Monday, December 11, 2017

Disember dah separuh bulan dah. November haritu birthday Raihan. Takde budget nak beli hadiah. Ikut jiwa raga nak belikan motor besar, takpun Iphone X, takpun paling cikai PS4 tapi takpelah tu mungkin hadiah untuk masa depan. Untuk tahun ni bagi kasih sayang jela. Kah. Pagi lagi aku buatkan brownies dengan tiramisu. Lepastu bawak pi rumah mak abah, kat sana masaklah soto siap begedil segala. Ada makcik pakcik bertandang bawak pizza siap, dan tadaaaaa terus jadi birthday party tak dirancang. Begitu banyak kasih sayang yang ditunjuk sedara mara aku kepada Raihan. Haha. Dan kasih sayang berterusan sampai esoknya. Aku bagi masa untuk dia duduk rumah bermalasan. Percaya ke tidak, untuk beberapa bulan macam tak ada weekend yang kitorang lekat dekat rumah seharian. Walaupun takde duit nak jalan tapi aku ajak je dia merayap ke mana-mana. So special la minggu tu takde request  nak jalan. #isterimithali

Dan kembali ke cerita anak. Hujung bulan lepas Allah nak uji. Anak-anak tak sihat back to back. Start dengan Muhammad demam seharian, esoknya Auliya pulak demam. Lepas tu masing-masing naik ulcer dekat mulut. Bawak pergi klinik sebab risau kot virus apa ke. Masing-masing taknak makan. Nasib baik semua ok ngam sebelum trip pergi Melaka. Tapi dekat sana Auliya pulak sakit gigi sampai bengkak mulut dia. Aku yang menangis sakan. Cepat benau rasa useless bila anak sakit. Tapi sebab pms pun ye gak tu aku emo semacam. Last day dekat Melaka terus shoot balik sini nak bawak jumpa dentist. Allah nak uji lagi, sebelum pergi dentist tu parkig kejap dekat shell nak solat. Kereta meragam pulak, aircond takde lepas tu enjin berasap. Fuh debar dia lain. Tapi yelah rezeki la rosak bila dekat parking shell, depan surau, kira selesa habis dah tu. Klinik tu pulak bangunan depan shell je. Sementara nak menunggu si adik datang ambil, aku dengan Muhammad rest kejap dekat surau, Raihan berpayung la dengan Auliya pergi klinik. Dah settle, aku berpergian pulang jela dengan adik. Kereta dah sejuk Raihan bawak workshop yang biasa pergi tu, Alhamdulillah la problem wiring je. Kena tak sampai RM100 pun.

Dan of course la dah jadi macam-macam terus audit diri sendiri apesal weh jadi macam ni. Aku rasa la kan, aku terlalu fokus pada rezeki duit. Memang betul ada la rezeki tang tu, senyum lebar je kitorang, kadang menangis sebab Allah ni sayangnya kita. Tapi bila terlalu fokus dekat duit, hilang kejap fokus dekat konsep rezeki tu. Rezeki kan luas, anak sihat pun rezeki. Kereta elok tak meragam pun rezeki. Tang rezekilain tu Allah bagi tidak pulak rasa nak menangis gembira kan. Tula leka. Susah nak istiqomah wehh. Bersangka baik. Allah remind suruh selalu bersyukur untuk semua nikmat, selalu berserah untuk segala hal.

Tapi sebenarnya jugak sehari sebelum anak-anak demam kan, masa dinner tu aku dengan Raihan seronok pulak sembang family planning. Cerita nak tambah anak la. Masing-masing rasa tahun depan nak tambah anak. Haaa sekalinya anak demam kalut laki bini toksah cerita.

No comments: