Thursday, August 24, 2017

tadi aku nyaris-nyaris terkomen blog seseorang yang tak kenal aku pun, tapi pasal dia nak induce labour so tula. gatal je tangan rasa nak sibuk. konon aku dah merasa dua kali dipaksa beranak awal.

ada 2 situasi,
pertama dah pernah rasa sakitnya beranak, susahnya nak dapat anak, susahnya nak jaga anak.
kedua, semua hal orang nak komen.
haha so tula dia.

entah rezeki ke bala dua situasi ni datang serentak dekat twitter. pagi lagi aku nak berasap baca cerita orang yang sibuk pasal orang lain. kisah jaga anak, kisah nak besarkan anak, kisah nak didik anak. as much as tweet "cekik saya abah" menghiburkan aku, tapi tweet pasal anak ni menyesakkan pemandangan aku. aku mute dah orang-orang yang buat sesak ni.

so aku consider tu bala la.

aku dengan rasa tak malunya komen, tweet. situasi pertama tadi yang lead ke situasi kedua. aku pun dah jadi orang yang sibuk. tak tenang jugak.

lepas maghrib scroll instagram, terjumpa post pasal poisons of the heart. point nombor satu je dah buat aku sentap, unnecessary talking. wake up call. tuhan hantar reminder.

aku consider rezeki.

buat aku reflect balik semua. tweet. banyaknnya merambu. blog pun sama. tapi blog mungkin diskaun sikit kot. hahaha.

semoga kita semua masuk syurga. amin

No comments: