Wednesday, August 30, 2017

Tadi baru tengok bola, SEA games. Malaysia kalah tapi dapat silver medal. Power la pasal game depa takde drama. fair play so best la tengok. Aku jeles tak dapat pergi stadium. Vibe die tu syok tapi tadi ultras takde so sunyi je tak best la. Pujuk hati sendiri. Anak kecik camni aku nak tinggal suruh mak adik jagakan pun tak sampai hati. Sebab baru ni aku pergi urut, dari 8 pagi sampai 11pagi camtu la. Masa nak gerak Muhammad dah bangun so babah dia tak dapat la tidur balik. aku dah tinggal stok susu dalam botol. Aku positif la dia akan minum susu tu, risau betul susu tak cukup. Sebab botol yang sama Muhammad selalu guna untuk minum air masak bila makan. tapi bila aku balik rupanya die tak minum tak makan apa pun. Alahai, rasa nak marah bapak dia. Dah tau macam tu bagi lah makan biskut ke apa. Hishh. tapi sebenarnya aku kecewa Muhammad reject susudalam botol. Haha so tu lah, melekat jela jawabnya tak tahu sampai bila.

Seminggu lagi Muhammad nak setahum. Cepat je. Sekarang dah nampak progress dah, bila panggil nama dia dah tau itu dia, dah pandai agah-agah ajak main. maksud nya communication skills dah improve banyak. dia dah start bosan dengan tv, bagus tapi kerja asyik gegar pagar dia tu je. Aku rasa dah lebih 10kali roboh. Entah bila bapak dia nak bertukang drill mende tu tak tahu la. oh dan sekarang dah pandai berebut toys. Fuhh

Auliya memang nampak sangat karakter kedekut tu. Dia punya semua. Dulu bila dia rampas atau tolak apa je kat tangan adik dia, Muhammad jarang respons. dia bla je takpun macam terpinga-pinga. Tapi haritu dia start menangis, dan beru 2 3 hari ni dah start nak balik barang yang dirampas. aku risau tula bila ade fizikal contact ni. Muhammad berat, penyek kakak dia kang. Auliya jenis kaki laju menyepak dan sangat sakit, sekali kena memang nak pekik je. cabaran. Tak study lagi la macam mana nak handle perebutan ni.

lepas tu kan aku suka betul nak tulis pasal rezeki tapi zaman sekarang ni bila baca dah macam bragging teruk pulak. tapi aku suka Allah. Betul dia ada bila kita sangat-sangat tawakal dan redha. Dan betul sedekah sangat-sangat elok. Bole gandakan berlebih lagi apa yang kau sedekahkan. Alhadulillah.

Oh dan aku ketagih memasak. Sekarang dah tetibe reti pulak buat kuih la kek la. Walaupun tak menjadi sebab aku paling malas nak ikut sukatan tapi tula tak sama masak lauk dengan masak kuih/kek. Aku dah few times buat kek pisang tapi macam tak jadi sangat, sebab pisang banyak. dia tak naik cantik tapi sedap la sebab banyak pisang. Sama dengan kek coklat aku sengaja kurangkan telur sebab nak coklat dia nyamm sedap, tapi kek tak naik lawa. Kahkahkah so kau nampak tak betapa sukatinya aku. Tapi buat makan sendiri ok la. Semalam aku buat puding jagung. Masuk tupperware pastu bila nak makan main sudu jela. Sedap la. Haha tapi sama kes, memang tak lawa nak hidang dalam pinggan sebab dia tak pejal sangat. Potong pun tak cantik. Bread pudding dengan custard sos pun dah banyak kali buat. Itu pun versi malas tapi asal sedap aku telan je.

Perenggan atas ni aku brag kaw-kaw tapi bajet suci. Puas, Wakakaka.

Thursday, August 24, 2017

tadi aku nyaris-nyaris terkomen blog seseorang yang tak kenal aku pun, tapi pasal dia nak induce labour so tula. gatal je tangan rasa nak sibuk. konon aku dah merasa dua kali dipaksa beranak awal.

ada 2 situasi,
pertama dah pernah rasa sakitnya beranak, susahnya nak dapat anak, susahnya nak jaga anak.
kedua, semua hal orang nak komen.
haha so tula dia.

entah rezeki ke bala dua situasi ni datang serentak dekat twitter. pagi lagi aku nak berasap baca cerita orang yang sibuk pasal orang lain. kisah jaga anak, kisah nak besarkan anak, kisah nak didik anak. as much as tweet "cekik saya abah" menghiburkan aku, tapi tweet pasal anak ni menyesakkan pemandangan aku. aku mute dah orang-orang yang buat sesak ni.

so aku consider tu bala la.

aku dengan rasa tak malunya komen, tweet. situasi pertama tadi yang lead ke situasi kedua. aku pun dah jadi orang yang sibuk. tak tenang jugak.

lepas maghrib scroll instagram, terjumpa post pasal poisons of the heart. point nombor satu je dah buat aku sentap, unnecessary talking. wake up call. tuhan hantar reminder.

aku consider rezeki.

buat aku reflect balik semua. tweet. banyaknnya merambu. blog pun sama. tapi blog mungkin diskaun sikit kot. hahaha.

semoga kita semua masuk syurga. amin

Friday, August 18, 2017

Aku letih sebenarnya. baru balik travel 4 hari ke JB lagi. Seronok je dapat bawak anak jalan walaupun tempat sama je perginya, lol. tapi aku sakit badan. masa on the way tu dah tergeliat sekali. Hari ketiga tergeliat lagi. bila dah balik ni baru la terasa sakit sangat-sangat. dengan kerja rumah membukit, fuhhh aku agak stress. period pulak. emosi tak terlayan.

cuma harini, terjejas betul fokus aku dengan simple thank you dan please. appreciation.

Saturday, August 5, 2017

Ironinya post semalam

Bising nak me time tapi masih boleh tengok Suits. Bosan betul nak layan kerenah orang macam ni. Phuii. Jadi aku berubah harini, sambil tengok Suits sambil iron baju. Tapi tula, 1 episod je dah settle 2 minggu kemeja Raihan. Aku nak tengok lagi tapi dah gigih sangat pulak nak iron lagi. 

Anyway Auliya ni macam aku. Cengeng. Masa 2 tahun dia dah bereosi tengok Moana, air mata meleleh macam aku tengok hindustan. Heh. Dahn dah 2 kali aku tangkap dia beremosi malam sebelum tidur dia sakan bersedih. Yang pertama dulu, drama sangat. Dia menangis dengan bantal minion. Sebak betul, jadi makin tersedu-sedu sebab dia ingat aku bangun nak peluk dia tapi aku bangun nak betulkan bantal je. Kesian, dia dah siap depa tangan nak peluk tapi rupanya ummi acah-acah tidur buat-buat tak nampak. Lepas tu terus dia dakapnya minion tu kat muka menangis sakan. Aku tak sampai hati nak pura-pura tidur dah, terus pujuk. Beriye meleleh hingus menangis. Asalnya sebab orang suruh tidur taknak tidur. Padan muka kena tinggal sorang. Masa ni nak suruh cakap sorry masih liat. Tapi ni antara permulaan dia makin pandai bodek aku.

Tadi, dia sedih semua orang dah tidur. Babah letak dia hujung sekali, dia bangun menangis duduk sebelah aku, sambil depa tangan. Aku marah dia awal tadi sebab taknak tidur. Cerita sama je. Kali ni dia dah reti cakap sorry. Alahai cair. Whenever dia cakap sorry aku selalu suruh cakap kakak nak jadi good girl. So tadi dia cakap acam tu. Double cair jadinya. Die menangis teresak-esak macam ada orang marah. Thing is kalau kena marah pun takdelah dia sendu macam tu. Aku tak gemar pesen ni. Macam aku je suka menangis sebelum tidur, suka dok kenang malangnya nasib aku. Drama weh gua. Kadang tu raihan tidur dulu pun aku nak menangis. Hancurrrr. So tengok gaya macam menurun dekat anak. Situasi lebih kurang je, disuruh tidur tapi taknak maka dimarahi, lepas tu semua orang dah tidur, dia tinggal sorang, dia pun mengenang nasib. Choiii.

Sikit-sikit tuhan tunjuk ni perangai anak mengikut kita. Masak.

Friday, August 4, 2017


Anak bila dah pandai cakap ni lain pulak yang buat kita hangin ya. Semua hal dia nak tanya, nak sibuk, nak tengok, nak buat sekali. Semuaaa. Untuk aku, hal nak hadap Auliya yang potpet ni buat aku sedar oh me time ni la yang mak-mak cakap. Hahahahaha.

Aku nak berurut tapi Acik tu tak reply whatsapp aku. Aku nak tanya lagi tapi aku sedih dan tak mampu nak hadap kalau dia still tak jawab. Aku nak cari tukang urut mana yang sedap dan yang penting murah.

Aku nak potong rambut, konon nak buat fringe sebab nak melawa kat rumah. Walaupun aku tahu bila pakai tudung aku akan rimas rambut aku terkeluar macam scallop kat dahi nanti, tapi sejujurnya kes-kes krt kat facebook tentang bini tak melawa, busuk, longgar ni buat aku risau gak. Hahahahaha. Serius weh aku ada makcik yang rajin gile komen kat situ. Komen dia up kat news feed, alahai akak terbaca la. Kahkahkah. Aku nak taip banyak lagi ni tapi nanti la aku whatsapp orang lain untuk meluahkan rasa geli hati kat hati ni. So yeah semoga Allah permudahkan aku nak melawa untuk suami nanti. Dah survey-survey ni kedai gunting rambut murahan, nanti la ada masa pergi la. Semoga bila ada fringe aku akan lebih berseri-seri. Wakakakaka.

Aku tengah repeat tengok Suits ni. Dalam seminggu dah masuk 3 season. Bongok sebab bagi very bad effect kat aku, tidur lambat, bangun lambat, laghaa. Tapi taknak stop. Cepatlah habis tengok supaya boleh catch up dengan current season, 7. Hahaha.