Friday, August 4, 2017


Anak bila dah pandai cakap ni lain pulak yang buat kita hangin ya. Semua hal dia nak tanya, nak sibuk, nak tengok, nak buat sekali. Semuaaa. Untuk aku, hal nak hadap Auliya yang potpet ni buat aku sedar oh me time ni la yang mak-mak cakap. Hahahahaha.

Aku nak berurut tapi Acik tu tak reply whatsapp aku. Aku nak tanya lagi tapi aku sedih dan tak mampu nak hadap kalau dia still tak jawab. Aku nak cari tukang urut mana yang sedap dan yang penting murah.

Aku nak potong rambut, konon nak buat fringe sebab nak melawa kat rumah. Walaupun aku tahu bila pakai tudung aku akan rimas rambut aku terkeluar macam scallop kat dahi nanti, tapi sejujurnya kes-kes krt kat facebook tentang bini tak melawa, busuk, longgar ni buat aku risau gak. Hahahahaha. Serius weh aku ada makcik yang rajin gile komen kat situ. Komen dia up kat news feed, alahai akak terbaca la. Kahkahkah. Aku nak taip banyak lagi ni tapi nanti la aku whatsapp orang lain untuk meluahkan rasa geli hati kat hati ni. So yeah semoga Allah permudahkan aku nak melawa untuk suami nanti. Dah survey-survey ni kedai gunting rambut murahan, nanti la ada masa pergi la. Semoga bila ada fringe aku akan lebih berseri-seri. Wakakakaka.

Aku tengah repeat tengok Suits ni. Dalam seminggu dah masuk 3 season. Bongok sebab bagi very bad effect kat aku, tidur lambat, bangun lambat, laghaa. Tapi taknak stop. Cepatlah habis tengok supaya boleh catch up dengan current season, 7. Hahaha.

 

No comments: