Friday, September 8, 2017

Semalam 7 September, Muhammad first birthday. Takde yang fancy la, dia bukan reti pun kan. Pagi-pagi macam biasa bawak budak-budak pergi check up. Muhammad sepatutnya kena inject tapi sebab mengamuk non stop dari sampai klinik tu, kakak nurse cakap next week jela datang lagi. Lega jugak aku. Sebabnya masa tu Auliya dah muntah-muntah sampai nak menangis dah. Dorang ni sihat tapi ada masa tak sihat. Auliya mesti muntah sekali sehari. Muhammad tengah flu, so bila hidung tersumbat memang cranky habis. Aku pun dah berjangkit flu jugak, sakit tekak, sakit perut. Tak berapa nak sabar sangat la. Tangan memang lenguh gila dukung Muhammad. Nasib baik Babah dia reti jugak nak ambil half day leave. At least dapat aku lelap sekejap petang tu. Cuti masak sebab malas.

Tapi as usual setiap kali birthday or anniversary kita try lepas solat jemaah tu baca doa selamat sikit. Semoga Allah merahmati kami sekeluarga. Lepas tu photo session atau sebenarnya selfie session. Haha Muhammad macam biasa, takde gambar yang semenggah la kalau dia menangis. Babah in charge dinner dorang. Auliya taknak nasi so bagi jela biskut cicah air panas. Muhammad makan bubur sikit tapi tu pun mengelat. Kitorang decide nak bagi vitamin untuk selera makan Auliya sebab dia dah kurus. In fact Muhammad lagi berat 200gram dari dia. 11.5kg Auliya, Muhammad 11.7kg. Tak cantik la. So tengok la macam mana pergi dia dengan vitamin ni.

Aku terbangun awal tadi ni, sebab semalam lepas makan ubat aku tertidur. Bangun bangun terus lapar. Masak nasi goreng jela tadi. Kenyang-kenyang ni dah rasa nikmat gak tidur balik. Hahaha. Hari ni Raihan cuti sebab cuti ganti Isnin haritu. Ikutkan ada je plan nak buat harini tapi tengok condition anak-anak macam mana. Aku dan rasa ok sikit lepas makan ubat ni, hopefully Muhammad pun ok sebab babah dia buat percussion steam tu sampai merah muka anak. Menangis tak berlagu dah si Muhammad, kesian tapi nak cepat baik kan terpaksa la.

Tu jela, Muhammad kena ingat masa first birthday dia semua orang tak sihat. Tunggu tahun depan ok.