Wednesday, August 30, 2017

Tadi baru tengok bola, SEA games. Malaysia kalah tapi dapat silver medal. Power la pasal game depa takde drama. fair play so best la tengok. Aku jeles tak dapat pergi stadium. Vibe die tu syok tapi tadi ultras takde so sunyi je tak best la. Pujuk hati sendiri. Anak kecik camni aku nak tinggal suruh mak adik jagakan pun tak sampai hati. Sebab baru ni aku pergi urut, dari 8 pagi sampai 11pagi camtu la. Masa nak gerak Muhammad dah bangun so babah dia tak dapat la tidur balik. aku dah tinggal stok susu dalam botol. Aku positif la dia akan minum susu tu, risau betul susu tak cukup. Sebab botol yang sama Muhammad selalu guna untuk minum air masak bila makan. tapi bila aku balik rupanya die tak minum tak makan apa pun. Alahai, rasa nak marah bapak dia. Dah tau macam tu bagi lah makan biskut ke apa. Hishh. tapi sebenarnya aku kecewa Muhammad reject susudalam botol. Haha so tu lah, melekat jela jawabnya tak tahu sampai bila.

Seminggu lagi Muhammad nak setahum. Cepat je. Sekarang dah nampak progress dah, bila panggil nama dia dah tau itu dia, dah pandai agah-agah ajak main. maksud nya communication skills dah improve banyak. dia dah start bosan dengan tv, bagus tapi kerja asyik gegar pagar dia tu je. Aku rasa dah lebih 10kali roboh. Entah bila bapak dia nak bertukang drill mende tu tak tahu la. oh dan sekarang dah pandai berebut toys. Fuhh

Auliya memang nampak sangat karakter kedekut tu. Dia punya semua. Dulu bila dia rampas atau tolak apa je kat tangan adik dia, Muhammad jarang respons. dia bla je takpun macam terpinga-pinga. Tapi haritu dia start menangis, dan beru 2 3 hari ni dah start nak balik barang yang dirampas. aku risau tula bila ade fizikal contact ni. Muhammad berat, penyek kakak dia kang. Auliya jenis kaki laju menyepak dan sangat sakit, sekali kena memang nak pekik je. cabaran. Tak study lagi la macam mana nak handle perebutan ni.

lepas tu kan aku suka betul nak tulis pasal rezeki tapi zaman sekarang ni bila baca dah macam bragging teruk pulak. tapi aku suka Allah. Betul dia ada bila kita sangat-sangat tawakal dan redha. Dan betul sedekah sangat-sangat elok. Bole gandakan berlebih lagi apa yang kau sedekahkan. Alhadulillah.

Oh dan aku ketagih memasak. Sekarang dah tetibe reti pulak buat kuih la kek la. Walaupun tak menjadi sebab aku paling malas nak ikut sukatan tapi tula tak sama masak lauk dengan masak kuih/kek. Aku dah few times buat kek pisang tapi macam tak jadi sangat, sebab pisang banyak. dia tak naik cantik tapi sedap la sebab banyak pisang. Sama dengan kek coklat aku sengaja kurangkan telur sebab nak coklat dia nyamm sedap, tapi kek tak naik lawa. Kahkahkah so kau nampak tak betapa sukatinya aku. Tapi buat makan sendiri ok la. Semalam aku buat puding jagung. Masuk tupperware pastu bila nak makan main sudu jela. Sedap la. Haha tapi sama kes, memang tak lawa nak hidang dalam pinggan sebab dia tak pejal sangat. Potong pun tak cantik. Bread pudding dengan custard sos pun dah banyak kali buat. Itu pun versi malas tapi asal sedap aku telan je.

Perenggan atas ni aku brag kaw-kaw tapi bajet suci. Puas, Wakakaka.

No comments: