Wednesday, July 26, 2017

syawal 2017

Syawal 2017 dah habis. Anddd I wrote nothing. Sebab setiap kali nak hadap laptop Auliya mesti ada nak sibuk sekali. Dan sebab dah tua kot so rasa menggelabah nak tulis sekejap je hilang sebab banyaknya hal lain nak buat. But still aku taknak lupa raya tahun ni. So kita start dengan serabutnya plan nak raya mana. Raihan. Sebab dia ada 2 kampung nun Rembau dan Senai dan mertua aku decide untuk raya dekat Permata dulu. Which actually depa pun asyik tukar-tukar plan jugak. Dan tahun ni drama jugak la kita nak plan raya mana dulu. Tapi Allah lah yang menentukan, penat emosi gaduh-gaduh hantuk kepala sudahnya raya tak jalan macam plan pun. Haha. Malam raya masih di Permata, pagi raya pun. Tengahari balik sini, rumah mak abah. Dan Muhammad tak sihat. Cranky clingy grumpy. Batuk dan sesekali demam naik la hujung-hujung 37. One whole day dia tidur, so kitorang parking jela rumah mak. Malam raya pertama balik rumah, raya kedua duduk rumah. Lunch sushi king dan kembali duduk rumah. Seronok tapi tak baik. Raihan cakap tak boleh macam ni sebab raya kena raya. Okayyyy.

Muhammad punya batuk agak teruk la sebab first time. Aku dah fikir nak pergi hospital, suruh doctor neb kan dia bagi kahak cair atau sedut kahak or apa je la nagi cepat baik. Tapi tak adil untuk Muhammad, sebab masa Auliya kita usaha keras untuk prevent dia dari masuk hospital, or even pergi klinik dan makan ubat. Aku Tanya kawan yang pernah anak batuk teruk, kalau kat hospital berapa kerap depa neb, dan kita apply la kat Muhammad secara natural. Start dari malam raya pertama tu, 4 jam sekali kita steam kan dia, tepuk percussion and susu banyak-banyak bagi kahak keluar kat najis ke apa. Kesiannya sebab Muhammad ni kuat menangis. Elok la menangis sebenarnya so kita kental jela walau jiran dengar macam dera anak. Tapi bila dah selalu steam kan muka dia, dia tidur. Imun dah. Sabar jela. Auliya jenis kuat berak berkahak, Muhammad tak tapi at least sehari 2 kali dia muntah kahak so ok la. At least ada progress. Raya ketiga balik la Rembau sekejap. Muhammad masih meragam tapi ok la nak jugak main. Batuk dah kurang so Alhamdulillah. Tapi sepanjang raya ni dia memang manja mengada sikit. Tapi raya tetap raya. Every weekend kita keluar merayap. Anak dah sihat lagi la.
 
Auliya. Always the special one. Satu syawal dia buat kita speechless sebab dah pandai baca al fatihah. Seminggu lepas tu dah reti recite al ikhlas dengan annas. Bangga dan aku rasa berbaloinya duduk rumah jaga anak kalau begini hasilnya. Dan auliya jenis tak bermain sangat dengan toys, jenis manusia yang bersosial dengan manusia je. Tu la pasal banyak cakap kot. Dan aku rasa bagusnya beranakkan adik dia cepat dan tak sabar nak tengok dorang main berdua.

Another highlight is kita buat open house. Aku akan berbunyi seperti poyo tapi aku rasa power. Haha. First time. Ajak jiran, kawan dan keluarga. Satu hari tapi 2 sesi la kononnya. Siang untuk kawan dan jiran, malam keluarga dekat-dekat sini. Esoknya family Raihan pulak.. Serius cakap letih gila nak pengsan. Untuk kawan ajak yang zaman study dulu dengan kawan kerja ni la. Jiran pun yang dekat-dekat yang kenal je. Nervous gila sebab takut tak cukup, takut tak sedap takut terbazir. Aku nak masak sendiri jela nak order caterer tunggu la bila crowd lagi ramai. Rasanya mampu je kan. So menu adalah lontong dengan sambal tumis dan nasi lemak. Raihan topup yong taufu. Suruh ira buat kek coklat. Alhamdulillah semuanya ok sangat. Tetamu siang datang tak serentak so still ada space untuk semua orang selesa. Tapi tula jenis datang runcit-runcit ni sampai nak magrib masih ada tetamu. Nak nangis sakit pinggang tapi masih tersenyum. Malam agak crowded tapi nasib baik abah suggest sewa meja dengan kerusi. So dah macam kedai makan depan rumah ni penuh orang. Dalam rumah pun penuh. Alhamdulillah. Aku letih sangat memasak, pinggang rasa nak patah. Nasi lemak masak 5kali, each time 6 ke 7 pot. Kuah lontong pun tak berlebih banyak sebab ada yang nak tapau, dan esoknya bila family permata datang still ada lebih untuk dorang pun tapau. Seronok. Nest year ada rezeki buat lagi sebab Raihan dah berangan-angan nak buat menu apa pulak ntah.



So tu jela, bosan. Aku tak rasa aku akan baca balik. Haha tapi aku taknak lupa. Dan penyakit lupa makin teruk ni.

No comments: