi aku dok tarik pelik lengan dia kuat-kuat. Membongkok jadinya. Haha. Tapi setiap kali sakit aku suruh dia doakan aku. Power jugak doa dia. Memang relax lagi jadinya.


Sebab nak borak jugak aku tanya

"Kak berapa cm baru boleh teran? Saya tak sanggup nak tunggu 10cm"  

"Eh janganlah teran nanti rahim bengkak" "Tapi saya tak tahan sakit sangat ni"

"Biasa 8cm tu dah ok la jugak"


Klimaks 3.30, aku dah berpeluh panas. Masa Auliya dulu Kak Ani yang cakap kalau dalam sejuk pastu tetibe peluh dah time la tu. Tapi baru 9cm dilated. Ahh aku tak kira. Lagi 5 minit aku cakap jugak aku nak berak. So kesan ubat mengantuk tu, aku layan tidur lagi satu round, aku bangun aku terus cakap "nak berakkkk" 9cm ke apa aku dah malas nak layan contraction. Doktor masuk. Muka garang. Tapi gelak bila dorang cakap aku sayang kak Ani sampai tak bagi dia balik. Dia senyum. Relax lagi aku. Datang lagi sorang nurse. So kitorang berlima dalam tu. Aku sempat suruh Raihan standby handphone nak record. Memang kitorang dah discuss kalau tak berani record video baby keluar pun dapat record suara jadi la. 


Pastu as usual kaki aku akan cramp. Haha. Ikut Auliya dulu haram doktor nak bagi lurus kaki. Tapi kali ni akak nurse tu relax betul. Aku cakap saya cramp nak luruskan kaki. Doktor geleng tak boleh. Akak tu yang cakap bole boleh. Siap tolong urut lagi. Haha. Leganya. Bila dah ok ready to push. Sekali push tak jalan. Doktor suruh minum air. Ambil energy. Raihan kalut nak amek straw. Aku cakap tak payahhh i teguk camtu je. Haha. Lepas minum kembali beraksi. Push keluar kepala. Lega pasal air pun keluar sekali. Panas je. Pastu every time push nurse akan tolak katil. Oh position dia semi sitting. Nurse akan tolak kepala katil sampai aku dalam position macam duduk. Tangan memang dekat lutut. Relax je position ni sebab bontot kau dah steady and stabil. Takde risk bontot terangkat ke apa. Cuma jangan gelabah jela. Sebab dulu first time aku gelabah. Dan aku tak tau pun dulu doktor nak buat position semi sitting. Rugi. 


Pasal push. Aku ada 2 ke 3 kali give up nak push. Sebab midwife asyikla cakap "ok sayang one big push lagi sekali. One two three." Aku teran tapi tak keluar habis jugak. Haha pastu putus asa. Everytime dia suruh one big push je mesti aku give up. Sebab tak mampu betul. Aku rasa aku dah menghampakan semua dalam tu. Tapi semua dalam tu dok sayang sayangkan aku. Kemain depa cheers bagi semangat. Doktor pun siap " Bagus Zu, kali ni awak bagus. Awak boleh buat ni." Haha semangat jugak aku jadinya. Lepas tu keluar jugak anak soleh. Pukul 3.58 petang ikut jam dalam tu. Alhamdulillah normal. tak de gunting. Mengucap syukur aku. Ikut video Raihan tu dalam 5minit proses ni. Tapi aku rasa berjam-jam sangat lamanya. 


Next is skin to skin dengan baby. Haha geli weh. Baby lendir-lendir tu kan. Aku pegang gitu jela. Sambil cakap "anak ummi", dengan suara serak ala pondan. Tak ingat muka anak macam mana ntah. Dah terbaring masa ni. Tapi aku ingat aku tanya kenapa baby tak menangis. Lepas Raihan potong tali pusat, nurse ambil baby pastu masuk tiub ke apa ntah dalam mulut baby. Ha baru dengar suara menangis. Lega. 


Nak keluarkan uri pulak. Doktor tekan perut. Dia cakap takyah teran. Tapi aku rasa nak berak lagi. Automatik kaki naik position macam nak beranak. Doktor cakap "takpe nanti uri keluar sendiri." "Eh tak boleh doktor saya nak berak gak." Push la sikit pastu keluar uri. Lega. Aku dengar doktor dengan midwife cakap besarnya uri awak. Patutlah nak teran. 


Next is doktor cucuk bius nak jahit sikit. Katanya jahit luar sikit sangat. Dalam takyah jahit. (Kahkah detail aku tulis. Penting ni.) Masa ni kaki aku lenguh gila so aku mintak nak lurus kaki. Tapi katil nak beranak kan sampai bontot je. Nurse yang baik tu cakap boleh, dia ambil kaki kiri buh atas troli yang penuh tools tu. Doktor dok geleng je. Haha. Pastu aku tertidur. Bangun je dah pukul 5. Tengok Raihan kat sebelah. Im proud of you kata dia. Aku dok ok ok. Pastu aku tidur balik. Mamai. Haha. 5.30 baru bangun. Nurse tolak masuk ward. Aku mamai sikit dan letih tapi mintak baby. Baby tengah grooming. Potongg kuku la apa la. 


Pastu Doktor Zarul visit. Dia cakap mak kecik tapi baby besar. Duhh. Baru tau baby 3.7kg. Tapi dalam otak aku tak register lagi 3.7kg tu besar. Esok subuhnya baru sedar.  Hal nak jumpa baby ni dekat maghrib batu dapat jumpa. Muka biru lebam. Kesian. Rupanya bile kepala dah keluar bahu dia sangkut. Bahu dah keluar tapi tersedut balik. Terbelit sikit tali pusat kt leher. Alahai anak. Muka apek sangat dia masa ni. Bengkak, biru, lebam, mata sepet, hidung penyek. Syukur sempurna. Alhamdulillah. 


Selesai. 


Masa postnatal checkup yang aku semangat nak pergi sebab aku nak tau luka dah baik ke belum. Masuk je bilik doktor, dia terus tanya awak nak rancang guna apa. Haha hampeh. Lepas buat pap smear, aku saje ajak doktor sembang. Masa dalam LR dia ada mention bukaan aku lambat sikit sebab apa ntah. So saje nak suruh dia recall apa dia cakap. Bagusnya dia tak ingat. Kalau dia tak ingat maksudnya kes aku dah jadi kes biasa. Bukan lagi patient yang dia susah nak handle. Hahhah 


Sekian. Anak seterusnya? 2018 mengandung, 2019 beranak? Ok?

No comments: