Thursday, July 27, 2017

pandang positif


Jadi mak anak dua, aku dah jadi manusia yang suka nak bandingkan dorang ni. Dorang punya progress, milestone segala aku compare. Siapa cepat itu, siapa cepat ini. Masalah datang bila semua jadi negatif. Susahnya. Aku tau tak elok tapi tak boleh berhenti sebut dan cakap, dulu dia macamni tapi yang ni lambat la. Selalunya Auliya akan dipotraykan sebagai easy baby. Muhammad sebaliknya. Orang pun dok cakap anak lelaki kot, tu pasal mengade lebih, anak lelaki punya attach dengan mak lain, ada yang cakap anak kedua memang macam tu. Kepala aku lekat semua ni. Bila Muhammad buat perangai sikit aku pun dok fikir semua ni. Berbulan aku fikir macam tu. Muhammad semangat macam tu jadi aku kadang stress. Sampai rasa taknak beranak lagi sebab susahnya. Dan paling teruk adalah semua achievement Muhammad aku tak nampak. Jahat wehhh.

Mak la selalu pesan, jangan compare. Manusia lain-lain. Anak pun lain-lain. Tapi tak lekat dalam kepala. Macam ha sekarang lekat tapi nanti esok Muhammad nangis aku lupa. Susah tau. Aku tau aku bukan jenis mak yang negatiffff je. Muhammad da 10 bulan sekarang.

Satu hari, kak ipar datang rumah nak raya. Muhammad sangat suka movie Madagascar 3. Kalau kau bukak tu 2 jam tu dia diam la. So masa tu movie baru nak start, Muhammad dah sengih. Laju pandang tv. Tiba-tiba akak cakap “eh pandainya dia, dia dah tau itu cerita dia. Budak bijak ni”. Danggggg!! Aku terasa menusuk dalam hati. Tapi tak layan hati sangat sebab busy layan tetamu. Malam tu lepas isyak, aku duduk termenung. Aku refleks balik ayat akak. Menangis aku weh. Aku cakap kat Raihan, kenapa kita tak nampak macam tu. Kita selalu rasa Muhammad suka tengok tv, tak bagus. Tak pernah pandang pun sudut lain. Paham tak? Aku tak cakap tengok tv bagus, tapi hal budak-budak ni lain. Psikologi dorang tak sama dengan dewasa. Contoh, budak conteng dinding memang la tak bagus, tapi bagusnya otak tengah berkembang. Lepas tu slowly la ajar conteng buku. So sepatutnya macam tu. Tapi dengan Muhammad lain pulak approachnya.

Sejak malam tu aku pandang Muhammad lain. Semua apa yang dia achieve aku gelak riang ria. Dah seminggu aku cuba positif, memang betul lah automatic tak rasa stress, beban ke apa. Maksudnya dia masih berat tapi ala paham la kot kan.

Perkara macam ni kena ada ingatan selalu. Aku bersyukur akak datang rumah dan cakap macam tu. Macam angin lalu je masa tu, tapi aku terdengar. Allahu. Terasa disayangi. Syukur Alhamdulillah.

No comments: